Chapter One - Friday Danielle

5K 456 4
                                    

Setelah menunggu beberapa minit lagi, pelabuhan itu mulai dipenuhi oleh ramai remaja yang seumuran dengannya. Mereka semua adalah separuh manusia iaitu Human Mermaid dan Fairy Human.

"Woah... Magik!" kata Triton dengan teruja memerhatikan mereka semua dengan teliti.

"Hati-hati!"

Triton terkejut lalu dia menoleh dan nampak seorang budak lelaki yang berambut merah dan bermata oren sedang cuba untuk mengawal sayap pari-parinya. Dia sedang terbang menuju ke arah Triton dengan laju. "Alamak!" kata Triton dengan cemas.

BAM!

Budak lelaki itu merempuhnya dan mereka berdua terjatuh di atas jeti itu. "Aduh...," kata Triton sambil menggosok kepalanya yang sakit lalu dia berdiri dan memandang ke arah budak lelaki yang berada di sebelahnya itu. Dia juga mengerang kesakitan kerana kepala mereka bertembung sebentar tadi.

"Kau okey?" soal Triton.

"Ergh... Ya. Maaf sebab dah langgar kau. Arr... Aku baru dapat sayap ni hari ini," kata budak lelaki itu dengan senyuman serba-salah.

"Ha?" soal Triton tidak faham. Maklumlah dia tidak tahu apa-apa tentang pari-pari.

"Hoi budak malang! Kalau tak tau pakai sayap kau tu tak payahlah terbang!" Kedengaran suara seseorang mengutuk. Triton dan budak lelaki itu menoleh dan kelihatan dua orang budak lelaki yang berwajah serupa sedang terbang menggunakan sayap pari-pari masing-masing dan mendarat dihadapan mereka.

Triton yakin bahawa mereka berdua adalah kembar kerana rupa yang sama itu. Kelihatan sayap pari-pari mereka hilang sebaik sahaja mereka mendarat. Sayap budak lelaki yang merempuhnya tadi itu pun sudah hilang.

"Abang, nak dengar lawak tak?" soal budak lelaki berpakaian kemeja putih dan jaket kulit hitam. Dia menyilangkan tangannya sambil tersenyum sinis memandang budak lelaki berambut merah itu.

"Apa dia?" tanya seorang lagi budak lelaki. Dia pula memakai baju kemeja hitam dan jaket kulit putih.

"Dalam banyak-banyak pari-pari, pari-pari apa yang tak boleh terbang?" soal si adik.

"Friday si pari-pari malang! Hahaha!" tawa mereka berdua dengan gamaknya.

Usikan mereka itu membuatkan budak lelaki berambut merah itu berasa marah. Rupa-rupanya nama dia adalah Friday.

"Tak guna korang! Aku tak malanglah!" marahnya lantas sayap pari-parinya muncul dan dia terbang menuju ke arah mereka. Sayap kedua-dua orang pasangan kembar itu juga muncul lalu mereka mengelak terjahan Friday dan menyebabkan budak lelaki itu merempuh mesin coklat bar yang kebetulan berada di belakang mereka.

Pang!

Friday terpusing-pusing kepeningan lantas sayapnya hilang dan dia tidak dapat mendarat dengan betul.

"Wargh!" teriaknya lalu terhempas ke atas permukaan jeti dan terlentang di situ.

"Arh... Sakitnya..."

"Sakitkah? Owh... Kesiannya... Sini aku tolong!" kata si abang lalu dia terbang menuju ke arah Friday. Dia mencapai beg Friday dan membawa pemuda itu terbang tinggi ke udara.

Triton tercengang manakala Friday yang masih berada dalam keadaan pening lalat itu membuka matanya dan terkejut apabila mendapati dia berada sepuluh kaki di udara. "Wargh! Tolong!" teriak Friday dengan ketakutan.

"Kenapa ni? Kau kan pari-pari. Tak kanlah kau takut tinggi kot?" sindir si adik sambil ketawa.

"Lepaskan akulah!" teriak Friday sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

Triton & Kerajaan Sihir by @penasalju | PREVIUWhere stories live. Discover now