Bab 2

1K 139 45
                                    

HANI'S POV

Pandangan aku masih kelam. Bunyi hon dan enjin-enjin kereta yang lalu-lalang dirasakan seperti berada dekat di telingaku. Badan aku pula berat, seperti ditindih sesuatu. Aku membuka mata.

Anak mata aku bertaut dengan sepasang mata berwarna hazel milik seorang lelaki. Apabila aku menyedari badanku berada dalam pelukannya, aku terkaku. Muka aku mula berbahang. Bertambah berbahang apabila ramai orang yang mengerumuni kami.

Ya, dia selamatkan aku dari dilanggar kereta tadi. Dia... hero aku. Lelaki Hoodie hero aku!

"Kamu berdua okay?"

"Apa dah jadi?"

"Adik ada luka mana-mana tak?"

"Panggilkan ambulans!"

Suara orang ramai yang mengelilingi kami menerjah masuk ke telingaku. Aku tahu mereka prihatin, tetapi keadaan ini membuatkan aku lemas dek kerana mereka menyekat udara. Apatah lagi lelaki ini masih memelukku erat. Aku rasa seperti aku mahu pengsan semula.

Pelukan Lelaki Hoodie kian longgar. Dia menjarakkan dirinya dari aku lalu bangun. Hoodie ditarik semula untuk menutup kepala.

"Lainkali, hati-hati," pesan Lelaki Hoodie tanpa melihat wajah aku sebelum beredar.

Orang-orang yang menghalang laluannya ditolak kasar. Semua orang terpinga melihat tindakan lelaki itu.

Aku memandang figura lelaki tinggi lampai tersebut yang kian menjauh. Aku memegang dadaku. Debaran di dada kian hilang.

'Ah, lupa! Aku kena ucap terima kasih dekat dia.'

Aku bangun. Sebelum aku meninggalkan tempat kejadian, sempat aku memaklum kepada orang-orang awam yang prihatin tadi yang aku tak apa-apa.

Apabila mereka meneruskan kerja dan perjalanan mereka yang tergendala tadi, aku berlari untuk mengejar lelaki tadi.

Aku rasa peluang aku untuk berterima kasih kepada lelaki itu tipis. Tengok sajalah betapa ramai orang yang berlegar-legar dekat sini.

"Laju betul mamat ni jalan. Batang hidung pun tak nampak."

Mata aku melilau-lilau mencari kelibat manusia yang menolong aku beberapa minit yang lalu.

'Jangan mengalah, Hani! Kau kena cari dia dan balas jasa baik dia selamatkan nyawa kau. You can do it!' Aku memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri yang mudah putus asa.

Aku tak boleh putus asa. Ini sangat penting. Aku mesti cari dia. Mesti!

Tiba-tiba mata aku menangkap sesusuk tubuh yang sedang aku cari di hadapan. Aku tersenyum segaris sebelum mempercepatkan lagi langkahku.

"Awak, tunggu!" Kataku dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku tak tahu panjang mana kaki lelaki ni. Yang aku tahu aku dah mahu semput kejar dia dengan keadaan kaki aku yang 2 kali lagi pendek daripada dia.

"Hei, perlahanlah sikit!" Suara aku naik satu oktaf. Hilang sabar juga aku bila aku panggil dia buat pekak badak saja.

Lelaki Hoodie tidak menghiraukan panggilanku. Mungkin dia anggap aku ni hanya seekor lalat yang cuba mengganggu ketenteraman pendengarannya. Tengoklah tu, pandang aku pun tak nak!

Aku mengetap bibir seraya meningkatkan lagi kelajuan kakiku.

Aku berjaya menyaingi langkah Lelaki Hoodie dan berjalan di sebelahnya. Fuh, tinggi gila dia ni!

"Kau nak apa?" Tanyanya tanpa memandang wajah aku dengan suara yang beku seperti tadi. Aku menoleh. Haih... kenapalah tak turunkan je hoodie tu? Aku nak eye contact dengan dia pun susah.

Putera MimpiWhere stories live. Discover now