part 14

6.6K 207 1
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Hari kepulangan king dari tokyo.Semua yang ada dirumah ini menanti kepulangannya dengan penuh debaran.

Bukan apa,kami semua takut dia mengamuk bila nampak dua orang manusia tu,yang masih lagi berada di rumah ini.

Dah puas Cik Ahn suruh mereka keluar tapi puan sofia dan anaknya masih berdegil.Tak tahulah apa sebenarnya yang mereka mahukan dari King.

Hani segera berlari ke pintu utama saat melihat kereta milik king memasuki halaman rumah.Dia setia menanti lelaki itu dimuka pintu.

Rasa nak meletup jantung aku ni menahan debaran.Sebab rindu satu hal,sebab takut pun satu hal.Janganlah dia mengamuk..

Dia cuba memaniskan muka bila king sudah keluar dari perut kereta.Mata mereka saling bertembung.Namun riak wajah king seperti biasa kosong.Tak nampak pun dia teruja bila tengok Hani sedang menantinya.

Ah!lelaki ni..Tak boleh ke dia senyum pada aku?dah seminggu tak jumpa,tak rindu ke pada aku ni?

Semakin king hampir semakin Hani berdebar.Rasa takut dan rindu pada lelaki itu telah bergabung menjadi satu.

Tapi king langsung tidak memperdulikan dia,sebaliknya lelaki itu terus saja berlalu masuk ke dalam rumah.

Serta merta senyuman Hani mati.Dia kecewa.

King masih marahkan aku ke?

Tanpa menunggu lama disitu dia mengekori saja langkah king ke ruang tamu.Di situ ada puan sofia dan Junior.

Melihat pada air muka king yang sudah bertukar bengis tu buat seisi rumah menjadi takut.Dewi,mimi,Cik Ahn semuanya sudah menundukkan wajah.

Puan sofia dan Junior pula tayang muka selamba.Muka orang tak bersalah.Mereka dua beranak ni memang tak tahu malu!

"Err..Mr king..Awak tentu penatkan?jom naik atas.Awak berehat ye."demi untuk meleraikan suasana tegang itu Hani terpaksa mengambil tindakan.

Dia paut lengan King dan tarik lelaki itu supaya ikut langkahnya ke tingkat atas.Mulanya king mengeraskan badan tapi bila tengok riaksi Hani yang bersungguh-sungguh tu dia ikutkan saja.

Memang betul pun dia penat.Tapi penatnya itu hilang dan digantikan dengan perasaan marah yang membuak-buak bila nampak dua orang makhluk tu.

Mujurlah Hani cepat bertindak,kalau tidak memang dia dah nak mengamuk sakan tadi.

Sesampai saja dalam biliknya king terus melepaskan pautan Hani dari tangannya kemudian dia berjalan menuju ke katil dan merebahkan badan disitu.Dia langsung tak renung muka gadis itu.

Hani gigit bibir.Jujur dia memang terasa hati dengan sikap king,tapi dia cuba positifkan diri.Mungkin king penat.

Dia menghampiri king yang sedang elok terlentang atas katil dengan mata terpejam,lalu dia cuba untuk menanggalkan stoking yang masih tersarung dikaki lelaki itu.

King terkejut dengan tindakan Hani.Dia segera bangun dari berbaring.

Melihatkan air muka king terkejut tu buat Hani rasa serba salah."sori.."

"Kau buat apa ni..?"tanya king.

"Err..saya cuma nak tolong."

"Tak payah..Aku boleh buat sendiri."kedua-dua belah stokingnya king buka dan campak ke tepi katil dengan kasar.

Hani pula masih diam disitu perhatikan tingkah king.

"Nak apa lagi!?"soal king dengan suara separuh menenking.

Hani gamam.Matanya terus sahaja berkaca.Perlukah dia ditengking?

Lelaki ini masih tak berubah,sikapnya masih juga mengjengkelkan.Tidakkah dia rasa rindu pada aku,padahal kami sudah tak berhubung selama seminggu?

Bagi orang lain seminggu tu memanglah sekejap,tapi bagi aku lama tau!

"Hani.."

Tangan Hani king paut saat gadis itu sudah mahu bergerak meninggalkan bilik itu.Dia tarik tangan Hani sehingga Hani terduduk disisinya atas katil.

Wajah yang menunduk dengan air mata membasahi pipi itu dia tatap.

"Kenapa menangis ni?"jari-jemarinya menyeka air mata dipipi Hani.

"Sori ok.."Setelah itu dia tarik pula Hani ke dalam pelukkannya.

Shh..Belakang badan Hani digosok lembut bagi meredakan kesedihan gadis itu.

"Sudahlah..aku minta maaf ye.Jangan nangis lagi.."

Diam..

"Saya rindu.."

"What?"

"Saya rindu mr king.."

"Kau rindukan aku?"

Hani anggukkan kepala.

"Betul-betul rindu?"

"Iyelah.."

"Aku tak salah dengar ke?"

"Tak.."

Hani membalas pelukkan king dengan kemas.

Biarlah..semua rasa malu ditolak ke tepi dulu,yang penting sekarang dia nak lepaskan rindu pada king.

"Hani.."king cuba meleraikan pelukkan mereka tapi Hani malah semakin erat memeluknya.

"Err..Hani..kau sedar tak kau tengah peluk aku ni?"

Hani angguk.

"Kau ok?"

Hani angguk lagi.

King koyak senyum.Ini memang betul-betul rindu ni..

Daripada duduk kini mereka berdua sudah merebahkan badan atas katil,namun pelukkan Hani pada tubuh king masih juga belum lepas.

King rasa senang begitu,pelukkan Hani menenangkan jiwanya.Kalau boleh dia mahukan lebih dari itu tapi mengenangkan hubungan mereka,dia hanya mampu menahan diri.

Rambut Hani diusap perlahan kemudian ubun-ubun gadis itu dikucupnya berkali-kali..

King of My heartWhere stories live. Discover now