Annabelle

4.3K 122 6
                                    

Kisah sebenar Si Anak patung 'Annabelle' diceritakan sendiri oleh Lorraine Warren~~

Anak patung Annabelle sebenarnya dipamerkan di Muzium Warren di Monroe. (Warren Occult Museum)

Pada malam tayangan filem Hollywood, Anabelle, ramai wartawan dan penonton teruja dengan cerita Annabelle, mereka menemuramah sendiri Lorraine Warren dan suaminya bertanyakan tentang adakah apa yang difilemkan itu benar seperti kisah asalnya??

'The Annabelle' anak patung asal sebenarnya diletakkan di dalam kotak kayu kaca yang dikunci rapat di Warrens Occult Museum.

Anak patung yang ditayangkan dalam filem Annabelle sekarang ini katanya mempunyai wajah yang menakutkan diperbuat dari porselin berambut panjang padahal Anabelle sebenar yang berada di muzium Warren - adalah sangat simple, comel, bermata bulat, dan klasik. Anak patung itu dipanggil 'Raggedy Ann' oleh pasangan Warrens. Dibuat dan dijahit dari kain biasa dan berambut benang perang.

'Raggedy Anne' adalah panggilan bagi pasangan Warren, "dia adalah anak patung biasa sahaja jika anda melihat nya". Menurut Warrens, "tetapi saya beri amaran, jangan berani-berani membuka pintu kaca itu kerana dia mempunyai satu "spirit yang tidak berperikemanusiaan.. "  dan memang benar ada amaran mengenai "jangan menyentuh bekas kayu kaca ini".

Pernah terjadi kes diceritakan oleh Warrens, seorang pemuda yang melawat muzium itu mentertawakan dan  mengejek-ngejek anak patung itu apabila melihat amaran " jangan buka penutup kaca" malangnya selepas dia balik meninggalkan muzium itu, dia tiba-tiba mati terlibat dalam satu kemalangan, motosikalnya hancur berkecai. Dia seperti telah disumpah.

Berbalik mengenai filem Annabelle ini ia adalah sequel kepada filem"The Conjuring," berdasarkan kes nyata Warren yang melibatkan anak patung itu. Pasangan itu mempunyai banyak input dalam filem pertama, tetapi "Annabelle," adalah rekaan sahaja.

Warren, yang kebanyakan masanya dihabiskan bersama-sama dengan suaminya, telah menyiasat lebih  dari 10,000 kes aktiviti paranormal, dan gangguan roh jahat, dia juga menyampaikan ceramah dan slaid persembahan kes-kes gangguan roh dan paranormal selalunya di sekolah-sekolah Katolik dengan bantuan, Tony Spera, adik iparnya yang juga penyiasat paranormal.

Warren, kini berusia 87 tahun, mempunyai perwatakan lemah lembut, manis dan peramah dengan sesiapa saja yang berbual dengannya.

Warren, yang beragama katolik selalu melakukan kerja-kerja amal bersama suaminya kadangkala menolong paderi-paderi menyelesaikan kes-kes gangguan (bergantung kepada kes)

Katanya lagi kekuatan (keimanan) dan semangat dalaman yang membuatkan dia dapat melawan semua situasi yang menakutkan iaitu semasa melawan syaitan dengan bantuan air holy water dan beberapa peralatan keagamaan yang lain.

Warren sebenarnya 'gifted' iaitu mempunyai deria 'six sense' yang dikurniakan kepadanya oleh tuhan semasa dia berumur 7 tahun, dimana dia mampu mengesan aura-aura atau melihat roh jahat disekelilingnya namun dia takut memberitahu ibubapanya, kerana takut mereka fikir dia seorang yang gila..

Anda bayangkan bertahun-tahun saya berdoa mengenainya dan jika boleh saya mahu menjadi orang yang biasa. Namun lama kelamaan dia sedar dia seorang yang istimewa kerana dengan keupayaanya itu dia mampu menolong orang.. katanya lagi.

Warren teringat cerita semasa dia masih bersekolah,  katanya dia mempunyai seorang guru kegemaran iaitu seorang rahib yang mengajar bahasa Perancis, dan pernah memberitahunya, supaya merujuk dan berdoa digereja moga hilang sedikit demi sedikit ketakutannya.Ketika zamannya, ramai gadis yang tidak minat bersekolah tetapi dia mempunyai semangat yang rajin meneruskan persekolahannya.

Pada mulanya dia tidak memberitahu tentang kebolehan nya kepada Ed Spera , suaminya yang dia bertemu ketika berumur 16 tahun tetapi lama kelamaan dia tahu sendiri apabila melihat keganjilan saya menolong beberapa rakan yang pernah dirasuk. Dan katanya saya berbeza dari orang lain, baginya saya yang teristimewa buatnya...ujarnya sambil senyum lagi.

KISAH SERAMWhere stories live. Discover now