part 2

8.4K 269 1
                                    

Hani menghempas tubuh atas katil,matanya terpejam rapat sebelah tangan dia letak atas dahi.

Penat rasanya seharian menghabiskan masa bersama king.Bukan buat apa pun,teman lelaki itu sarapan ikut dia pergi ofis,pergi lunch lepas tu balik ofis,duduk jadi tunggul tengok tunangnya itu bekerja.

Tak faham Hani kenapa dia mesti selalu kena ada disisi lelaki itu sedangkan dia bukannya buat kerja apa pun,melainkan menghadap muka bengis si kingkong tu.

Pernah juga dia tak nak ikut king pergi ofis tapi bila sekali bapak kingkong tu mengamuk habis satu company kena marah,padahal sebabnya sikit saja.

Susah dia nak faham apa yang ada dalam kepala otak king.Mereka tak pernah berbual secara serius dari hati ke hati.Melainkan bertekak saja,Hanilah yang selalu jadi mangsa kena marah.

Kadang dia pun jadi takut nak bercakap,takut tersalah cakap nanti sia-sia saja kena maki.

Deringan telefon mematikan lamunan Hani.Dia capai iphone6 pemberian king di atas meja kecil bersebelahan katil.

Mulutnya herot bila melihat nama pemanggil.siapa lagi kalau bukan si kingkong tu.

"Ye..Hello mr king."

"Kau tengah buat apa tu?"soal king senada.

"Baring-baring je."jawabnya malas.

"Kau tak mandi lagi?"suara itu menyoal lagi.

Hani berbingkas bangun.Mana dia tahu aku tak mandi lagi ni?

"Err..nak mandilah ni."dia garu kepala.

"Aku dah agak dah..Patutlah bau busuk macam bangkai sampai ke sini."tutur king bersahaja.

Hani julinglan mata.Malam-malam macam ni pun nak sakitkan hati aku lagi.Ish!

"Iyelah mr king..Patik yang hina dan berbau bangkai ni nak pergi mandilah tuanku oii..Ada apa-apa lagi nak cakap?tak ada?ok bye!"terus dia matikan talian.

Lantak kaulah!Lama-lama bercakap dengan kau boleh berdarah telinga aku ni.

Setelah itu Hani bangun,tuala dicapai kemudian dia masuk ke kamar mandi.Aku nak berendam lama-lama biar sejuk sikit hati ni.

***
King tatap henfon ditangan tanpa berkedip mata setelah Hani mematikan talian.

Huh!cakap macam tu pun nak marah.Dia garu kepala.Baru saja nak ajak Hani berbual.

Walaupun hari ini seharian mereka bersama tapi tak banyak yang dibualkan,dia sibuk dengan kerjanya tak ada masa nak layan Hani.Gadis itu pun asyik main fon saja.

Hmm..
King mengeluh berat.Dia keluar dari bilik menuju ke balkoni.Di situ dia duduk menongkat dagu sambil merenung langit.Tak banyak bintang,langit pun macam suram saja.

Bila difikirkan kembali tentang Hani hatinya dipagut rasa bersalah.Kadang dia rasa sikapnya terlalu dingin pada Hani.Bukan dia tidak cuba untuk lebih mesra,tapi setiap kali membuka mulut dia tidak dapat mengawal diri.Ada sahaja bahasa kasar yang hendak digunakan ketika bicara dengan gadis itu.

King picit dahi bila teringat bagaimana sikapnya pada Hani hari ini.Intonasi suaranya sering saja meninggi bila bercakap dengan Hani.

"Hmm..sampai bilalah nak macam ni?dua bulan lagi dah nak kahwin."dia merungut sendiri.

***
Hani renung sebuah kotak disisi katilnya.kotak yang hampir sama besar dengan badannya dia sepak perlahan.

Entah apalah isinya.Nak di buka tapi si kingkong tu dah bagi amaran jangan buka sehingga esok pagi.

Emm..lantaklah,bukan penting pun.Dia panjat katil dan merebahkan badan.Matanya legap merenung siling,otak pula mula menerewang entah kemana.Nak tidur tapi mata tak mahu pejam pula.

Henfon disebelah dia capai.Galeri gambar dia buka.

Bibir Hani merekah senyum bila melihat semula gambar-gambar yang dia ambil hari ini.Disebabkan bosan dan tak tahu nak buat apa,maka jadilah dia seorang fotografer yang tidak bertauliah.

Satu demi satu gambar dia renung,kemudian matanya tertacap pada satu gambar.

Gambar seorang lelaki yang sedang khusyuk menaip sesuatu pada komputer,mukanya kelihatan serius tapi sangat kacak dipandangan mata Hani.Siapa lagi kalau bukan si bapak kingkong tu..

Hani perhatikan gambar itu lama-lama sambil tersengeh.Tak sangka lelaki kacak didalam gambar ini adalah tunangnya.Dia tak pernah bermimpi pun nak berkahwin dengan seorang lelaki kacak dan kaya macam king ni,tapi tu lah dah jodoh..

King of My heartWhere stories live. Discover now