GARAM,Pelajar Tahun Kedua Pengajian Sains Sosial

14 0 0
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam mahasiswa.

Nama aku Garam. Pelajar tahun kedua Pengajian Sosial di Universiti Malaysia. Hamba sistem PTPTN.

Masa aku dapat tawaran sambung belajar masuk U dulu,kecoh satu kampung. Maklumlah,aku orang pertama kat dalam keluarga aku dapat masuk U..aku orang pertama dalam sejarah kampung aku dapat masuk U. Pak mus kemain bangga lagi. Meriahnya masa tu,mengalahkan macam masa malaysia menang piala thomas dulu tu tau.

Tiap kali dia jumpa YB,nama aku disebutnya. Eleh,masa sebelum ni kemain benci dia kat aku..takde masa depanlah katanya.sekarang,dia punya baik mengalahkan anak angkat plak.

Selalu jg aku jg jadi modal untuk dia berlagak dengan arch enemy dia Pak Dollah ketua kampung sebelah. Diorang dari dulu memang tak ngam..dari muda lagi. Katanya dulu diorang berebut cinta Kak Peah.

Anyway..perhhh..cakap omputih.
Anyway,lepas aku jadi siswazah ni, makin banyak pula aku belajar pasal sistem. Ehhh,rupanya sistem ada banyak. Aku ingatkan cuma ada demokrasi macam.yang pak mus kata tu..takkkk.banyak gila rupanya.

Ada sosialis.
Ada komunis.
Ada republik.
Ada anarki.
Ehh..macam macam lagilah.
Macam macam lagi rupanya. Aku pun terkejut jg masa dapat tahu tu.

Kebetulan pula masa aku tahun kedua belajar,budak budak kat uni ni semua didedahkan dan digalakkan untuk berpolitik. Untuk tentukan halatuju fakulti kami. Ada pilihanraya kampus.

Tapi almaklumlah,pilihanraya kampus ni,aku tengok cacamarba. Bukan ada perjuangan yang solid pun. Yang jantan kerjanya nak masuk politik pasal nak cari makwe. Yang pompuan pula nak tangkap anak dato jadi boipren.

Entah entah politik kat luar pun sama aje agaknya.

Ada seorang budak senior gua,dia perjuangkan menu kat cafe yang tak berubah. Slogan manifesto dia,Satu Malaysia,Satu Selera,Satu Citarasa...

Menu? Kau perjuangkan menu? Punya banyak benda lain boleh kau suarakan,kau perjuangkan kau tak suka makan lempeng dan ubi rebus? Sementara u kita ni ada budak yg terpaksa ikat perut untuk bayar yuran,terpaksa kerja part time nak sambung pengajian,ada yg masih gagal nak graduate on time pasal sangkut yuran kau pula sibuk pasal ikan singgang?

Gilaaa...gila.
Perjuangkanlah benda yg lagi penting. Hal parking ke..Hal tudung labuh ke..atau nak lagi power,kau perjuangkan Hak kebebasan bersuara untuk mahasiswa contohnya. Hak mahasiswa untuk turut serta dalam pentadbiran misalnya. Ini? Menu makanan.

Masa tu aku pun hangin dengan mamat tu..ah lantak dia lah. Last last,aku sendiri lantang melawan dia punya isu. Bukan apa,isu dia remeh sangat untuk diperbincangkan.

Tapi Aku tak masuk pilihanraya,pasal aku anggap pilihanraya tak cool. Aku buat gerakan sukarela untuk bantu pelajar pelajar kat universiti. Buat tuisyen,kelas kongsi ilmu..macam2 ilmu dikongsi. Gerak sukarelawan dan khidmat sosial.

Power juga gerakan Kongsi aku buat masa tu,sampai ada beberapa org lecturer pun akhirnya join kumpulan kongsi aku. Sempatlah jg kami buat heberapa forum tindakan mahasiswa masa tu.

.....
(Masuk posmen)
Aik Halim,sampai sini pun kau boleh cari aku? Aik,ada surat lagi? Dari sofia?

(Halim hulur surat,tak.cakap apa dan berlalu keluar)

Apa bendaaaa la mamat ni.Tak habis lagi ke period mamat ni?
Buka sampul surat. Ni surat apa pula kali ni? Tauuu aje dia mana nak cari. Dari pejabat dekan fakulti sains sosial?

Kehadapan saudara Gazali Ramli. Adalah dengan ini,sukacita dimaklumkan anda dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar..

Aikkk..

(Halim masuk lagi,bagi kot,necktie,dan file kotak ABBA fan bawak keluar beg kuliah aku)

Music..

Monolog KAMPUNG TAKDIRWhere stories live. Discover now