Chapter One - Nicholas Anciellius Oceanna

5.4K 446 7
                                    

Tidak berapa lama kemudian, kereta milik Pak cik Roy masuk ke halaman rumah kemudian berhenti. Hendry keluar daripada perut kereta kemudian berlari masuk ke dalam rumah sambil tersenyum riang.

"Mesti budak tu gelabah. Mustahil dia dapat kemaskan seluruh rumah ini hanya dalam masa 2 jam," kata Mak Cik Mina sambil dia menutup pintu kereta.

"Ya," sahut Pak cik Roy ringkas. Dia menekan butang pada kunci keretanya untuk mengunci daripada luar. Setelah itu barulah mereka berjalan masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat mereka itu.

Apabila pintu rumah itu dibuka, Hendry tergamam melihat isi rumahnya itu. Mak dan ayahnya yang baru tiba turut melihat ia dengan rasa tidak percaya. Kelihatan seluruh tempat di dalam rumah itu cantik, terkemas dan bersih. Tiada sebarang kekotoran ataupun cacat celanya langsung.

"Mustahil...," kata Mak Cik Mina. Dia berlari ke halaman dan terkejut. Kelihatan taman bunganya sungguh tersusun dan indah. Mak Cik Mina kemudian kembali ke dalam rumah.

"Macam mana mak?" soal Hendry.

Mak cik Mina menggelengkan kepalanya. Pak Cik Roy pula sudah seperti hampir tertanggal rahangnya kerana ternganga berterusan.

"Erh... Mustahil!" kata Hendry.

"Kalau macam ni kita tak boleh nak hukum dia," kata Pak cik Roy dengan cemas.

"Saya tahu! Bilik saya!" kata Hendry lalu dia berlari ke arah biliknya. Dia membuka pintu biliknya dan terkejut. Kesemua barangnya telah tersusun dengan kemas malahan pakaian dan buku-buku sekolahnya juga tersusun rapi di dalam almari masing-masing.

Hendry sekali lagi ternganga. "Bi... Bilik saya...," katanya dengan rasa kecewa.

Triton hanya memerhatikan mereka dari dalam biliknya. Dia tersenyum bersendirian lalu baring atas katilnya dengan rasa gembira. "Hari ini adalah hari yang paling menyeronokkan dalam hidup aku," katanya lalu dia mengeluarkan tongkatnya.

"Semuanya kerana magik. Tiada perkara mustahil yang magik tidak boleh lakukan. Apa yang kita perlu buat cumalah percaya," katanya lalu dia bangun dan memandang ke arah bulan yang mengambang di kaki langit. "Itulah apa yang korang beri padaku," katanya lagi.

Tritom membelek tongkatnya itu dan kelihatan suatu ukiran sebuah tulisan padanya. Dia tersenyum. "Aku sayangkannya, Mama, Papa," ujarnya. Dia kemudian terdiam dan termenung.

Triton menghampiri tingkap lalu membuka ia. Dia menghulurkan tangannya keluar dan dapat merasakan hujan renyai-renyai daripada luar. "Hujan...," katanya perlahan

"Hujan ini adalah magik air saya."

"Ia akan turun apabila saya berasa sedih."

"Aku tertanya-tanya... Apa yang telah membuatkan kau berasa sedih?" soalnya bersendirian. Dia kemudian teringat kata-kata gadis tadi.

"Kalau awak nak tahu, awak pergi ke pelabuhan di bandar ini dan naik ke kapal bernama 'Castell Academy'. Awak akan tahu siapa sebenarnya dan kat mana awak patut berada."

Triton termenung seketika. "Castell Academy... Betulkah semua jawapan aku ada di sana?" soalnya. Dia kemudian memandang ke arah Hendry yang sudah mengantuk sambil masuk ke dalam biliknya. Mak Cik Mina dan Pak Cik Roy pun sama.

Triton menghela nafasnya dalam-dalam sambil memejamkan matanya.

Apa yang aku fikirkan ni? Selama ini aku mahukan kebebasan. Aku mahu bebas seperti orang lain. Aku mahu jawapan siapa sebenarnya aku. Ya, inilah apa yang aku impikan dan sekarang, jalan sudah terbuka. Aku tak akan lepaskan peluang ni!

Triton pantas membuka almarinya dan mengemas pakaiannya. Dia mengisikan semua barang-barang pentingnya ke dalam sebuah beg galas berwarna kelabu. Setelah itu dia menyandangnya ke bahu dan mengambil tongkat magiknya. Dia tersenyum.

"Kebebasan... Jawapan... Tunggu, aku akan datang!" katanya.

Portal cahaya muncul di sebuah pelabuhan kapal. Triton melangkah keluar daripada portal itu lantas melihat sekeliling. Pelabuhan itu kosong dan hanya dia yang berada di situ.

"Hmm... Aku awal sangat ke apa?" soal dia kepada dirinya sendiri. Dia pun berjalan menuju ke jeti dan berdiri betul-betul dihujung jeti itu. Hujan sudah mulai berhenti tetapi cuaca kat situ terasa sejuk. Dia kemudian menoleh dan terkejut apabila gadis hujan tadi muncul dibelakangnya.

"Hwoah!" teriaknya lalu dia hampir terjatuh ke dalam air. Nasib baiklah gadis itu sempat menangkap tangannya lalu dia menarik Triton dengan sekuat hatinya naik ke jeti semula.

"Woah, bahaya betul tadi tu!" kata Triton. Dia memandang gadis itu. "Terima kasih sebab tolong saya. Nyaris mandi laut tadi," kata Triton.

"Hm... Awak memang cuai kan? Nah," kata gadis itu lalu dia menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Triton.

"Apa ni?"

"Special Identiti Watch. Ia seperti kad pengenalan di dunia ini cuma dalam bentuk jam. Lihat ini," kata gadis itu lalu dia mengeluarkan sebuah jam loket. Dia menekan ia dan muncul holongram diatas muka jam. Kelihatan gambarnya dan segala maklumat tentang dirinya tercatat pada hologram itu.

"Ianya akan mengikut bentuk jam yang awak mahukan. Dalam jam ini mengandungi semua maklumat diri awak. Saya mencipta satu identiti untuk awak disebabkan awak tiada langsung dan tidak pernah masuk ke dalam dunia magik," kata gadis itu.

"Begitu... Hei, awak ni seorang tuan puteri kah?" soal Triton sambil membaca maklumat tentang gadis itu.

"Err... Ya. Puteri dari negeri Duyung Magik," kata gadis itu lalu dia menutup hologram tersebut sambil memalingkan wajahnya daripada Triton.

"Duyung? Oh! Sebab itu awak tak mahu kena air hujan ya?" soal Triton.

"Ya. Kalau tak ekor duyung saya akan keluar," kata gadis itu.

"Nama awak adalah Ciel. Hei, mula-mula tadi awak cakap awak adalah seorang Wizard. Adakah awak ni...?"

"Sama seperti awak. Saya adalah Mermaid Magic Wizard. Separuh duyung dan separuh magik. Dan... Sebenarnya saya bukan sahaja puteri dunia duyung. Saya adalah puteri kepada dunia magik juga. Bonda saya adalah permaisuri Mermaid Utopia. Ayahanda saya pula adalah raja Magic Kingdom," jelas gadis bernama Ciel itu.

Triton melopong. "Adakah saya perlu panggil awak tuan puteri?" soalnya.

Ciel hanya menggeleng. "Itu sahaja apa yang saya nak beri. Saya pergi dulu," kata Ciel lalu dia berjalan pergi.

"Eh, nanti! Awak tak ke Castell Highschool dengan saya kah?" soal Triton.

Ciel memandangnya lalu tersenyum. "Nanti awak tahulah," jawabnya. "Oh ya, di sana nanti baik awak jangan gunakan magik eletrik. Kalau boleh awak gunalah magik lain yang awak mahir," kata Ciel.

"Kenapa?" soal Triton dengan rasa tidak senang. Dia tidak suka merahsiakan identiti dirinya.

"Tak lama lagi awak tahulah," ulang Ciel sambil tersenyum.

Triton diam seketika sambil melihat tongkat magiknya. "Tapi, macam mana saya nak gunakan magik lain?" soal Triton lalu memandang kepada Ciel.

Ciel berfikir sejenak. Dia kemudian mengangkat tongkatnya dan melibas ia ke arah lautan. Separuh daripada permukaan lautan itu dengan serta-merta membeku!

"Woah! Magik! Bukankah awak kata magik utama awak air?" soal Triton.

"Memang pun," kata Ciel sambil memusingkan tongkatnya lalu muncul serbuk magik berterbangan ke seluruh permukaan ais itu lalu mengenai ia dan semuanya berubah menjadi lautan biasa semula.

"Awak cuma perlu mahir memanipulasikan magik awak. Ianya akan menjadikan magik awak ke tahap seterusnya," kata Ciel.

"Memanipulasikan magik?" soal Triton. Ciel hanya mengangguk dan kemudian beredar daripada situ. Triton memandangnya dengan rasa curiga.

"Kenapa saya dapat rasakan yang awak sedang merahsiakan sesuatu daripada saya, Ciel?"

Triton & Kerajaan Sihir by @penasalju | PREVIUWhere stories live. Discover now