bab 26

39.3K 2.3K 67
                                    

Seperti biasa hari hari aku akan dihujani dengan jelingan tajam dan kata kata sindiran oleh kawan sekolahku..aku menggulingkan anak mataku jengkel..walaupun aku rasa macam nak nangis sangat2 aku takkan biarkan orang lain nampak aku dalam keadaan macam tu..aku tak suka tunjuk perasaan aku kat orang lain and aku tak suka tunjuk yang aku ni lemah ..thats why sebelum aku jadi manager eagles..aku dikenali sebagai ice cold princess..tapi sekarang semuanya dah takde gelaran itu ditukar dengan gelaran yang bermacam..gelaran yang menghinaku..sungguh calar maruahku..tapi apakan daya buat masa ni aku mampu berdiam..aku melihat jam ditanganku..masa seminggu yang diberikan cikgu rasyid tinggal lagi 6 hari..sepanjang 6 hari ni aku kena kuat..ya allah kau permudahkanlah urusan hambamu ini..amin..aku menarik nafas dalam dan melepaskannya dengan azam yang baru aku dengan yakinnya berjalan ke kelasku..tapi yelah orang tua tua kata malang tak berbau..

Pang !!!!!

Satu pasu bunga jatuh tepat di sebelah kepalaku..kalau aku tidak ketepi tadi mesti pasu tadi sudah lama mendarat kat kepalaku..aku pantas mendongak keatas berniat untuk memarahi..dan saat aku melihat siapa yang membalingnya hati aku jadi membara bara

"Oh my god dear..nampaknya sasaran aku tak kena..aisyeman" kata adell dan mula smirk kearah aku..

"Well nampaknya lepas ni aku kena guna cara lain" kata adell dan masih lagi smirk kearahku..aku menggulingkan anak mataku dan memandang tajam mata adell

"Huh mesti masa kecik2 mak kau tak bedung tangankau kan? Sebab tu sasaran kau tak kena..kesian..tulah mak sebok menggatal dengan laki orang sampai lupa nak bedung tangan anak sendiri" kataku sinis dan kali ini aku pula yang smirk pada adell yang kini mukanya sudah merah menahan marah..dia mengambil satu lagi pasu bunga dan membaling kearahku and aku sempat mengelak..aku smirk pada adell

"Nampaknya kau kena bayar semua kerosakan ni.." kataku dan terus berjalan pergi...rasa puas hati aku sebab dapat balas balik apa yang adell buat kat aku..aku tersenyum dan berjalan masuk kedalam kelas..dari sisi mataku aku dapat lihat eagles memerhatikan gerak langkahku...aku memberikan mereka anggukan kecil dan terus berjalan ke meja ku...

Bang !!!!!!!

Pintu kelas ditolak kasar ole seseorang..korang rasa siapa? Adell? Yah betul ! 10 markah !! Aku dapat dengar derapan kaki adell berjalan kearah mejaku. .sebelum aku dapat bagi reaksi apa apa adell menolakku sehinggaku jatuh dari kerusiku..perkara ini memeranjatkan semua yang berada di dalam kelas itu..aku dapat lihat eagles bangun ingin menolong..tapi hanya berdiri sahaja apabila melihat aku bangun dan smirk kearah adell

" kenapa ni? Marah ke?" Tanyaku lembut seolah olah tiada apa apa yang berlaku membuatkan marah adell membuak buak..adell kemudian tanpa amaran menampar kuat pipiku membuatkan semua classmate ku terkejut

"KAU !!! Kau fikir kau bagus ?!!! Kau fikir kau cukup hebat??!! Kau fikir sebab kau tahu rahsia aku kau boleh ugut aku?!!! Kau fikir kau ni siapa ?!!!!" Jerit adell tak puas hati dan mula menolak badanku setiap kali dia menyebut 'kau fikir' tu..aju hanya melemparkan senyuman sinis kearah adekl sepanjang dia menengkingku..

"APA YANG KAU SENYUMKAN?!!" Jerit adell lagi..erghh minah ni pitching tinggi gila..aku konon konon mengusap telingaku dan memandang kearah adell masih lagi smirk..

"Janganlah jerit..aku tak pekak lagi" kataku lembut kemudian menolak perlahan tangan adell yang berada di bahuku.

"Kau takkan terkesan dengan kata2 aku kalau kau tak takut pada aku but now i see that..youre really afraid with me girl" kataku sinis dan kembali duduk di tempatku meninggalkan adell yang tercengang..

"Apa bising bising ni?!" Marah cikgu anuar yang entah dari mana dia muncul..

"Adell ! Awak buat apa kat belakang tu?!! Balik tempat awak sekarang !!!" Marah cikgu anuar lagi..sas kemudian bangun dan membawa adell duduk ditempatnya..cikgu anuar kemudian meneruskan sesi pnp dan sepanjang sesi pnp aku hanya diam tak berkata...kepalaku ligat memikirkan sesuatu sehinggakan aku tidak perasan waktu rehat sudah pun tiba...seperti biasa aku akan menghabiskan masa rehat aku di dalam bilik latihan khas pedang cuba untuk menenangkan diri aku..tanpa aku sedar pintu bilik latihan dibuka pantas aku menoleh dan aku sangat terkejut melihat gerangan yang datang

"Apa kau buat kat sini?" Tanyaku sedikit kasar..

"Aku tau kau kuat menempuh semua ni tapi aku just nak bagi warning...adell akan buat something yang akan buatkan kau down gila gila.."kata dia dan mukaku terus berkerut

"Apa yang dia akan buat?" Tanyaku

"Aku tak tahu..tapi aku harap sebagai persediaan kau kentalkanlah fizikal dan mental kau..aku taknak kau jatuh.." Katanya dan terus berjalan keluar meninggalkanku dalam keadaan terpinga pinga..apa sebenarnya rancangan adell?
Fikir punya fikir baru aku perasan yang masa rehat sudah habis..cepat cepat aku berlari masuk ke dalam kelas..

"AUCH !!!" Ngaduh ku dan seseorang selepas aku melanggar secara tak sengaja betul betul di depan kelas..

"Sorry2!" Kataku dan mula bangun..mengibas ibas baju ku dan aku mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang aku telah langgar

"Adrian"

"Alyaa"

Adrian kemudian berdehem dan menolak kasar badanku dan terus berjalan meninggalkan aku yang terpinga pinga..k-kenapa adrian mula dingin dengan aku? Aku masuk ke dalam kelas dan terus duduk di tempatku..

"Oi alyaa ! " panggil seseorang..aish ! Nak apa lah lagi !!!!

"Ye?" Jawabku dan berdiri memandang kearah alif budak yang panggil aku tadi.

"Cikgu azman nak jumpa" katanya dan cepat2 aku bangun..aku berjalan terus ke pejabat cikgu azman..

Knock ! Knock !

"Masuk !" Aku pantas melangkah masuk ke dalam pejabat cikgu azman..

"Hmm alyaa duduk...saya ada something nak bincang kat awak" kata cikgu azman dan aku angguk..aku mengambil tempat duduk di hadapan cikgu azman dan memandang cikgu dengan perasaan yang bercampur..cikgu macam tengah serius..tapi pasal apa? Pasal perlawanan ke?

"Alyaa saya nak awak bersabar ye..saya faham apa yang terjadi pada awak dan saya percaya yang awak tak bersalah" kata cikgu azman dan muka ku mula berkerut

"Tapi kali ni saya tak dapat nak tolong awak..reputasi awak dah buatkan semuanya hancur" kata cikgu azman lagi dan aku mula jadi resah..

"Cikgu saya tak paham..apa sebenarnya yang cikgu nak sampaikan?" Tanyaku risau..cikgu azman menarik nafas panjang dan memandang kearahku simpati

"Awak dah ditendang keluar dari pasukan pedang sekolah dan malaysia" kata cikgu azman dan ketika itu aku rasa dunia aku dah nak runtuh..aku cuba ketawa untuk tenangkan hati aku

"cikgu bergurau kan? Cikgu janganlah macam ni...perlawanan nak dekat ni cikgu janganlah main main" kataku sedikit resah dan cikgu azman memandang aku simpati

"Maafkan saya alyaa...tapi saya tak tipu" kata cikgi azman dan aku rasa macam nak pengsan ! Tak ! Tak mungkin semua ni terjadi !!! A-aku dah usaha untuk sampai ke tahap ni !! Pedang adalah hidup aku !!! Lidah aku terus menjadi kelu dan aku dapat rasakan minda aku tak dapat nak berfungsi dengan baik
Aku hilang separuh dari diri aku

Aku hilang identiti aku

Aku hilang pedang aku

Aku hilang segalanya

Great...what a great life..

.......................

Vote and comment😘

SCHOOL PRINCEWhere stories live. Discover now