PROLOGUE

11.2K 552 47
                                    

"Triton..."

Triton yang sedang tidur itu terdengar satu suara memanggil namanya. Suara itu berbisik dekat seperti berada di sebelah telinganya sahaja. Triton mahu membuka matanya namun tidak boleh. Ada sesuatu yang menghalang.

Secara tiba-tiba ada suatu sambaran cahaya yang terang muncul dalam mindanya. Triton mengerang. Beberapa gambar memori yang kabur terpapar di dalam kepalanya. Sebuah tempat yang sedang terbakar, ada seorang budak perempuan yang sedang menangis dan ada seorang wanita yang mati dibunuh dalam keadaan berdarah di perutnya disebabkan oleh tikaman sebilah pisau.

"Grhh...!"

Triton mengerang kesakitan. Dia cuba untuk bangun daripada mimpinya itu namun tidak boleh. Gambaran-gambaran memori yang kabur itu muncul lagi dan kali ini muncul dua orang lelaki yang sedang berhadapan. Seorang berpakaian serba putih manakala seorang lagi berpakaian serba hitam. Si lelaki yang berpakaian serba hitam itu mengangkat sebilah pisau yang berdarah lalu dia menjilat darah tersebut dan kemudian ketawa bagaikan orang yang tidak siuman.

"HAHAHAH!"

***

Triton yang telah siap mengemas buku bahan bacaannya ke dalam almari itu memerhati keluar tingkap. Kelihatan Hendry sedang bermain bola sepak dengan kawan-kawannya diluar rumah. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan. Yang ada hanyalah wajah yang murung dan jiwa yang kesunyian.

Sejak daripada umurnya mencapai 10 tahun lagi, mak cik dan Hendry melarangnya untuk keluar dan pergi ke sekolah. Nak tau apa sebabnya? Pertama, Hendry tak suka apabila semua orang terutamanya pelajar perempuan memberikan perhatian kepadanya kerana wajah Triton yang tampan dan sikapnya yang baik hati. Kedua, mak cik tak suka melihat orang lain lebih rapat dan membandingkan Triton dengan Hendry. Baginya Hendry adalah sempurna dimatanya. Dan ketiga, Triton lebih pintar dan mahir bersukan berbanding Hendry.

"Huh...," kata Triton mengeluh dengan perlahan. "Kenapalah Hendry dan keluarganya sangat membenci aku?" soal Triton dalam hati.

"Triton! Siapkan makanan sekarang!" teriak Mak cik Mina. Triton terkejut mendengar suara teriakan Mak cik yang daripada tingkat satu itu. Triton tidur di loteng rumah yang kotor dan berhabuk. Baju yang dipakainya pun hanyalah kemeja putih lusuh yang merupakan pakaian lama Hendry.

"Baiklah!" sahut Triton lalu dia bangun dan berlari menuruni tangga loteng unruk menuju ke dapur. Sampaikan memasak pun diserahkan pada Triton! Pemalas betul diorang ni! Itu semua adalah disebabkan mereka mahu Triton berkhidmat sebagai pembantu rumah mereka sehingga ke akhir hayatnya sebagai satu-satunya cara untuk membalas jasa mereka sekeluarga yang memberikannya tempat tinggal, makan minum dan pendidikan walaupun ianya hanyalah pendidikan sehingga Darjah 4.

Setelah dia selesai menggoreng telur dan memanggang daging lembu, Triton menghidangkan makanan di atas meja dengan teratur kemudian dia beredar. Dia memang tak dibenarkan untuk makan bersama mereka. Keluarga itu memang gemar makan makanan mengikut stail orang Inggeris.

"Sebentar, Triton," halang Pak cik Roy walaupun dia langsung tidak memandang budak itu. Matanya kekal merenung surat khabar hari itu yang berada di hadapannya. "Selepas makan malam ini, kami mahu keluar ke aquarium untuk menyambut hari lahir Hendry. Pastikan sebelum kami balik semua tempat di dalam rumah ini terkemas," kata Pak cik Roy.

"Baiklah, pak cik," kata Triton patuh. "Aquarium? Huh, bukankah umur dia dah 13 tahun? Macam budak-budak jelah perangai dia ni," bisik hati Triton.

Pak cik Roy tiba-tiba mengalihkan pandangannya dan merenung wajah Triton. "Apa yang saya mahu adalah kamu mengemas seluruh rumah ini tanpa menggunakan magik kamu. Apabila saya balik, jika saya nampak tongkat itu berada di dalam tangan kamu... Kamu tahu apa yang akan jadi seterusnya, bukan?" soal Pak cik Roy. Dia masih lagi merenung wajah Triton yang kelihatan ketakutan itu.

"Saya faham, pak cik...."

Beberapa lama kemudian, Triton yang sedang membaca bukunya sambil berbaring di atas katil itu terdengar bunyi enjin kereta keluar. Triton melihat keluar tingkap dan nampak Hendry sekeluarga sudah beredar. Triton mengeluh perlahan sebelum dia bangun daripada katilnya. Dia teringat akan amaran daripada pak ciknya itu namun dia tetap berdegil.

Triton pun membuka almari biliknya dan mengambil sebatang tongkat berwarna silver. Dia kemudian tersenyum sebelum mulai fokus. "Aku akan pulang sebelum jam 12." Kelihatan suatu cahaya putih menyala pada hujung tongkatnya itu. Dia memusingkan ia disekelilingnya dan serbuk magik muncul lalu mengelilinginya dan dia menghilang.

Di bandar, jalan raya agak sibuk pada malam itu. Bandar raya itu penuh dengan kenderaan daripada pekan sehingga ke lebuhraya. Yalah. Hari ini hari hujung minggu dan merupakan hari terakhir cuti sekolah. Tentulah bandar akan penuh dengan manusia.

Muncul satu cahaya di kaki langit yang menjelang senja itu. Triton kemudian terbang keluar daripada portal cahaya itu. Serbuk magik mengelilinginya untuk menjadikan dia halimunan, tidak dapat dilihat oleh manusia. Serbuk magik itu jugalah yang membolehkan dia terbang.

Triton tersenyum gembira lalu dia terbang dengan bebas di langit seperti seekor burung. "YAAAHOOOO!!!!" teriaknya lalu dia terbang menjunam ke arah tasik. Apabila berada betul-betul dekat, barulah dia terbang merentasi air tasik itu.

"Hahaha!" tawanya dengan gembira.

Triton terbang berdekatan air lalu menghulurkan tangannya ke dalam tasik itu. Air itu rasa sejuk dan menyegarkan. Tiba-tiba dia terdengar suara kanak-kanak tertawa. Dia memandang kehadapan dan terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam sebuah sampan bersama keluarganya. Kanak-kanak perempuan itu memandangnya lalu bertepuk tangan dengan gembira.

"Alamak!" kata Triton lalu dia mengawal dirinya lalu terbang terus ke atas apabila dia hampir merempuh sampan itu. Entah mengapa, secara tiba-tiba semua memori yang dimimpikan olehnya berkali-kali itu muncul di dalam mindanya dengan laju dan membuatkan kepalanya sakit. "Argh!"

Triton cuba untuk mengawal penerbangannya dan menuju ke tepi tasik lalu terjatuh berguling di atas permukaan tanah berumput itu. "Hragh!" Tubuh Triton kemudiannya merempuh batang sebuah pokok yang ditanam berdekatan dengan kawasan tasik itu. Dengan tidak semena-menanya, dia pengsan di situ. Tetapi sebelum dirinya pengsan, matanya yang menjadi kabur itu dapat melihat seorang gadis berambut ungu secara tiba-tiba muncul di hadapannya.

Setelah itu dia dapat mendengar suatu bisikan seorang lelaki sebelum dirinya betul-betul pengsan. Suara itu berkata, "Jangan percayakan sesiapa, Triton."

Triton & Kerajaan Sihir by @penasalju | PREVIUWhere stories live. Discover now