bab 9

48K 2.4K 110
                                    

"Apa yang kau tengok tu ril" tegur firdaus tiba tiba memeranjatkan amril dan dengan cepat amril
mengalihkan pandangannya..amril tak menjawab soalan firdaus dan hanya memandang firdaus blur..

"Kau pandang alyaa eh?" Tanya firdaus memeranjatkan amril..dahlama jugak si firdaus ni perhatikan amril..setiap kali diorang stop mesti mata amril memandang alyaa yang sedang tidur..

"Tak payah nak mengarut..aku pandang tempat lain" kata amril dan belum sempat firdaus membalas satu suara menyampuk

"OH MA GAD !!!! comelnya girlfriend aku tidur !! Nak amek gambar lah !" Kata nazri dan belum sempat nazri berlari nak amek gambar alyaa syazwan
memegang kolar belakang baju nazri menghalang pergerakan nazri

"Kau jangan nak ngada ngada" kata syazwan

"Ish lepaslah ! Peluang baik ni " kata nazri dan cuba untuk melepaskan diri...syazwan kemudian geram dan melepaskan nazri menyebab kan nazri jatuh tersungkur..

"Ha cubalah tangkap..aku gerenti tak tentu esok kau hidup lagi" kata syazwan dan nazri terus membatalkan niatnya..

"Ha ah kan..kalau si alyaa dapat tahu..matilah aku" kata nazri dan semua orang angguk setuju..

"Naz aku ada dengar gossip pasal kau dengan alyaa" kata nabil tiba tiba..nazri dengan cepat memandang nabil

"Really? Wah👏👏👏 ni yang aku suka ni ! Tapi gossip pasal apa?" Tanya nazri..semua orang kini menepuk dahi mereka perlahan

Sengal kau nazri

"Gossip pasal kau hantar alyaa balik and then ada lah kata2 yang cakap korang kapel" jawab
Firdaus

"Owh itu bukan gossip tu kenyataan" kata nazri memeranjatkan semua

"WHAT?!!!" Jerit mereka semua kuat sampai bergema satu gelanggang

"Uish ! Asal korang jerit ?! Pekak woi telinga aku!"kata nazri dan mengusap telinganya

"So betullah kau kapel dengan alyaa?" Tanya rafiqi sedikit terkejut

"Ha? Kapel? Bila masa?" Tanya nazri blur..

"Erghhh tadikan kau cakap yang gossip tu semua kenyataan so maknanya kau kapel dgn alyaa"kata fiq sedikit frust dengan nazri yang blur tahap gaban ni..mereka semua memandang nazri menanti jawapan..tiba tiba sahaja satu gelak tawa kedengaran dari nazri..semua mula pelik apa pasal lah dengan mamat ni

"Woi,! Kau kenapa?" Tanya nabil geram

"Wo wo actually aku nak cakap yang pasal aku hantar alyaa tu memang kenyataan tapi pasal aku kapel ngan alyaa tu bukan kenyataan..so kawan2ku anda semua bolehlah bertenang ye" kata nazri dan mula ketawa lagi...entah kenapa mereka semua melepaskan nafas lega bila dapat tahu pasal

"Tapikan kalau aku kapel ngan alyaa pun okay jugak" kata nazri dan mereka semua mula memandang nazri tajam..tiba tiba satu pukulan hinggap di kepala nazri menyebabkan nazri menjerit kesakitan..cergh tak padan dengan lelaki mamat ni..jerit je keje kau..nazri menoleh dan melihat amril yang memukul kepalanya marah

"Jangan nak beranganlah" kata amril sebelum berlalu pergi berjalan kearah pintu gim

"Hoi ! Kau nak pergi mana ! Kau dah lah pukul kepala aku ! Woi ! Amril !!!!" Jerit nazri kuat..ahli yang lain sudah menggelengkan kepala mereka

"Diamlah !" Kata syazwan dan berjalan kearah alyaa menyebabkan mata semua tertumpu kearah syazwan.

"Alyaa..alyaa" panggil syazwan mengejutkan alyaa...beberapa saat kemudian barulah alyaa tersedar dan memandang syazwan blur..syazwan memberikan alyaa senyuman

"Jom balik aku hantar kau" kata syazwan tiba tiba..

"Ha? Balik? Emm dah pukul berapa eh?" Tanya alyaa yang masih mamai..alyaa kemudian bangun dan mengambil begnya..

"Pukul 5 petang" jawab syazwan..

"Apa?!" Tengking alyaa terkejut..syazwan juga terkejut yelah cuba kalau korang tiba tiba kena tengking tanpa sebab..terkejut tak?😂😂😂

"Sorry syazwan tapi aku dah lambat..aku pergi dulu" kata alyaa dan terus berlari ke luar..syazwan tak sempat nak mengejar dan hanya memandang alyaa sebelum tersenyum sendiri mengingati muka alyaa yang lawak sebentar tadi

"Dah kena tinggal pun still senyum?" Tanya seseorang..syazwan yang terkejut terus menoleh ke belakang dan melihat kesemua geng2nya sudah pun berada di situ

"Ha? Apa kau merepek ni nabil?" Tanya syazwan dan ketawa

"Yelah alyaa tadi tiba tiba je lari..mesti kau kene reject" kata nazri celupar..syazwan pula dah sedia nak baling kasutnya..kalau bukan sebab si rafiqi halang memang dah lama makan kasut si nazri tu...

"Dah dah jom..alyaa ada hal lah..sebab tu dia lari bukannya aq kena reject pun" kata syazwan cuba bertenang..mereka semua ketawa sebelum angguk dan bersama sama meninggalkan gelanggan

.........................

"Kak nana ! Sorry !!!!" Jerit aku dari jauh melihat muka panas akakku

"Kau pergi mana ha?! Dah 1 jam akak tunggu kat sini" marah kak nana..aku hanya memberi sengih sahaje

"Hehe sorrylah..tadi tertidur " kataku cuba melegakan hati kak nana..kak nana menarik nafas panjang dan

'PAP !'

Tamparan tepat di kepalaku oleh kak nana

"Ha~~ sekarang baru lega..dah cepat naik" kata kak nana

What the? Akak aku ni biar betul ! Selamba je pukul aku pastu cakap macam tu pulak tu..

"Kau nak naik ke tak? Ke nak kena tampar lagi?" Tanya kak nana dengan cepat aku naik...haih tak boleg duga betul akak aku ni..nasiblah labu~~~

Beberapa minit kemudian kami sampai di rumah..aku masuk ke dalam bilikku dan mula membersihkan diri..selepas menunaikan solat asar aku terus menghempaskan diriku ke atas katil

Ahhhh enaknya dapat baring..aku mendongak dan melihat ke arah siling...baru sahaja nak berangan tiba tiba telefon ku berbunyi lagu pretty u dari kumpulan idol korea lelaki seventeen..

Aku segera mencapai telefon bimbit ku dan melihat nama yang tertera di skrin

Adrian

Mata aku terus terbuntang besar..dari baring terus terduduk aku.. tak percaya melihat nama di skrin..baru sahaja aku nak angkat panggilan sudah tamat😑😑..lama sangat ke aku tenung tepon aku tadi?..
Hajat seterusnya nak campak tau henpon tu tapi panggilan seterusnya masuk dan tertera nama adrian..dengan lambat lambat aku angkat panggilan telefon itu

"Hello,assalamualaikum"
Kata ku takut2

"Hello waalaikumsalam.."

"Kau nak apa call aku?"

"Asal kau lambat sangat angkat call?"

Eh eh mamat ni..bersyukur tau aku nak angkat call kau..ikut kan hati aq biar je grrr

"Ha yela2 sorry kau nak apa?"

"Kau free tak? Aku nak ajak kau keluar"

Nak cakap free ke tak eh? Takyah lah malas betul lah aku nak keluar..cakap jelah aku busy

Baru sahaja aku mahu menjawab adrian memotong kata kata ku

"kau tak payah nak cakap kau busy..aku dah kat depan rumah kau ni"

WHAT?!!!!!!!!!!!

SCHOOL PRINCEΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα