GARAM, Majlis Perwakilan Pelajar

5 0 0
                                    

Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam wacana ilmiah pencetus ummah. Nama saya Garam,Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dari Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya.

Panjang ya nak kenalkan diri.
Cara bagi salam pun dah lain, maklumlah dah jadi orang penting.

Lepas jadi MPP ni,saya dah semakin jarang tumpukan perhatian kepada Program Kongsi saya tu. Programnya masih bergerak,cuma saya tak mampu dah nak turun padang selalu. Jadi saya alibabakan kepada orang lain. Ahh..sama macam semua pengarah pengarah  buat,takde apa salahnya pun,kan?

Namanya masih lagi atas nama saya selaku pengelola projek,tapi yang menjalankan,saya pun tak kenal. Entah apa yang diajar dan dikongsi pun saya tak ambil tahu dah.
Saya cuma perlu datang sekali sekala, tunjuk muka, dan puji puji sikit pelapis projek tu.Lepas tu,saya take credit atas segala benda positif dalam program tu.

"Ya,saya orang utama dalam projek kongsi. Saya tulang belakang projek ini. Idea asal dan kesedaran ini memang dari diri saya sendiri. Saya seorang yang menggerakkan projek ini dengan tujuan membantu mahasiswa dan mahasiswi memajukan diri"itu jawapan standrad setiap kali ditanya mengenai projek Kongsi.

Ah,reporter tu bukannya reti nak buat homework pun. Apa yang saya kata,itu yang dia tulis. Projek Kongsi merupakan political mileage saya,jadi tunggangan saya untuk modal saya sembang dengan orang business, orang politik dan sesiapa juga yang berkepentingan.

Saya juga mula berjumpa kawan kawan baru. Tiada lagi persatuan dari dalam universiti saya. Kawan saya dari golongan anak dato, anak tansri, anak usahawan ternama, pereka feayen dan juga kadang kala,pelakon.

Gaya hidup lama,habis saya tinggalkan. Saya dah pandai main golf dan hadir ke majlis dinner di hotel hotel. Dah pandai minum minum, dan berjoli.
Projek Kongsi saya dengar dah mula mengajarkan tentang korupsi laa..perlembagaan laa..patuh syariah laa. Entah apa lagi entah. Datang macam macam pula anasir nak meruntuhkan segala apa yg saya perolehi skrg ni.

Dan saya dipanggil menghadap Senat Universiti.

Saya menafikan keterlibatan saya dalam Projek Kongsi. Projek double edged sword yang menaikkan nama saya dan sekaligus menjadi ancaman kepada diri saya sendiri. Akhirnya saya bubarkan Projek Kongsi dan buat Projek lain.

Projek yang mengenyangkan perut saya sendiri sahaja walau mengeringkan jiwa. Sekarang bukan zaman untuk memikirkan perjuangan bangsa,perjuangan anak muda,perjuangan masyarakat. Tidak. Bukan. Kita sekarang dalam zaman kelangsungan hidup..khasnya kelangsungan hidup saya sendiri.

Projek ini saya panggil semua kroni saya turut terlibat. Bukannya susah,ramai kawan saya usahawan..ramai kawan saya peniaga besar. Malah saya juga ada kawan dalam media hiburan.

Kami buat event macam sureheboh. Saya peduli apa dengan pembangunan universiti? Saya mahu hidup kaya. Kumpul wang. Penindas atau bukan,biar Tuhan aje tentukan.

Saya mula tak pergi kelas,tak masuk kuliah,malahan projek tahun akhir pun saya upah pada orang lain untuk buat. Saya tak ada masa untuk universiti lagi. Saya mahu terus kaya. Lupakan perjuangan awal,perjuangan dangkal anak muda konon. Bukan boleh buat makan chicken chop pun.

........

(Masuk posmen dan hulur surat..)

Hey,halim ma boi..kau masih lagi kerja jadi posmen? Ha ha ha..hidup miskin tak berganjak lagi? Haish..apalah kau ni. Kau tengok macam aku,dah kaya.

(Halim posmen pandang atas bawah,geleng kepala,berlalu pergi)

Moody tak menentu.ohh,kalau aku miskin macam kau pun mungkin aku akan moody macam tu.

(Buka surat)

Kehadapan saudara Gazali Ramli. Dukacita dimaklumkan anda dibuang dari fakulti ini atas sebab plagiarism dan kegagalan mencapai tahap kehadiran yang memuaskan.

(Tercengang...)

(Posmen masuk.hulur beg balik kampung)

Musik.

Monolog KAMPUNG TAKDIRWhere stories live. Discover now