Bab 8

710 102 29
                                    

"HAH?!" Perkataan 'hah' aku dipanjangkan beberapa harkat. Itu tandanya aku terkejut tahap beruk pun tak boleh lawan.

"Beta mohon, jadilah pengantin beta," lelaki yang membahasakan dirinya beta itu kedengaran mendesak. Tangannya masih memaut erat jari-jemariku.

Aku menarik muka cringey. Apasal tiba-tiba ajak aku kahwin ni? Eww... Pleaselah! Aku pun ada rasa nak kahwin, tapi bukan sekarang. Muda lagi kot. Tambah pula lelaki miang yang ajak aku kahwin. Ambil simpang malaikat 44 jelah!

Aku serta-merta menolak lelaki itu apabila senyuman manisnya semakin manis. Bagi aku senyuman itu agak mengerikan.

Lelaki tersebut jatuh terlentang di atas rumput. Aku rasa aku tolak dia guna tenaga gadis melayu terakhir aku je. Dah sampai terlentang ni kenapa?

Ah! Aku tak ada masa nak jadi prihatin. Aku mahu jadi kejam dengan hanya melihat dia mengaduh kesakitan.

"Kau jangan macam-macam dengan aku. Aku pernah tau bergusti dengan cikgu PJK masa form 2!" Aku autakan sikit fakta tentang masa lampau aku untuk takutkan dia sambil tangan kananku mengepal penumbuk dan ditunjukkan di hadapan mukanya.

Betul. Aku pernah bergusti dengan Cikgu Dahel yang mempunyai tahap kegarangan setaraf siamang mabuk. Tapi gusti lengan jelah. Huhuhu.

Aku lihat dia terkebil-kebil memandang aku. Dia ni faham tak aku cakap apa? Sesiapa, tolong sponsor translator kat bahagian ni.

"Tuan Muda!" Kedengaran suara seseorang memanggil dari arah belakang. Kepalaku tertoleh ke arah empunya suara itu.

Aku nampak seorang wanita yang berbaju kebaya nyonya berlari anak mendekati kami. Kulit putih melepak tapi ada sedikit kedut-kedut pada wajahnya. Lebih kurang muda dua tiga tahun dari nenek aku.

Si Mamat Beta turut berpaling apabila menyedari dirinya dipanggil. Kau rasa aku ni kurang ajar sebab suka sangat bagi nama yang entah apa-apa kat orang lain? Eh, ikut suka hati akulah nak bagi nama apa pun dekat setiap orang yang aku jumpa. Ini kisah aku! 

Ketika Mamat Beta mendekati wanita tadi, aku mengambil peluang untuk melarikan diri. Dengan langkah perlahan aku mengundur dan... LARI!

Seperti lajunya kaki Anuar Manan mengayuh basikal, begitu juga lajunya kaki aku mengerah kekuatan untuk berlari. Aku dah tak peduli apabila dia terjerit-jerit memanggil aku. Abaikan dia, mungkin betul dia ni syaitan yang nak ganggu mimpi aku. Amigos syaitan, selamat pergi dan jangan kembali! 

Lagi sekali, aku terpaksa meredah hutan yang tahap seramnya boleh buat aku terkencing dalam mimpi sendiri. Tapi jangan risau, sebelum tidur tadi aku dah siap melepas awal-awal. Jadi peratusan untuk aku terkencing dalam mimpi 32% sajalah.

Bunyi ranting kayu yang aku pijak boleh menarik apa-apa saja yang berdekatan untuk datang menjenguk aku. Antaranya mungkin harimau atau orang asli. Hah, macam mana kalau puak kanibal tiba-tiba datang buat serangan hendap dari belakang? Huhu... tak merasalah aku nak kena renjis dengan air mawar nanti.

Tiba-tiba terdetik dalam fikiran aku, mana aku nak pergi? Last aku masuk hutan ni pun Adriel yang tolong aku. Habistu sekarang ni, takkan aku nak terus merayau dalam hutan dan akhiri hidup aku dengan kebuluran? Tak, tu bukan jalan penyelesaian yang baik!

Baiklah. Aku menarik nafas kemudian menghembusnya. Dalam situasi macam ni, aku kena cool. Aku tak boleh gelabah. Kalau aku gelabah, aku dah boleh bawa diri terus masuk liang lahad. Sobe cool Hani.

Aku meneruskan perjalanan yang secara takzimnya satu perjalanan yang membawa ke arah kesesatan. Mungkin selepas ini perkataan 'sesat' yang sebelum ini tak pernah wujud dalam kamus hidup aku akan tiba-tiba wujud. Waktu begini, aku hanya mampu menjerumuskan diri ke dalam konsep redha.

Putera MimpiWhere stories live. Discover now