part 20

6K 165 5
                                    

Arghh!!!

Emilia menghempas tangannya pada stereng kereta.Marahnya membuak-buak.Tak sangka rancangannya untuk berbaik semula dengan King telah gagal.

Lelaki itu jauh lebih bijak darinya.Tak tahu pula dia selama ini King selalu mengikuti perkembangan hidupnya.Ingatkan dia saja yang dalam senyap-senyap mengikuti perkembangan hidup king.Rupanya lelaki itu pun sama.

Emilia tahu king dah bertunang,dan dia tahu lelaki itu akan berkahwin tidak lama lagi,sebab itu dia mahu bertindak cepat.Dia nak dapatkan King semula.Tapi lain pula jadinya.King tak mahukan dia,dan lelaki itu memang sudah membencinya.

Dia tak sangka King telah berubah.King yang dia kenal tak mungkin menolak cintanya.Sebab dia adalah cinta pertama lelaki itu.

Hmm..

Aku tak akan menyerah dengan mudah King.Aku akan pastikan kau jatuh ke tangan aku semula.Aku akan buat apa saja asalkan kau jadi milik aku!

***

"Banyaknya mak..Ini nak buat kenduri ke apa?"

Hani belek bekas tupperware atas meja makan.Ada lima dan besar-besar semuanya.

"Alah..mana ada banyak sikit aje tu..Nanti kamu bagilah semua staf-staf Mr King makan."

"Mak buat ni bukan untuk kamu dengan dia je."

"Oo.."

"Yang ini untuk Mr King." Mak hulur bekas kecil warna merah berisi kuih tepung pelita.Ada enam biji semuanya.

"La..tak payahlah asingkan,campur je sekali.Banyak-banyak bekas ni susahlah Hani nak bawak." Bebel Hani.

Yelah!Dia ada dua tangan saja,macam mana nak bawak semua bekas berisi kuih tepung pelita yang berat tu.

"Ish!mana boleh campur,yang ni special untuk menantu mak.."

"Eh!bukan menantu,bakal menantu" Tukas Hani.

"Ee..Samalah.."

Serentak dengan itu mereka dua beranak ketawa.

"Dah..dah..Jangan nak seronok sangat.Ayah dah lama tunggu kat dalam kereta tu."

"Ok baik bos.."

Hani angkat bekas-bekas tersebut dan bawa masuk ke dalam kereta.Hari ini dia dan ayahnya akan hantar kuih tepung pelita yang mak buat ke ofis King.

Maklah yang beria-ia nak buat kuih ni lepas Hani bagi tau King suka sangat makan kuih tepung pelita yang dia dan maknya buat kelmarin.King kata dah jatuh cinta pandang pertama pada kuih tu.

Apalagi,mak pun suka hati lah bila dengar bakal menantu kesayangan dia puji melangit.

Sebab tu hari ni mak beria-ia suruh Hani hantar kuih ni ke ofis King.Konon nak buat surprise la menantu dia tu.

***

"Kamu turun dulu.Ayah nak pergi parking kereta.Nanti kuih-kuih tu ayah bawak."

"Ok bos.."

Hani turun dari kereta dengan perasaan yang berbunga-bunga.Tak tahulah kenapa hari ni dia rasa happy sangat.Mungkin sebab nak jumpa King kot.

Alah!Macamlah kat rumah nanti tak jumpa.Getus hatinya.

Hani berjalan melintasi jalan dihadapan bangunan Syarikat King sambil bawa beg kertas berisi tupperware merah yang mak dia berikan tadi.

Yang ini special untuk King,tentulah dia yang kena bawa dan serahkan sendiri pada lelaki itu.Hani senyum bila teringatkan wajah bakal suaminnya.

Stretttt!!!

Dushhh!!!!

Tubuh Hani melayang tinggi.Beg kertas yang dia pegang sudah terlepas dari tangan.

Bila mana tubuhnya sudah terhempas ke atas jalan barulah dia terasa sakit sangat.Dan perlahan-lahan pandangan matanya menjadi kelam.

Dia dengar suara ayah memanggilnya,tapi dia tak boleh nak bersuara.Rasa perit yang teramat sangat membuatkan Hani lemah tak berdaya.

Dunia gelap gelita,dia dah tak nampak apa-apa,tapi telinganya masih dapat mendengar suara-suara orang disekililing.Mereka semua seperti sedang panik.Hani tak tahu apa yang berlaku.Yang dia tahu tubuhnya terasa sakit yang teramat sangat..

Ayah..

sakit..

Ayah..

Hani sakit..

King..

Tolong saya..

Sakit...





👇

👇

👇

👇

👇




Hello korang..Ni nak bagi tau King of My heart akan sampai ke penamatnya tak lama lagi,so harap korang bersedialah dengan hati yang terbuka..

Jangan ada yang sedih,jangan ada yang berduka.Doa-doakanlah kebahagiaan King dan Hani ye..

Harap lepas ni korang boleh moveon ye..

Sebelum tu aku nak korang dengar lagu ni.Sebab aku rasa lagu ni memang sesuai sangatlah dgn part cerita ni yang aku tulis.

Aku nak korang dengar sambil pejam mata dan hayati ye..

Jangan nangis,klu nak nangis duduk sorg2 dlm gelap.

sapa yg nangis dgr lagu ni kita geng.Dan geng y nangis tu nanti sila angkat tangan skit aku nak tengok.

oklah aku pun xnk melalut panjang2 hope korg enjoy..

Luv you olls 😘😘😘😘

👇

👇

King of My heartWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu