GARAM,Kutu Kampung Takdir

25 0 0
                                    

(Berjalan masuk..pakaian kutu kampung,bawa sepanduk bertulis DEMOKRASI)
(Laung..)
DEMOKRASI !
DEMOKRASI !
DEMOKRASI !

(Gerak ke sebelah kanan pentas)
Bang,ada rokok? Ada lighter? Thanks brader..sape nama ya ni? Tepuk sikit utk brader kita ni.

Assalamualaikum..dan selamat sejahtera kepada semua.. (salam satu malaysia)Nama gua,Garam. Terima kasihlaaa sebab datang support event ni ya.Bagus ! Bagus ! Tepuk untuk diri anda semua.

(Sambung laung..)
DEMOKRASI !
DEMOKRASI !
DEMOKRASI !
(Gerak pula ke sebelah kiri pentas)
Gua ni penyokong nombor satu demokrasi, brader. Sebenarnya semua penduduk Kampung Takdir ni,penyokong demokrasi. Itu yang dari tadi dok jerit pekik demokrasi tu. Pasal gua..gua percaya dengan sistem demokrasi.Sama macam gua percayakan Pak mus,ketua kampung..

(Lagi satu pun pasal depa upah saya Rm50 untuk jadi penyokong demokrasi ni haa..)

(Sambung laung..)
DEMOKRASI !
DEMOKRASI !
DEMOKRASI !
(Gerak ambil pentas tengah)
Eiiiii...nanti.Kalau lu semua ingat gua sokong kosong aje,lu memang silap. Gua ni bukan sokong buta tuli je tau,bang. Gua ada jg buat reset pasal demokrasi ni. (Ehh..apa dia,research ya? Maaplah salah sebut..lidah kurang makan keju) Demokrasi ni,bagus..takkan lu nak sokong komunism? Heh,diorang tu tak percaya Tuhan,tau. Iyaaa..Gua tahulaaaa..Gua baca Mastika,kot.

(ajuk pak ketua tiru gaya Pak Mus)
"Demokrasi adalah satu sistem politik yang paling adil. Setiap ahli dalam sistem ini diberikan satu suara setiap seorang. Dan proses pengumpulan suara ini adalah jalan terbaik untuk keseluruhan komuniti.For the greater goods of society."
Kata pak mus ketua kampung. Gua setuju dengan pak mus..lagipun anak dia sofia tu cun.

Tapi kadang kadang pak mus ni pun parah juga,satu orang satu suara konon..ah masa gua kantoi bercinta dengan anak dia,di kejarnya gua satu kampung dengan parang. Dikatanya pasal gua takde masa depan. Satu suara abah dia..mana gua punya satu suara dia tanak dengar.

Benarlah kat kata pepatah hindustan,cinta ni semakin dihalang semakin tinggi keinginannya tu.Sejak peristiwa itu,gua makin semangat nak buktikan pada pak mus gua mampu berjaya dan nak jadikan sofia tu bini. Cuma sekarang,gua tukar taktik gua terpaksalah guna org tengah dah,gua guna member gua Halim jadi posmen.

Sekarang,setiap apa juga pendapat pak mus kat kampung ni,gua bakal jadi org pertama sokong. Nak amek hati bakal pak mentualah katakan. Buat masa ni dia masih lagi pandang bengkek kat gua. Dengan bakal menantu sendiri pun lu masih nak berlagak ek?takpe,lu tunggu.

Atas sebab nak dapatkan green light dr pak mus lah yg gua sanggup pekik DEMOKRASI DEMOKRASI sana sini.

Macam baru baru ni. YB tempat ni kata nak ganti nama Kampung daripada Kampung Takdir,kepada Kampung Inovasi. Katanya nama takdir tu dah ketinggalan..dah tak relevan.dah outdated. Dah zaman 90an..dan kita sekarang mahu maju ke depan dan untuk itu kita perlu nama baru.yang moden..

Oi yb,kalau hanya dgn tukar nama aje semua masalah dunia boleh setel,dah takde masalah pun kat malaysia ni tahu?

Orang kampung semua ngamuk. Mana hendaknya..nama tu dah macam legasi. Mana boleh nak ubah ubah suka suka hati. Ni sekarang Pak Mus suruh gua buat pungutan suara untuk penduduk kampung suarakan ketidak setujuan mereka kepada cadangan YB.

.......
(Masuk posmen)

Heyyyy..Halim,ada surat Sofia untuk gua ke?
(Tak jawab,hulur surat,terus belah)

Aik..lain macam semacam. period ke apa mamat ni?

Uih..lain macam surat kali ni. URUSAN SERI PADUKA BAGINDA??gua kena pegi PLKN ke apa ni?Aik...takkan gua kena income tax?

Kehadapan saudara Gazali Ramli.Anda sukacita dimaklumkan telah terpilih untuk masuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam kursus pengajian sosial.

(Posmen masuk lagi dan hulur beg..dan terus berlalu keluar..)

Music..

Monolog KAMPUNG TAKDIRWhere stories live. Discover now