PROLOG II

3.2K 104 4
                                    

BAHAGIA? Inikah bahagianya? Melihat kepada mereka, hatinya bertambah geram. Setelah bertahun-tahun dia setia, pengkhianatan yang dia peroleh? Betapa kesalnya dia mencintai seorang lelaki yang dia cinta hingga separuh mati tetapi lelaki itu mengkhianati cintanya?

Lelaki itu tidak pandai menepati janjinya. Pelbagai janji yang ditaburkan kepadanya, tetapi begini kesudahannya? Sukar untuk dia tersenyum kini kerana kesakitan di hati yang pedihnya tidak terkata.

Jika dia mampu putarkan masa, dia tidak mahu lelaki itu menawan hatinya dahulu. Biarlah mereka tidak pernah bertemu supaya kelak, tidaklah dia terasa sakit di hati seperti sekarang. Mungkin, hidupnya akan jauh lebih baik sekarang.

Air matanya mula jatuh menitis mengenangkan memori dia bersama lelaki itu. Sukar untuk dia lupakan. Telah banyak masa yang mereka habiskan bersama.

Kini, bagaimana dia harus meneruskan hidupnya?

Bagaimana dia mahu merawat hati yang luka ini?

Baiklah, teruskanlah kehidupan kau dan dia dengan baik. Kebahagiaan ini pasti tidak akan kekal lama. Bagaimana aku sakit kerana kalian, kalian juga perlu merasainya. Aku akan pastikan aku dapatkan hak aku. Tunggulah waktunya.

Waktu di mana kalian akan jatuh tersungkur dan melutut pada aku.

TATKALA CINTA TERUJIWhere stories live. Discover now