part 12

6.4K 195 3
                                    


Suasana diruang makan pagi itu kelihatan lengang.Hani pegang perut,dia dah lapar ni,itulah semalam bila cik Ahn ajak makan dia tak mahu sekarangkan dah kebulur.

Cik Ahn cakap kalaulah king tahu dia tak makan,habislah cik Ahn kena marah.Tapi Hani kata tak apa dia takkan bagi tahu king.Kalau king tanya dia akan cakap yang cik Ahn layan dia macam tuan puteri di rumah ni.

Ehem!

Senyuman Hani mati bila mendengar suara seseorang dibelakangnya.Dia menoleh kebelakang perlahan-lahan.

Gulp!

Dua pasang anak mata sedang merenung tepat ke arahnya.Siapa lagi kalau bukan wanita sombong semalam tu dengan anaknya.

"Hei!kau buat apa tercegat dekat sini?sarapan kami mana?kenapa tak sediakan lagi!kau nak suruh aku mati kebulur ke apa!?"tanya wanita itu dengan suara yang melengking.Wajahnya masam mencuka.

Anak lelakinya pula tersenyum senget merenung Hani dari atas ke bawah.

Kepala Hani tiba-tiba jadi blank sekejap bila kena jerkah begitu.Dia terkaku dan tak dapat hendak berkata apa-apa.

Yelah!selain king mana ada orang lain yang berani menengking dia dalam rumah ni.

"Hoi!kau dah pekak ke?Yang tercegat macam tunggul ni kenapa?pergilah cepat sediakan sarapan untuk aku dengan anak aku!"kepala Hani ditunjalnya pula berkali-kali.

Kurang ajar betul mak cik tua ni!

"Puan sofia!"

Huhh..

Hani tarik nafas lega bila dengar suara cik Ahn.KAlau tidak tak tahulah macam mana dia nak berhadapan dengan perempuan bongkak ni.

Tiga pasang anak mata merenung cik Ahn saat wanita itu sudah menghampiri Hani.Wajah wanita tua itu kelihatan tegang.Mungkin marah dengan tindakkan puan sofia terhadap Hani tadi.

Lengan Hani cik Ahn tarik supaya gadis itu berdiri dibelakangnya.Hani menurut saja.

"Apa yang puan buat pada cik Hani?Tolong jangan biadap ye."cik Ahn memberi amaran pada wanita itu.

"Mama cuma suruh perempuan ni sediakan sarapan..salah ke?dia kan orang gaji dalam rumah ni,jadi itukan memang tugas dia."kali ini si anak pula bersuara membela mamanya dihadapan cik Ahn.

What!orang gaji?wah!wah!wah..!sedapnya mulut kau bercakap..

"Junior.Cik Hani bukan orang gaji dalam rumah ni.Dan walaupun dalam rumah ni ada orang gaji kamu berdua tak boleh layan mereka macam tu,jangan nak mengarah orang lain dalam rumah ni sesuka hati."

Setelah menghabiskan kata-katanya cik Ahn terus menarik tangan Hani supaya berlalu pergi dari situ.

"Kalau bukan orang gaji siapa perempuan kolot ni,kenapa dia tinggal dalam rumah ni?"soal puan sofia ketika cik Ahn dan Hani baru beberapa langkah menapak.

"Untuk pengetahuan puan sofia dan junior,cik Hani ialah tunang kepada Tuan king,jadi kamu berdua kena hormat dia,dan saya harap sikap kurang ajar tadi takkan berulang lagi."

Sebaik saja mendengar penjelasan cik Ahn wajah kedua-dua mereka kelihatan sangat terkejut.

Huh!baru korang tau siapa akukan..

Hani tersenyum puas.Rasa bangga pula bila cik Ahn pesan supaya mereka berdua menghormatinya.

***

Gambar Hani sewaktu masih di bangku sekolah dulu king tatap

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Gambar Hani sewaktu masih di bangku sekolah dulu king tatap.Gambar ini dia ambil dirumah Hani dulu.Dia ambil tanpa pengetahuan sesiapa ketika melawat orang tua Hani sebelum berangkat ke tokyo.

Entah kenapa bila berjauhan rasa rindu king pada Hani semakin kuat,dan rasa ini membuktikan bahawa dia memang sudah benar-benar sayang pada gadis itu.

Hani..Hani..

Rindu,tetapi rasa egonya lebih menebal.Masuk hari ini sudah tiga hari king di tokyo tapi tidak sekali pun dia menelefon Hani.

Bukan kerana rasa marahnya dengan kata-kata Hani tempoh hari,tapi kerana dia tidak mahu mendengar suara Hani.Nanti kalau dah dengar tentu semua urusannya ditokyo ini tidak akan selesai.Boleh jadi dia terus saja kembali ke tanah air tanpa menyiapkan tugasan disini dek kerana tak tahan menanggung rindu.

Arghh!
Masih berbaki empat hari lagi dia disini.Kenapalah waktu terasa lambat saja berputar.Dah tak sabar nak balik jumpa Hani..My Honey..

King of My heartDonde viven las historias. Descúbrelo ahora