BAB 5 (NEW EDITION)

1K 39 2
                                    

USIA kandungan Hamidah kini sudah mencecah hampir enam bulan. Perutnya semakin membesar hari demi hari. Namun, semakin hari berlalu... Dia bertambah risau. Fikirannya sentiasa memikirkan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dia endahkan. Kadang-kala, emosinya menjadi tidak menentu dan dia menjadi panas baran.

Walau sekadar kesilapan yang kecil, dia terlalu mengambil berat tentangnya sehingga membelenggu emosinya. Ini membuatkan Zainun dan Hussein harus lebih berhati-hati dengan kelakuan dan perkataan mereka ketika berhadapan dengan Hamidah.

Hamidah menjadi seorang yang tidak dapat dijangka sepanjang tempoh kehamilannya. Bila-bila masa sahaja dia boleh jadi bom yang meletup tidak kira di mana tempatnya.

Gedebuk!

Bunyi mangkuk terjatuh. Habis tertumpah isi susu dan bijirin di atas permukaan lantai.

"Kamu ini memang nak kena, ke?" Hamidah memandang tajam kepada anak sulungnya. Dia menghampiri anaknya yang duduk di meja. Riak wajahnya kelihatan marah sekali. Membuatkan Rayyan menggeletar ketakutan.

"Tak boleh ke makan elok-elok? Memang sengaja nak menyusahkan aku?" jerkah Hamidah lagi. Tegas nadanya.

Rayyan tidak bersuara. Hanya menunduk dengan mata yang mula berkaca.

Hamidah mengambil bijirin-bijirin yang tumpah di lantai lalu disuapkan dengan paksa ke mulut anaknya. Rayyan cuba menolak namun tenaga kecilnya tidak dapat melawan.

"Sekarang kau makan ini! Kau makan!" Hamidah terus memaksa anaknya untuk menelan.

"Ibu... Jangan buat abang macam itu!" Azyah cuba menghalang perbuatan ibunya. Dia cuba menarik tangan ibunya dengan sedaya upaya.

Dalam kekecohan itu, Zainun muncul setelah mendengar bunyi bising dari ruang makan. Dia tergumam melihat kelakuan menantunya itu.

"Astaghfirullah... Midah!" Zainun mendekati mereka tiga beranak dan menarik menantunya itu daripada cucunya.

"Apa kamu buat ini, Midah! Istighfar, nak!" pesan Zainun.

"Kau memang tak habis-habis menyusahkan aku, kan!" Hamidah seperti dirasuk... Barannya semakin menggila. Rayyan sudah meraung kesakitan dipaksa untuk disuap bijirin-bijirin itu. Tangan kecil Azyah masih tidak berhenti menarik tangan ibunya.

"Sudah, Midah!"

Tangan Hamidah menolak kedua-dua tangan yang cuba menariknya. Tetapi, dia tidak sengaja membuatkan anak perempuannya terjatuh ke lantai. Hamidah yang perasan, segera mendekati Azyah yang mengaduh kesakitan setelah jatuh.

"Azyah, kamu tak apa-apa?" tanya Hamidah penuh kerisauan. Dia memeriksa keadaan anaknya itu.

Zainun yang memandang, terdiam. Hati tuanya terasa. Bukan kerana dirinya, tetapi sikap menantunya terhadap anak-anaknya. Berbeza. Jauh berbeza.

Tanpa disedari, Rayyan segera berlari ke biliknya. Zainun yang baru perasan, hanya memandang tubuh anak kecil itu berlari dan semakin menghilang dari pandangannya. Matanya memandang semula ke arah Hamidah dan Azyah.

Menantunya itu kelihatan lebih risau terhadap anak perempuannya.

Hati Zainun dipagut rasa sedih dan kecewa dengan menantunya.

"UMI tak tahu nak buat apa... Umi risaukan Rayyan..." luah Zainun apa yang terbuku di hati. Dia mahu berbincang perkara ini dengan Hussein. Sebagai seorang ayah kepada cucunya, dia mengharapkan anaknya itu mampu melakukan sesuatu.

"Hussein bukannya tak nak buat apa-apa, tapi umi faham keadaan Hamidah, kan? Tambah lagi dengan keadaan dia sekarang ini. Emosinya terganggu." Hussein cuba berdalih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TATKALA CINTA TERUJIWhere stories live. Discover now