Penipu

40.1K 2.2K 298
                                    

Okay,panjang sikit part kali ni walaupun hambar😅🌸.Author dah rasa ni bukan novel budak sekolah(-_-;)macam terlalu serious sangat bab hati ni kan🤦🏻‍♀️.Maafkan author atas tingkah laku Fariz Daniel yang tak berapa nak betul.
Dia stress😅Tolong tegur kesalahan author kalau ada,author dah pening🤕 dengan novel ni😅

Vote plz💞walau hambar😅
Thanks🌸

Aku melihat sekitar rumah.Aiyra dan Alice tak pulang lagi sedangkan hari hampir gelap.Aku malas nak call.Entah,aku rasa nak dengar penjelasan dia dulu pasal ni,tapi entah.Mungkin dia akan selit2kan lagi penipuan...

Aku memang tak faham betul2 dengan kau ni,Aiyra.Kenapa?Tak boleh ke kau beritahu aku?Aku ada hak semua tu,Aiyra.Sekarang ni aku rasa aku ni macam penganggu korang berdua.
Habis aku nak buat mana macam lagi?Lagipun perkahwinan ni bukan atas rela kami berdua.Tapi entah..
Aku rasa marah sangat..entah
Aku tak tahu kenapa..

END FARIZ DANIEL POV

💔

AIYRA POV

"Asal?Senyap je aku tengok kau hari ni?"Alice menegur.Aku tersenyum kelat.Entah apa yang aku rasa sekarang ni.Pipiku menjadi panas dan merah apabila terfikir tentangnya.Apa yang aku rasa?
"Aiyra..kenapa ni?Dah boleh jalan pun tak happy lagi ke?"Hani menyoal pula.Aku mengeleng.
"Ermm weih..macam mana rasa bila kita jatuh cinta?"soalku dengan kekok.Hampir terlupa kerana hatiku yang sudah lama terkubur untuk lelaki lain.

"Aiyra..kau demam ke?"Mira menyoal lalu menyentuh dahi aku.
"Tak pun tapi kau pelik"balasnya lagi.Aku tersengih.Sejak dua menjak ni..aku terfikir..
Patutkah aku beri hati aku padanya?Adakah dia sudi nak menjaganya?Entah..Aku takut.
Macam mana kalau dia jadi macam Adrian?Ugh..lagipun kitorang masih muda.Banyak lagi masa untuk dia lukakan hati aku.Ugh aku tak terlebih fikir.

"Bila kita nak balik ni?"soalku lalu memerhati sekeliling butik pakaian itu.Ianya mengingatkan aku pada Fariz Daniel.Semua benda atau kemana aku pergi mesti ingatkan dia.Tak boleh ke dia keluar kejap dari otak aku ni?

"Kejap Aiyra.5 minit lagi"laung Ayna.Aku tersengih.Ayna ni kalau shopping memang tercampur dengan aku.Aku mendail nombornya.Pagi tadi dia sendiri yang cakap dia nak datang ambil aku dengan Alice.

-SKIP🌸-

"Agak2 mana Fariz pergi eh?Dia tak jawab call kau pun"ujar Alice.Aku mengeluh perlahan.Tak pernah tak jawab call aku mamat poyo sorang ni.Sampai 10 kali,entah apa yang dia tengah buat tu.

Aku menghulurkan beberapa keping wang ringgit pada pemandu teksi itu dengan tersenyum sebelum keluar.Alice keluar dari teksi itu dengan merungut letih.

"Pak Malik..Daniel ada dekat rumah tak?"soalku setelah berjalan ke arah pondok pengawal di rumahku.
"Ada,Cik Aiyra."balas lelaki itu dengan tersenyum ke arahku.Aku mengangguk faham,mungkin dia terlupa.

"Kalau macam tu takpelah,Pak Malik.Aiyra masuk dulu ya."balasku lalu menarik tangan Alice berjalan seiring denganku.Dia pula tak habis2 merungut pasal letih.Aduhai dah macam pergi mendaki pun ada.

......

Pintu bilik diketuk sebelum aku masuk ke dalamnya.Dia sibuk main phone di atas katil.Aku terfikir sesuatu.Entah dia perasan ke tak yang aku padam semua gambar dia dengan Mia dalam instagram tu?
Entah..Dah lama dah tapi dia tak tegur pun.

"Daniel..kau dah makan?"soalku lalu mengemaskan rambut yang hampir kusut.Makeup yang masih berada di muka aku,aku cuci setelah itu.Dia tak membalas.
"Asal ni?Diam je"kataku lagi.Dia buat macam aku tak wujud dalam bilik ni.Apa2 jelah.Aku pun malas lagi nak layan dia.Letih+Penat.
Tuala dan pakaian ganti diambilku tanpa banyak suara.Dah kenapa dengan suami aku ni?Haishh

KPISA✔️Where stories live. Discover now