Gaduh?!

51.3K 3.4K 231
                                    

Follow @sweetiecupcakee on instagram❤️

Yang dah pernah vote novel ni,tq sangat-ii❤️yg still lagi baca novel ni sampai bab ni,tq💜Guys jangan lupa vote🍒

AIYRA POV

"Seronok?"Aku mendengar dia menyoalku lalu duduk di sofa yang berada di hadapanku.Sama,still acah2 poyo dia.Nasib muka hensem.

Aku mengangguk laju.Gila tak happy.Dia mengeluarkan iPhonenya.
App instagram ditekannya.Itu yg aku nampaklah.Mamat ni ada ig rupanya.

"Apa intai2"dia menyoal sambil menarik iPhonenya jauh dari pemandangan aku.Ceh tak hinggin nak tengok pon( ̄^ ̄)

"Btw baju kahwin macam mana?"Dia menyoal lagi.Aku mengeluh.Perlu ke ambil tahu?

"Biarlah parents kita yang urus. Diorang nak sangat kan kita kahwin?"jawabku sambil berpeluk tubuh.Dalam banyak lelaki dalam dunia ni kan,kenapa mesti dia?

"At least kita pilih sendiri baju.Kau tu sekali je kahwin.At least pilihlah sendiri.Lainlah aku ni lelaki,ada empat"dia membalas sambil tersenyum.Setelah puas otak aku memproses mentafsir apa yg dimaksudnya,aku mencebik. Berani dia madukan aku,nak mati awal...boleh try.

"Siapa cakap aku kahwin sekali je?Mana tahu aku cerai dengan kau ke?"Aku membalas.Memang taknak kalah dengan mamat ni.

"Aku takkan ceraikan kau.Faham?" Matanya terus melihat aku.Sumpah aku kaku.Memang sahlah tak tahu nak marah ke,nak terharu ke ehhh..nak apa2 jelah!

"Serious lah..Mati aku macam ni..hidup dengan abang pengawas macam ni"Aku mengeleng kepala perlahan.Seolah2 menyesal.Memang menyesal pun.Patutlah aku rasa macam benda buruk bakal berlaku bila balik sini.Benda ni rupanya.

"Btw aku buat macam tu sebab aku taknak kecewakan hati parents aku,parents kau.Bukan sebab kau.Aku pun sebenarnya memang taknak pun kahwin dengan kau"ujarnya.

Sumpah kejam.Perlu ke beritahu?
Rasa nak menangis je ni.Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau!Sabar Aiyra..sabar..mati jugak aku cekik mamat ni.

"Kenapa terus terang sangat?Kau memang tak pandai jaga hati aku kan?Aku benci kau!"ujarku lalu pergi.Rasa marah&sedih.

"Aiyra!"Aku mendengar dia memanggil namaku.Tapi kaki ni cepat je pergi ke arah ruang yang dipenuhi rakan2 sekelas ku.Ya aku mengaku,aku ni cepat sangat terasa.

"Aiyra kau okay ke?"soal Hani.
Aku tersenyum kelat.Entahlah apa yang aku fikir waktu ni.Ingat aku nak kahwin sangat dengan dia.

"Hmm Aiyra..Maaf tapi kan..Aku terdengar perbualan kau dengan ketua pengawas kita tu"ujar Hani menunduk.Dia rasa bersalah sebab terdengar.Wuish berat ni berat.

Aku nak beritahu apa eh dekat dia?Ish aku rasa nak bunuh je mamat tu.Nak bincang pon tengok tempatlah.

"Erm kau janji eh takkan beritahu siapa-ii pon?"Aku menghulurkan jari kelinking aku.Dia membalas sambil tersenyum.Alhamdulillah.
"Nanti aku ceritakan hal sebenar" ujarku dengan tersenyum.Senyum paksa je ni tau.

Majlis berlalu dengan pelbagai acara dan permainan.Memang meriah walaupun dalam 30 lebih orang yang ada,termasuk dua orang pak guard dan 3orang pembantu rumah aku.

KPISA✔️Where stories live. Discover now