Bab 1

1.1K 153 19
                                    

SEORANG gadis berambut pendek dark brown duduk termenung di tepi tingkap kaca sebuah kafe. Suasana yang hingar-bingar dengan suara pelanggan-pelanggan lain bagaikan bisikan-bisikan kecil sahaja. Gadis itu sedang berada dalam dunianya sendiri.

Cawan yang berisi White Coffee dihirup perlahan. Matanya pula tidak lepas memandang sebuah papan iklan yang berada di luar tingkap. Hatinya menjadi kacau semenjak terpandang papan iklan itu.

'Hannani'

Itulah nama yang tertera pada tag namanya. Nama yang cantik, secantik empunyanya. Gadis itu menggunakan 'Hani' sebagai nama panggilan. Nama itu juga merupakan nama yang sering dipanggil oleh lelaki yang menjadi model pada papan iklan tersebut.

Fazziq, model pakaian berjenama Stoned merangkap kawan baiknya. Mereka berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hubungan mereka amat akrab sehingga ada yang menganggap mereka berpasangan. Tapi kebenarannya, mereka hanya kawan. Hanya kawan...

Hani mulai sedar bahawa kata-kata keramat iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi kawan baik kerana pasti salah seorang akan jatuh cinta adalah benar. Ya, sekarang dialah yang sedang jatuh cinta!

Gadis itu cuba melontar perasaan yang kian menjalar di tangkai hatinya jauh-jauh. Dia tahu Fazziq hanya menganggap dia sebagai sahabat, tidak lebih daripada itu. Apatah lagi dia sudah sedia maklum yang lelaki tersebut sudah mempunyai buah hati tersendiri.

"Dia dah sukakan orang lain, Hani! Tapi kau? Kau masih lagi tercongok kat sini sambil tenung papan iklan dia. Sedarlah Hani, dia dah friendzonekan kau. Friendzone!" Gumam Hani sendiri sambil menepuk-nepuk kepala. Kemudian, dia menyembamkan mukanya pada meja.

Siapa kata putus cinta saja perit? Pendam, lagi perit tau!

Hani mengangkat wajahnya semula perlahan-lahan. Cahaya matahari yang menembusi cermin tingkap lutsinar itu membuatkan matanya tersepet-sepet.

Tapak tangannya dinaikkan untuk menutup mata yang dipancar dek cahaya matahari. Entah mengapa, hatinya menjadi sebak tiba-tiba. Jika dia mempunyai teman lelaki, pasti ada tangan lain yang akan berbuat demikian padanya.

Haih... beginilah jiwa seorang loner sepertinya. Sentiasa inginkan seseorang di sisi dan perhatian. Tapi malangnya, tiada siapa yang sudi. Huhuhu...

Kadang-kadang Hani terfikir. Kenapa dia sentiasa berseorangan jika dia tidak ditemani Fazziq? Mungkin kerana dia terlalu kasar sehingga rakan perempuan lain takut untuk berkawan dengannya. Masalahnya, bukan setakat perempuan, lelaki pun sama!

Mungkin juga dia asyik menunggu seseorang sehingga tiada masa untuk bergaul dengan orang lain dan seseorang itu ialah Fazziq.

Okay, kemungkinan yang pertama mungkin lebih tepat.

Hello! Takkan Fazziq kawan baik Hani tu dah ada girlfriend, Hani masih tak ada boyfriend lagi? Alasan? Sebab tunggu hati mamat tu terbuka untuk Hani. Kalau Kak Yani dengar alasan ni, mahu dia gelakkan habis keturunannya. No. No. A big no!

Jadi, Hani perlu cari pasangan untuk tunjukkan pada Fazziq yang dia juga mampu survive hidup sendiri tanpa dia. Tapi siapa?

Aih, kusutnya!

Hani melihat jam tangannya yang menunjukkan angka 3. Sudah pukul 3.00 petang.

'Baik kau balik sekarang sebelum Kak Yani mengamuk. Bila dia dah mengamuk, free-free saja kau dengar segala mukadimah panjang berjela nanti.' Hani menasihati diri sendiri.

Putera MimpiWhere stories live. Discover now