GARAM,Ketua Pemuda Kampung Takdir

11 0 0
                                    

Assalamualaikum tuan puan sekalian. Terima kasih pengerusi majlis.  Terima kasih atas sokongan anda dan Selamat datang ke perhimpunan kita pada hari ini. Saya  Garam, Ketua Persatuan Belia Kampung Takdir.

Masa saya ditendang keluar dari universiti dan pulang ke kampung,mulanya saya risau. Apa saya nak bagitau penduduk kampung? Takkan saya nak bagitau diorang yang saya gagal dalam pengajian?

Tak mungkin..masuk u ni batuloncatan saya. Akhirnya saya dapat idea yang cukup bernas.

Saya tak bagitau pun yang saya kena tendang universiti. Saya cakap saya dapat tamat pengajian awal sebab berjaya.

Kah kah kah kah kah..diorang percaya. Saya tukar nama saya..letak doktor kat depan nama. Alah,macam sorang usahawan tu haa..bukan susah sangat,org Kampung Takdir ni bukan tahu pun.

Lepas tu saya jaja cerita kehebatan dan kemashyuran saya pada mereka. Semua lopong aje dengar.

Pak Mus? Pak Mus terus angkat saya jadi menantu dia. Apatah lagi masa tu saya rapat dengan anak YB. Alah anak YB pun dua kali lima aje dgn saya. Tak lulus pengajian.

Sekarang saya menantu Pak Mus menantu ketua kampung. Saya orang kedua paling berpengaruh dalam kampung ni. Saya kahwin dengan anak ketua saya untuk dapat lebih rapat dengan jawatan utama tu.

Ehhh..ni macam kes sorang menteri tu plak ya? Hahahaha..

Lepas jadi Ketua Pemuda,saya jadi makin rapat dengan YB. YB bagi saya satu projek. Katanya tanah kampung takdir nak diambil,untuk dijadikan kilang kawan2 dia. YB bagi saya komisen,utk beli tanah orang kampung dan jual semula pada dia. Dia akan jual semula tanah tu pada syarikat multinasional kawan dia dengan harga tinggi.

Saya? Saya bakal dapat habuan nanti. Pelan pelan saya hasut org kampung jual tanah mereka pada saya. Saya janjikan pada mereka,rumah murah yang saya sendiri pun tak pasti entah ada entahkan tidak. Saya halau penduduk kampung saya sendiri demi kelangsungan hidup saya. Aaahhh..apa ada pada pendirian kalau perut kita kosong?

Akhirnya seorang demi seorang penduduk kampung jual tanah mereka pada saya. Demi kemajuan katanya. Senang betul mereka ni kena bohong,kena tipu. Takde siapa yang syak apa apa pada saya.

Selepas semua tanah saya perolehi dari mereka,tiba tiba keluar berita tergempar. YB kami ditangkap SPRM atas kes rasuah. Duit rasuah disimpan tinggi tinggi dalam kabinet rumah YB. Saya dah kecut perut. Apa jadi dengan habuan saya nanti? Duit jualan tanah ni,geran tanah ni semua,apa cerita?

Orang kampung dah mula tanya macam macam. Saya berdalih kata nanti akan dapat..nanti akan dapat.

Malam tu,semua penduduk kampung serang rumah saya dan mentua. Mereka pukul Pak Mus,dan saya juga. Saya bersumpah pada mereka,lusa akan saya kembalikan duit mereka. Saya janji atas nama mak bapak saya yg dah lama meninggal.

Keesokan harinya saya dan isteri beli tiket kapal terbang satu hala pergi ke Switzerland. YB ada kat sana sekali. Dia berjaya bebas dari kes rasuah tu,dengan mengkambinghitamkan orang kanan dia.

Dan selamat tinggal Kampung Takdir.

........

Posmen masuk,hantar surat.

Ehh..halim,mana kau tahu aku ada sini? Jangan bagitau orang kampung ya. Haaa..surat dari YB ya?

"Sorry Garam,i have to look after myself. SPRM is coming for you now. Aku terpaksa jual kau untuk kebebasan diri aku..

Jangan carik aku lagi"

.......
Gari..bawa keluar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Monolog KAMPUNG TAKDIRWhere stories live. Discover now