Bab 5

867 133 17
                                    

Aku ternganga besar. Punyalah terkejut aku lihat benda yang berdiri gah depan aku ni.

Biasanya kalau sebut saja 'istana', pasti aku akan bayangkan kecantikan dan keindahan tempat tinggal raja dan permaisuri tersebut.

Dengan air pancut, dayang-dayang, karpet merah. Nak tambah effect, siap ada cupid lagi terbang gantikan burung-burung. Nampak tak betapa besarnya imaginasi aku terhadap sebuah istana?

Tapi bila aku lihat istana yang berada depan mata aku, aku dah tak percaya lagi imaginasi karut-marut yang aku angankan selama ini.

Istana ini buruk yang amat. Dengan akar pokok membaluti istana, daun kering bertaburan, pecah sana pecah sini, dengan kilat sambar-menyambar. Eh, kejap. Dari mana pula datang kilat ni? 

"Buruk gila!" Ops terjujur pula.

Jujur aku cakap ini bukan istana untuk puteri seperti yang ada dalam movie Barbie. Ini istana khas untuk watak-watak jahat dalam semua kisah dongeng yang pernah wujud.

Adriel pandang aku dengan jelingan yang terselit seribu satu makna. Kemudian, tanpa secebis rasa simpati dia lepaskan aku. Lalu, aku jatuh di atas tanah dengan keadaan yang tragis.

Buk! Itu bunyi pinggul aku yang mendarat agak kuat atas tanah.

"Argh... Woi! Sakitlah!" Sambil aku marah pada dia, tangan aku mengusap pinggul yang mendapat sakit tanpa sebab. Aku jeling dia.

"Ini istana aku. Lainkali kalau nak kutuk tanya dulu. Jangan main sedap kutuk je," kata Adriel seraya cuba mencempung aku semula. Tetapi aku tolak dia perlahan.

"No, thanks. I can walk by my own feet!" Fuh sampai terkeluar loghat mat salleh aku sebab merajuk punya pasal.

Aku bangun perlahan-lahan. Walaupun kaki kiri aku masih berdenyut-denyut apabila berpijak pada tanah, aku gagahkan jua. I'm strong hokay!

"Serius?" Kening Adriel terangkat sebelah. Tangan pula disilang di dada.
Dengan berjalan terhincut-hincut ada hati nak walk by my own feet!

Tapi disebabkan aku terasa hati Adriel hempas aku atas tanah tadi, aku berkorban sedikit. Biarkan. Aku tak perlukan dia!

Aku angguk sekali dengan riak muka sombong untuk jawapan bagi pertanyaan Adriel.

"Okey. Ikut suka hati kaulah," Adriel berkata sebelum berjalan menonong meninggalkan aku yang terkial-kial di belakang.

Aku buat muka tak percaya. Tergamaknya dia...

Hello! Lelaki gentleman akan paksa diri dia untuk tolong perempuan yang sakit walaupun perempuan itu menolak. Tapi lelaki ni?

Aku tak sepatutnya puji dia tadi. Tengoklah, perangai sewaktu first meet dia dah pun kembali.

"Cepatlah sikit. Terhegeh-hegeh,"

Desakan Adriel membuatkan aku mahu berlari tinggalkan dia. Tapi disebabkan keadaan kaki aku yang nazak ini, aku hanya mampu kumat-kamitkan mulut aku dengan mensedekahkan dia beberapa jenis kutukan.

Aku memandang Adriel yang sudah jauh tinggalkan aku. Setelah aku amati pemandangan yang aku lihat, baru aku perasan.

Adriel tinggal di istana? Dia ni putera ke? Tak! Tak! Kalau putera, takkan putera pakai hoodie? Dengan istana seram semacam. Hah! Mana mahkota dia? Mana? Mana?

Jadi, aku tepis andaian aku. Anggap saja aku tak pernah terfikir yang dia ni seorang putera.

Dengan langkah yang tak berapa nak bergaya, aku berlari anak walaupun terhincut-hincut.

Putera MimpiWhere stories live. Discover now