RUMAH SEWA

2.4K 139 3
                                    

Cukuplah sekadar aku perkenalkan nama aku Pah. Kawan kawan kolej panggil aku dengan nama Pah sebab ? Senang nak sebut. Simple as that. Dipendekkan cerita, aku ni seorang yang sangat gemar dengan benda benda mistik, cerita hantu memang favourite. Sampaikan kawan kawan aku gelar aku ni bukan manusia sebab bagi diorang aku ni pelik. Yelaa, orang semua kalau boleh tak nak nampak pun benda benda halus ni, tapi aku ? Aku dikurniakan deria KEENAM namun, aku cuma boleh ampak ‘mereka mereka’ ni bila ‘mereka’ ni rasa terganggu dengan kehadiran kita. Nak dijadikan cerita, selepas tamat era duduk diasrama seperti biasa selepas sem 2 kami semua perlu duduk diluar asrama iaitu rumah sewa. Dan bermula lah kisah kami disini..

Khabarnya rumah tersebut tuan rumah telah sediakan semuanya dari A sampai Z. Kami just masuk dan duduk menyewa sahaja. Sewa satu kepala RM150, bagi kami mahal la jugak sebab student kan. Tapi apakan daya, kami kesuntukkan masa nak cari rumah sewa lain dan jumlah student yang bakal duduk rumah tu ialah 12 orang. Bila fikir fikirkan balik, ramainya nak duduk serumah. Entah muat ketidak, maklumla belum tengok lagi fizikal rumah tu macam mana, just tengok dari gambar je kelmarin. Aku dan lima lagi kawanku bersetuju untuk menyewa dirumah itu dan sudah tetapkan satu tarikh untuk melihat keadaan rumah tu sebelum duduk. Korang percaya tak kalau aku cakap aku teringin sangat nak duduk rumah yang ‘haunted’ ? Especially rumah sewa. Mengarut kan ?
“Wujudkah Rumah Sewa Berhantu ?”

Kami berenam mengambil keputusan untuk pergi kerumah sewa tersebut pada hari minggu kerana waktu kuliah kami sangat padat. Tibalah pada hari minggu tersebut selepas makan petang, aku dan kawan kawan aku terus menuju kerumah sewa yang bakal kami duduki berpandukan alamat yang telah diberikan. Aku diberitahu akan ada seorang lelaki yang akan menjemput kami disana, aku gelarkan dia Abang Ngah. Bila kitaorang sampai je kat rumah tu, aku mulakan langkah dengan kaki kanan. Keadaan diluar rumah tu nampak biasa biasa je, berpagar biasa dan aku amati rumah tu ada beranda diatas. Rumah teres dua tingkat. Kami bagi salam untuk masuk ke dalam rumah tu, aku orang yang ketiga melangkah masuk kerumah tu. Tapi…

Sesudah kaki aku melangkah masuk kedalam rumah tu, aku dapat rasa macam ada yang tak kena. Aku nampak keadaan dalam rumah tu kelam sangat sangat padahal semua lampu terpasang. Aku perhati keadaan sekeliling, ya. Rumah tu sangat besar dan cukup sangat sangat nak sumbat 12 orang dalam satu rumah. Ruang tamu dan dapur dia macam padang futsal besar dia. Aku teruskan pemerhatian aku, aku terus berjalan kearah dapur. Dan sesampainya aku dipintu masuk dapur..

“Akak buat ape tuuu ?!”
Damn ! There is a kid in this house ???

Aku terlihat dari sisi kanan anak mata aku ade seorang budak kecik menjerkah aku dengan pertanyaan tu dan sekali aku toleh. There is no kid standing there. Terkejut aku dan bila aku toleh memang takda budak tu ! Yang ada cuma pintu yang bertutup dan itu adalah stor. Adakah itu imaginasi aku ? Mulanya aku tak ambil kisah sangat, mungkin sebab aku anggap tu imaginasi aku dan mungkin sebab rumah tu dah lama orang tak duduk. Pada waktu tu aku tak cerita kat sape sape pun pasal kelibat budak ni. Aku teruskan je tengok tengok keadaan rumah ni dari atas sampai bawah sampailah kitaorang bersetuju nak duduk rumah tu.

Sesi perpindahan pun bermula, kitaorang duduk makan tidur dirumah tu pun seperti biasa. Malam pertama kitaorang ada buat bacaan yassin, persediaan duduk rumah baru dan untuk mengelakkan gangguan dalam rumah. Kita ambil langkah berjaga jaga sebelum terkena. Saban hari pun berlalu dan masuklah sebulan duduk rumah sewa tu, kehadiran kami seolah olah tidak disenangi. Aku mula diberitahu ada yang kena kacau, diorang Nampak kelibat.

Aku just pesan, mungkin dia Cuma kacau kacau je nak suruh kita jangan terlalu lalai. Sebenarnya ada salah seorang daripada kami berenam yang berkebolehan macam aku jugak, boleh ternampak benda benda tu, Nurul nama dia. Nurul ada jugak bagitahu aku, dia sekarang ni susah tidur malam sebab ada yang memerhati dia kata. Aku jadi tak sedap hati, sebab sepanjang sebulan tu aku tak nampak apa apa yang ”memunculkan diri”. Adakah semua tu sekadar bayangan diorang je ?

KISAH SERAMWhere stories live. Discover now