BAB 2 (NEW EDITION)

772 23 0
                                    

MEJA makan pada pagi itu tidaklah meriah dengan makanan, sekadar nasi goreng dan air teh sebagai sarapan seisi keluarga Zainun. Semuanya air tangan menantunya, Hamidah. Itulah salah satu mengapa dia amat menyayang menantunya. Selain paras rupanya yang ayu, orangnya juga rajin menolong. Usai selesai menunaikan solat subuh, tangan Hamidah tidak lepas daripada membuat kerja.

Dia berasa beruntung sekali mempunyai Hamidah sebagai menantunya. Ada terdengar juga luahan daripada kawan-kawannya tentang kisah menantu mereka. Ada di antara mereka, pemalasnya... Hanya Tuhan yang tahu. Ada pula, sejak berpindah dari rumah orang tua, langsung tidak dijenguk mereka itu.

Zainun tidaklah mahu menantunya itu patuh kepadanya seratus peratus sehingga menjadikan diri sendiri sebagai hamba. Cukuplah sekadar tahu menjaga suami dan anak-anak, dia sudah rasa bersyukur.

Kerana itu, Zainun berasa sedih dengan keadaan Hamidah. Dia tahu, di sebalik senyuman menantunya itu, ada keperitan yang dipendamnya sendiri. Tiada siapa tahu berapa dalam rasa kesakitan yang dipendam menantunya itu.

"Mek, hari ini Rayyan ada pertandingan deklamasi sajak dekat sekolah. Mek doakan Rayyan dapat nombor satu, tau," beritahu Rayyan lalu menyuapkan sesudu nasi goreng ke mulutnya. Zainun hanya tersenyum.

"Kalau Rayyan menang, nanti mek buatkan Rayyan bubur kacang. Rayyan suka, tak?"

Rayyan laju mengangguk. Suka benar dia bila neneknya berjanji begitu. Rayyan memang gemar dengan bubur kacang. Makanan kegemarannya.

"Alaaa... Azyah nak makan juga... Mek buatkanlah untuk Azyah juga." Azyah cemburu bila neneknya hanya berjanji begitu kepada abangnya.

"Nanti nenek masak untuk semua. Semua boleh makan."

"Yeay! Abang, nanti abang kena menang tau. Azyah nak makan bubur kacang mek. Azyah yakin, abang boleh menang punya," kata Azyah memberi semangat sambil menepuk bahu abangnya. Telatah si kecil itu mengundang ketawa kecil seisi keluarga.

Usai kedua-dua anak kecil itu pergi ke sekolah dan Hussein ke tempat kerja, yang tinggal hanyalah Zainun dan Hamidah di rumah. Kebiasaanya, Hamidah akan menyambung semula kerja rumah yang perlu dibereskan. Manakala, Zainun akan bersiap-siap untuk ke kelas agama di surau berhampiran rumahnya.

Itulah antara rutin pagi mereka semua.

"Midah, umi berangkat dulu ke surau," beritahu Zainun yang sedang sibuk menyapu di ruang tamu.

"Ya, umi. Hati-hati di jalan." Hamidah menghampiri ibu mentuanya dan mencium tangannya.

Ketika sampainya di surau, Zainun terlihat beberapa kawan seusia dengannya yang turut mengikuti kelas agama dengannya. Rata-rata daripada mereka adalah jiran-jirannya juga.

"Eh, Zainun!" panggil Hasnah, salah seorang teman Zainun. Zainun melambaikan tangan dan melangkah menghampiri mereka yang telah duduk di dalam surau itu menanti kehadiran ustaz. Di dalam, tidak terlihat hanya pelajar perempuan sahaja, malah ada juga pelajar lelaki. Namun rata-ratanya sudah pun berusia.

Yalah, mana ada orang muda mahu datang pada hari kerja. Tetapi, jika hari cuti sekali pun, tidak akan datang juga. Tidak usah dilihat pada orang lain, anaknya sendiri sahaja sudah boleh dijadikan contoh. Hari kerja, kerja. Hari cuti, cuti. Kadang-kala, Hamidah akan menemaninya sekali-sekala jika tiada kesibukan.

"Seorang saja ke?" tanya Kiah, seakan mencari-cari seseorang di samping Zainun.

"Selama ini, memang aku seorang. Tak ada pula aku upah orang jadi bodyguard aku," gurau Zainun menjawab soalan temannya.

"Eh, menantu kau lama dah aku tak tengok datang kelas. Rindu pula aku," ujar Kiah, berterus-terang dengan tujuan soalannya yang ditanya tadi.

"Dah dia sibuk dengan kerja rumah. Kalau tidak, aku dah angkut dia sekali. Yang rindu menantu aku ini, menantu sendiri tak rindu ke?"

TATKALA CINTA TERUJIWhere stories live. Discover now