CHAPTER ONE - Prologue

6.2K 476 12
                                    

Triton mengangkat tongkatnya lalu dia melibas tongkatnya dan serbuk magik terbang menuju ke arah kanak-kanak itu. Ianya menerbangkan kanak-kanak itu kembali ke sampannya. "Fuh! Nasib baik selamat," kata Triton lalu dia mendarat dan bertenggek dihujung sampan itu. "Kamu tak apa-apa si kecil?" soalnya.

Kanak-kanak perempuan itu bertepuk tangan gembira sambil ketawa. "Seronok!" katanya.

"Mary, kenapa ni?" soal ayah kanak-kanak perempuan itu. Dia tidak boleh nampak Triton. Hanya kanak-kanak sahaja yang boleh nampak dia.

"Okeylah. Saya pergi dulu ya? Bye!" kata Triton lalu dia terbang ke udara. Sampan itu bergegar sedikit.

Triton kemudian menghayunkan tongkatnya kehadapan dan magiknya keluar lalu ia meletup dan menghasilkan salji turun dari kaki langit. Semua orang yang ada disitu mendongak dan kelihatan terkejut. Yalah, pagi tadi matahari cerah je. Ni tiba-tiba je bersalji dah kenapa?

Terdapat kristal ais jatuh dan kanak-kanak perempuan itu menghulurkan tangannya kehadapan dan menangkap ia. Ia terapung pada tangannya kemudian hilang menjadi serbuk magik. Ianya adalah magik ais Triton.

"Waah! Magik!" kata kanak-kanak perempuan itu. Triton melambai padanya lalu dia terbang pergi. "Bye! Bye!" kata kanak-kanak itu lalu melambai padanya. Ayahnya hanya membiarkan dia dan terus dipukau kecantikan kristal ais salji itu.

Triton terus terbang menuju ke arah pusat bandar. Dia kemudian terkejut apabila mendapati bahawa kawasan itu hujan. "Aneh," katanya lalu dia berhenti sektika dan berpaut pada tiang diatas sebuah bangunan. Dia melihat sekeliling kemudian sambung terbang semula.

Tiba-tiba muncul seseorang dihadapannya dan membuatkan Triton terkejut sebelum berempuh dengan orang itu. "Wargh!" teriak Triton lalu dia jatuh dan hampir terhempas ke atas tanah tetapi sebuah magik mengelilinginya dan menghasilkan bebola pelindung air.

"Air...?" soalnya kebingungan. Dia dibawa turun dengan perlahan dan disebabkan dia berasa cemas dan tidak boleh mengimbangkan tubuh badannya, dia terjatuh atas sebuah lopak air sebaik sahaja tiba di atas permukaan tanah.

Splash!

"Aduh...," kata Triton lalu dia membuka matanya dan terkejut melihat seorang gadis sedang berdiri dihadapannya. Gadis itu memandangnya dengan curiga. Wajahnya kelihatan tenang cuma matanya yang tajam itu menampakkan dia serius.

"Siapa awak ni?" soalnya.

Triton tidak menjawab malah dia merenung pada tongkat yang gadis itu genggam. Warna tongkatnya adalah silver gray.

"Tongkat tu...," kata Triton sambil menunjuk ke arah ia.

Gadis itu mengangkat tongkatnya dan mendapati rupanya berubah menjadi seperti sebilah pedang. "Oh, maaf. Tongkat saya selalu bertukar bentuk," kata gadis itu lalu tongkatnya bercahaya warna biru dan ianya bertukar bentuk.

"Wah...," kata Triton dengan perasaan takjub.

Gadis itu merenungnya lagi lalu dia mendekatkan wajahnya kehadapan wajah Triton. Triton terkejut. "Err... Kenapa... Ni?" soal Triton.

Gadis itu kemudian berundur ke belakang seketika. "Tak ada apa-apa. Awak ni adalah manusia magik yang tinggal di sinikah?" soal gadis itu.

"Ya. Tapi... Saya tak pernah nampak awak pun," kata Triton sambil merenung gadis itu semula. Gadis itu hanya tersenyum lalu dia memandang ke langit. Triton terpukau buat seketika kerana melihat senyumannya yang cantik itu. Dia kemudian menyedari sesuatu yang berbeza tentang gadis itu.

"Hei... Kenapa hujan tak turun pada awak?" soal Triton.

Gadis itu memandangnya. Benar, pakaiannya langsung tak basah. "Hujan tak boleh kena pada saya. Air memang tak boleh mengenai saya melainkan saya betul-betul mahukannya. Saya adalah Wizard dari dunia magik. Magik utama saya adalah air. Apabila saya sedih hujan akan turun. Hanya saya sahaja yang mempunyai magik air dalam dunia ni," kata gadis itu.

"Yakah? Arr... Magik utama saya pula adalah eletrik. Saya tak berapa suka hujan sebenarnya," kata Triton. Gadis itu terdiam buat seketika dan senyumannya juga hilang. Wajahnya menjadi murung.

"Begitu... Maaf kalau saya dan air ini menganggu awak. Selamat berkenalan dan selamat tinggal, Triton," kata gadis itu lalu dia terbang pergi sebelum sempat Triton berkata apa-apa lagi.

"Eh?"

Triton terkejut. "Hei, nanti dulu! Macam mana awak tahu nama saya?" soalnya sambil berdiri dan memandang kepada gadis itu. Gadis itu berhenti dan terapung diudara lalu menoleh kepadanya.

"Kalau awak tahu nama saya, tentu awak tahu siapa sebenarnya saya, kan?" soal Triton. Gadis itu memandangnya dengan tanda tanya.

"Keluarga saya beritahu yang saya hilang ingatan tentang masa silam saya. Mereka hanya beritahu yang saya ada ayah dan mak sahaja. Mereka tak beritahu lebih daripada itu," jelas Triton. Dia kemudian mengangkat tongkatnya. "Tongkat ini pun,... Saya jumpa bawah katil saya. Cuma ada nama saya dan ucapan daripada mereka sahaja. Ini sahaja yabg saya tahu," kata Triton. Gadis itu merenung tongkat tersebut dengan agak lama.

"Tolanglah. Saya perlukan jawapan siapa saya sebenarnya!" kata Triton yang sudah tidak sabar mahukan jawapan kepada persoalannya itu.

"Kalau awak nak tahu, awak pergi ke pelabuhan di bandar ini dan naik ke kapal bernama 'Castell Academy'. Awak akan tahu siapa sebenarnya dan kat mana awak patut berada," kata gadis itu lalu dia terbang pergi.

"Hei!" panggil Triton tetapi gadis itu menghiraukannya.

"Castell Academy...?" soalnya bersendirian lalu dia merenung tongkat itu dan kemudian memandang semula ke arah langit. Hujan telah pun berhenti dan gadis itu juga hilang daripada pandangannya.

Triton merenung tongkatnya lagi lalu berjalan dan terbang ke udara untuk pulang ke rumahnya.

Gadis itu tadi termenung buat seketika sambil dia terapung-apung di udara memerhatikan Triton daripada jauh.

"Triton...," katanya perlahan. Dia kemudian tersenyum gembira. "Akhirnya... Dapat pun saya jumpa awak," katanya.

"Arr... Magik utama saya pula adalah eletrik."

Gadis terdiam buat seketika. "Magik utama awak... Adalah eletrik?" soalnya lalu dia mengenggam tangannya. "Kenapa mesti eletrik?" soalnya dengan wajah yang murung semula. Sedikit demi sedikit, hujan mulai menitik membasahi permukaan bumi itu sekali lagi.

Manakala itu...

Triton yang sedang terbang itu masih lagi memikirkan tentang gadis itu. Dia memasuki ke dalam kawasan tempat tinggalnya dan termenung lagi.

POOON! POOON! POOON!

Triton terkejut apabila mendengar suatu bunyi hon kereta yang kuat. "Ish, siapa tu?" soalnya lalu nampak sebuah kesesakkan lalu lintas di bawah. "Eh, kereta tu bukan ke...," kata Triton lalu memandang sebuah kereta warna hitam yang amat dikenalinya.

Pemandunya mengeluarkan kepalanya dan memaki hamun pemandu dihadapan. "Hoi! Cepatlah bergerak! Lembab betul, macam untalah!"

Triton terkejut. "Habislah! Itu pak cik!" katanya lalu dia terus menyeru portal cahayanya dan masuk ke dalamnya. Dia kemudian muncul di dalam rumah diruang tamu. Triton melihat kepada muka jam untuk mengenalpasti waktunya.

"30 minit. 30 minit lagi mereka akan sampai!" katanya lalu dia menghayunkan tongkatnya dan magik mulai berkerja.

"Ruang tamu, selesai. Seterusnya bilik air, ruang makan, dapur dan halaman rumah," kata Triton lalu dia berlari ke semua tempat itu. Setelah selesai menyiapkan kesemua tugasnya, barulah dia tersenyum gembira sambil melihat seluruh rumah itu bersih dan berkilat.

"Inilah kenapa magik mudahkan kerja," katanya sambil dia memusing-musingkan tongkat warna silver itu pada tangannya.

"Nanti dulu. Jangan lupakan musuh utama aku," kata Triton lalu dia berlari ke arah sebuah bilik dan membukanya. "Bilik Hendry."

Kelihatan keadaan di dalam bilik itu bersepah dan tunggang-langgang. Sudah seperti tongkang pecah apabila sekali imbas. Triton terdiam sebelum dia mengeluh kepenatan.

"Aduhai Hendry... Kenapalah kau ni pengotor sangat?" soalnya lalu dia mengangkat tongkatnya dan menghayunkan ia. Magiknya muncul dan mengemaskan seluruh bilik Hendry itu. Cahaya magik menyinari ke seluruh pelosok rumah itu.

Triton & Kerajaan Sihir by @penasalju | PREVIUWhere stories live. Discover now