Lagenda Kapten John

2.6K 77 6
                                    

Lagenda Kapten John Yang Menghantui Kem-Kem Tentera..

*Dibawah ada pengalaman admin sedikit, yang admin kongsikan*

Pernah tak anda dengar tentang cerita hantu Kapten John? Jika anda bekerja sebagai seorang anggota tentera, pastinya anda kenal atau sekurang-kurangnya pernah mendengar tentang cerita Kapten John ini.
Kapten John, yang nama penuhnya tidak diketahui merupakan seorang pegawai tentera darat British berpangkat kapten dan bertugas sebagai pegawai latih di Malaya pada sekitar akhir tahun 1930-an dan awal 1940-an.

Kapten John telah diberikan mandat untuk melatih askar-askar Melayu pada ketika itu yang baru sahaja ditubuhkan selepas pengambilan pertama menunjukkan prestasi yg baik. Pengambilan pertama itu melibatkan seramai 25 orang anak Melayu pada ketika itu.

Kapten John ditempatkan di Kem Port Dickson, Company B sebagai Officer Commanding (OC) company. Sesuai dengan pangkatnya sebagai ketua kompani, Kapten John dipercayai berpewatakan serius, mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan cukup tegas orangnya. Jika ada di kalangan pelatihnya yang tidur tanpa menggantungkan kelambu, keesokan paginya pasti mendapat 'habuan' dari Kapten John. Memang hobi Kapten John ni suka memeriksa pelatihnya tidur dari berek ke berek (dorm) kalau dia bertugas shif malam sebagai duty officer.

Tidak lama selepas itu, Malaya diserang oleh Jepun. Jadi askar British yang berada di Malaya pun membuat pertahanan dan bertempur dengan askar jepun. Pada masa itu, bukan sahaja askar British yang terlibat dalam pertempuran 'Battle of Malaya' ini, malah askar dari Gurkha, India dan beberapa negara Komanwel yang lain turut terlibat. Pertempuran ini juga melibatkan anak-anak Melayu ketika itu. Pertempuran yang sengit banyak terjadi di sekitar Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan juga negeri Johor. Akibat pertempuran sengit ini, ramai askar British yang terkorban dan menjadi Prisoner of War (POW).

 Akibat pertempuran sengit ini, ramai askar British yang terkorban dan menjadi Prisoner of War (POW)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disebabkan British tersilap dalam membuat percaturan, maka dengan mudah Jepun dapat menawan Malaya. Dalam masa lebih kurang 50 hari, bermula dari Kelantan hingga ke Johor Bharu, Malaya jatuh sepenuhnya ke tangan Jepun. Akhir sekali, pertahanan British di Singapura pun ranap dikerjakan oleh Jepun. Di bawah pimpinan Jeneral Yamashita, seluruh Malaya dan Singapura secara rasmi berjaya ditawan oleh Jepun.

Lalu, apa terjadi kepada Kapten John? Beliau turut menjadi tawanan askar jepun atau POW setelah kompaninya kalah dalam satu pertempuran di sekitar Negeri Sembilan. Kapten John telah dibawa ke kem Port Dickson yang ketika itu dijadikan sebagai tempat tahanan POW. Di situlah riwayat hidup Kapten John berakhir.

Sebelum dijatuhkan hukuman pancung kepala, Kapten John ditanya apakah permintaan terakhir beliau. Kapten John telah meminta sebiji telur rebus. Permintaannya ditunaikan tetapi belum pun sempat beliau mengupas telur rebus tersebut, zzZASS!!!!!! Tanpa sedikit pun belas kasihan, beliau dipancung dan tergoleklah kepalanya ke tanah.

 Permintaannya ditunaikan tetapi belum pun sempat beliau mengupas telur rebus tersebut, zzZASS!!!!!! Tanpa sedikit pun belas kasihan, beliau dipancung dan tergoleklah kepalanya ke tanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KISAH SERAMWhere stories live. Discover now