Bab 14: menjauh

32 3 0
                                    

    "Isya, kenapa muka tu monyok je tu?" Aku bertanya sambil menolak roda pada kerusi roda.
    "Alid tak tahu ke?"
    "Tak tahu apa ni?" Aku menggaru kepala. Dia tak bagitahu aku macam mana aku nak tahu.
    "Abang Rayyan akan pindah ke luar negara"
    Aku diam. Takkan sebab aku kemalangan,dia sampai nak menjauh dari aku. Pelik-pelik lah abang sedara aku ni.
"Kenapa Isya macam sedih sangat ni?"
"Alid ni macam lah tak tahu. Dari kecil Isya sayang Abang Rayyan tau"
"Bila bertolaknya?"
"Malam ni."
"Dah tu kenapa Isya tak pergi?"
"Isya..Isya takut Isya nangis lah"
"Haila Isya ni. Pak Sudir..." aku menguatkan suara tapi still boleh dikatakan lembut.
"Ya Maira,ada apa?"
"Pak Sudir boleh tak hantar kitaorang pergi airport?"
"Kenapa pula diminta izinnya? Pak Sudir ni kan memang dibayar untuk jadi driver kamu"
Aku tersengih. Betul juga apa Pak Sudir cakap. Tapikan Pak Sudir ini dah berumur so mesti dah banyak tenaga digunakan. Aku hanya mengambil berat. Pak Sudir kelihatan mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah agam itu.Aku pandang Isya.
"Jom Isya. Nanti tak sempat hantar Abang Rayyan"
Isya bangun dan tersengih gembira. Yea! Yea! Dapat hantar Abang Rayyan! Rasa nak lompat-lompat je.
Selepas 30 minit melilau dalam airport. Kami dapat melihat  susuk tubuh Abang Rayyan yang masih duduk menunggu gilirannya.
   "Abang!" Issh minah ni. Nak jerit pun agak-agaklah. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku menyepak sedikit kakinya. Wait? Kaki? Aku pandang lama ke arah kaki ku. Isya pula dah jauh berjalan. Seronok sangat nampaknya. Persoalan tentang kaki aku biarkan sepi. Aku menolak kerusi roda ku kearah mereka.
   Abang Rayyan sedikit terkejut melihat aku turut serta dalam menghantarnya. Aku melihatnya. Penuh dengan pandangan tersirat. Abang Rayyan berjalan menghampiri aku. Dia pandang aku dengan pandangan yang bersalah dan  sedih. Dia melutut di hadapan aku.
   "Abang minta maaf Alid. Abang tak patut marah Alid. Abang ni kuat cemburu. Alid pun bukan hak milik Abang yang boleh abang tentukan siapa Alid kena pilih. Abang betul-betul..."
   Aku meletakkan jariku diatas bibir Abang Rayyan.
   "Apa pun yang Abang nak cakap,Alid tak kisah. Alid cuma nak Abang tahu yang Alid dah maafkan Abang. Apa yang berlaku sebelum kita anggap tak pernah berlaku"
   "Terima kasih Alid"
   "Abang still nak pergi luar negara ke?"
   Abang Rayyan mengganguk. Kan aku dah maafkan dia kenapa nak pergi lagi? Aku mendiamkan diri. Terus aku berlalu pergi walaupun agak susah untuk menolak kerusi roda ini sendiri. Patah hatikah aku? Tak mungkinlah. Aku dah ada Nik lah.

I will not love you, Mr.SadoWhere stories live. Discover now