Langkawi 6

42.5K 2.8K 67
                                    

-SKIP-

Aku masuk ke dalam chalet setelah 30 minit Aiyra masuk.Aiyra peluk Adrian?Apa aku rasa?Sebagai seorang suami,apa yang aku rasa?
Perasaan apakah ini?

END FARIZ DANIEL POV

AIYRA POV

Aku sedar yang dia masuk ke dalam chalet.Aku menyembunyikan diri ke dalam selimut.Aku tak tahu apa yang aku rasa pada ketika ini.
Sedih mungkin?Tapi kenapa?

Aku sedar yang dia tak baring di katil sebaiknya di lantai yang dihamparkan tuala sedangkan aku sudah letakkan bantal ditengah.
Kenapa?Kenapa dia tak tidur dekat katil?Sebelah aku?

-SKIP-

Aku perlahan2 membuka mata.Jam di telefon dipandang sekilas.
Pukul 8.00 pagi?Memang dah subuh aku terbabas.Aku memicit kepala yang terasa sakit.Menangis tak ingat dunia sampai boleh sakit kepala.Aduhaii..Peristiwa aku dipeluk Adrian masih bermain di fikiran aku.Aku terlalu emosi sampaikan tak sedar ,dia cuba menenangkan aku.Aku terbayang kenangan lama,ianya sama sahaja.Aku menoleh sekilas ke tepi.Wajah si dia memandangku tanpa henti.Dia sudah bersila di atas katil dan berada di sebelahku.

"Kau dah bangun"tegurnya.Aku hanya mendiamkan diri.Pelik dengan diriku,kenapa aku perlu marah?Kenapa aku perlu kisah?
Layak ke aku ni nak kisah?

Dia menyentuh lembut pipiku.Aku hanya buat tak tahu.
"Aiyra..pasal aku dengan Bella tu kan..."
"Don't talk to me!!"marahku lalu menempis tangannya yang mengusap lembut pipiku.
"Kau salah faham ni.."katanya dengan lembut.

"Aku sakit kepala ni,pening.Jangan kacau aku"ujarku lalu menutup mata.Aku merasa tangannya menyentuh dahiku.
"Panaslah Aiyra,kau demam ke?"soalnya dengan cemas.
"Aku mati pun kau kisah ke?Baik kau pergi dekat Bella kau tu"
Kataku lalu mengeluh.Aku tak tahu kenapa aku terluka tapi yang aku tahu semuanya disebabkan dia!

"Aku dengan Bella takde apa2 lah,betul..malam tadi dia tengah bersedih so dia cakap dia perlukan teman..aku tak sedar pula yang dia peluk aku waktu kau datang tu.Malam tadi aku ajak kau datang pantai sebab nak tengok pantai waktu malam"terangnya dengan bersungguh2.Aku menutup mata dan tidak peduli dengannya.

"Aku nak pergi Air Terjun Telaga Tujuh"kataku setelah 10 minit mendiamkan diri.Dia mengeluh.
"Tak boleh,kau tu demam"
"Aku nak pergilah"Aku masih berdegil.
"Aku cakap tak boleh"
Aku merenungnya,tidak berpuas hati.

"Tak boleh ke sekali je ..sekali je Daniel..kau tak kawal hidup aku..Aku tak pernah halang kau rapat dengan Bella,dengan sesiapa pun...kenapa kau nak kawal aku?Apa salah aku?Tak boleh ke kau bagi aku bebas walau sekali.Kalau kau nak sayang sangat Bella kau tu,sayanglah!Aku tak halang!Kau nak kahwin lagi tiga pun aku tak peduli!Kalau nak empat pun boleh,ceraikan aku.
Aku penat,Daniel.Sumpah aku penat..Aku penat berpura2 yang aku tak kisah"kataku panjang lebar lalu menyelimutkan diri.Air mata laju mengalir.Sebenarnya aku tak kisah pasal air terjun tu,aku cuma terkilan dengan sikap dia.Hati aku sakit tanpa aku sedar sebabnya.

"Aiyra..kenapa kau cakap macam tu?Aku takkan ceraikan kau!"Dia mengeluh lalu menatap mataku.Apa aku cakap tadi?

"Okay,kau boleh pergi tapi kau bawah pengawasan aku.Aku taknak kau terluka atau bertambah sakit lagi"katanya lalu bangun dari katil tersebut.Aku tergamam dan tak tahu untuk berkata apa.Mungkin kata2 ku agak keterlaluan.Mungkin....

-SKIP-

Gunung Mat Cincang mempunyai ketinggian 2,339 kaki atau 713 meter dari paras laut.Ianya merupakan banjaran gunung yang bersebelahan dengan puncak kereta kabel Langkawi.

Aku memicit kepala yang bertambah rasa sakit.Mana taknya,
Dah tahu sakit boleh lagi ikut.Para pelajar termasuk aku terpaksa menaiki anak tangga sejauh 1Km sehingga bertemu dengan air terjun Telaga Tujuh.Aku dah berjaya tiba di air terjun Telaga Tujuh.
Yeah!tapi penat.Mana tak penatnya,638 anak tangga berjaya aku daki dengan tubuh badan yang dah macam mayat hidup.Degil sangat kan?Ambil masa 30 minit jugaklah.

"Kau okay ke,Aiyra?"soal Hani.
"Aku okay,asal?"
"Muka kau pucat"tegurnya.Aku tersenyum kelat.
"Pucat sikit je ni,jomlah naik Gunung Mat Cincang"ujarku dengan semangat.Sejak bila aku suka mendaki ni?

"Uh..malasnya aku!"kata Mira.
"Aiyra..kau nampak tak sihat..kita tak payahlah pergi"Ayna memberi alasan.Aku memanglah tak sihat tapi at least ada sikit pengalaman tu..nak jugak.
"Korang ni kannn..Jomlahhhh..semua orang dah naik tu"kataku lalu menarik lengan diorang.Pemalas.
"Yelah2Kita kena ikut cakap ketua kita yang degil tahap gaban ni"kata Hani.Aku tersengih.

END AIYRA POV

-SKIP-

FARIZ DANIEL POV

"Woii Aiyra!!kau okay tak ni?"Aku terdengar suara seseorang.
Macam pernah dengar dengar je suara tu..Aku tak pasti siapa tapi yang aku dengar nama Aiyra.

"Fariz,kau nak ke mana tu?"soal Haikal.Aku menjadi cemas.
Nama Aiyra yang dipanggil ,didengari ku dengan jelas.
"Korang naiklah,aku nak tengok Aiyra tu.Korang taj dengar ke?"kataku sambil menoleh ke belakang.
"Yelah,tu suara Hani"sambung Syamil pula.
"Aku nak ikut"ujar Ryan.
"Aku pun"kata Haikal.
"Tak payah,korang sambung"kataku lalu pergi ke arah suara itu.
"Aku ikut kau,Fariz"Aku terdengar suara Syamil.Apa2 jelah asalkan aku jumpa Aiyra.

"Sayang,kenapa dengan Aiyra ni?"soal Syamil setelah kami tiba di CP3 Kem Tok Ayah.Aku melihat Hani,Mira dan Ayna yang kelihatan cemas.
"Aiyra ni,pengsan tadi"Hani menjawab soalan kekasihnya.
"Aku cakap aku dah okaylah"Aku merenung dia yang masih degil macam selalu.Muka dia pucat sangat.Lagi pucat berbanding sebelum ni.

"Aku dengan Aiyra turun dulu"Aku membuat keputusan.Aku melihat kakinya yang tak stabil.Aiyra..Aiyra..

END FARIZ POV

AIYRA POV

"Taknak!Aku taknak turun"kataku.Masih lagi berdegil walaupun kaki dah tak mampu nak bertahan.
"Tak payah degil lagi,Aiyra.Ikut cakap suami kau tu"kata Hani.
"Ish..diamlah sikit.Nanti kalau orang dengar macam mana?"
Kataku dengan lemah.Syamil,aku tahu yang dia dah tahu.Memang sahlah dia tahu,dia pengapit Fariz.Aku cuma risau kalau ada murid lain lagi.
"Sudah2..Sini aku angkat kau"kata Daniel lalu menghampiri aku.
Aku gelabah dengan tiba-tiba.Kaki dianjak kebelakang...
Belakang dan belakang lagi hingga kakiku tersepak benda keras.

"Ah!"
Pokok agaknya.Tubuhku melayang namun disambut seseorang.
Semuanya berlalu dengan pantas.Aku harapkan kawan2 baikku yang menyambutku namun setelah aku membuka mata...

"Degil lagi kau kan?Geram aku dibuatnya"katanya lalu mengeluh.
Nafasku tak teratur tatkala tersedar yang mukanya amat rapat denganku.Pipi sepantas kilat menjadi panas dan merah.

"Woih2 boleh tunggu balik chalet dulu tak?Tak payah nak sweet2 sangat dekat sini"Syamil menegur.
Pipiku makin panas.
"Biarlah,dah aku boleh kan?"kata2 Daniel membuatkan aku menoleh ke arah lain.Lama kelamaan makin pelik.

"Kalau macam tu kita semua turunlah"ajak Ayna.Aku melihat semua orang mengangguk tapi kaki aku...

Aku terasa tubuhku terangkat.
"Eh eh..turun2 aku nak turun"kataku setelah tersedar dia mengangkatku cara bridal style.
"Kita dah nak turunlah ni"ujarnya tersenyum.Kedengaran Ayna,Hani dan Mira mengertawakan aku.Tak guna korang ni.

"Bukan yang tu.Aku nak turun dari kau.Lepas2"kataku sambil meronta.
"Boleh diam tak?Aku lepas nanti kau tergolek jatuh pulak"ugut si dia.Aku memegangnya dengan kemas,kalau jatuh..ish tak tahulah nak beritahu macam mana.

"Korang jalan dulu"kata Daniel kepada mereka berempat.Mereka melintasi kami berdua.Now,mereka dihadapan kami dibelakang.

"Aku...minta..maaf"kataku sambil menekup mulut di dadanya.
"Untuk apa?"soal si dia.

"Terlalu emosi dan tak percayakan kau"kataku perlahan.Mata dipejam rapat.Mungkin aku boleh percayakan kata2 dia pada awal pagi tadi.
Dia terdiam....

"Kau tak letih ke?Mesti aku berat kan?"ujarku.Aku melihat dia yang mengukir senyuman.Hensem..alahaiii

Dia menggeleng.Perlahan-lahan aku mengukir senyuman....

TBC

KPISA✔️Where stories live. Discover now