Cara terbaik untuk mempromosi karya anda

2.1K 122 24
                                    


 Hendak memperkenal karya anda di mata umum? Anda berada di tempat yang betul! Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara untuk mempromosikan karya anda.  

1. Gunakan tajuk pendek yang menarik      

Tajuk yang terlalu panjang kadangkala akan memberi klu tentang keseluruhan cerita, membuatkan pembaca tidak berminat untuk lebih mendalami karya anda. Tajuk pendek yang memberi sedikit petikan cerita di hujungnya boleh menambahkan peratusan karya anda dipilih oleh pembaca.

2. Pastikan anda meletakkan sinopsis cerita   

Sinopsis adalah umpama pintu masuk untuk sesebuah cerita. Keratan pendek ini akan menarik pembaca. Pastikan anda menulis sinopsis yang menarik.

3. Kulit buku yang menarik    

An attractive cover is necessary if you want to grab a reader's attention.

4. Jangan lupa tambahkan tags pada karya anda           

Kebanyakan pengguna wattpad mencari cerita melalui tags. Dengan menambah kata kunci mengikut genre yang berkaitan, karya anda akan terpilih di dalam carian mereka. Tanpa tags/kata kunci, karya anda tidak akan mendapat perhatian.

5. Pendekkan isi setiap bab 

Suka untuk diingatkan, kebanyakan pengguna wattpad kebanyakannya lebih memilih menggunakan applikasi telefon untuk membaca. Jika setiap bab terlalu panjang, mungkin ini akan menyukarkan pembaca anda.

6. Tamatkan setiap bab dengan babak tergantung          

Biarkan pembaca berterusan dalam perasaan ingin tahu untuk memastikan mereka menyambung bacaan.

7.  Terbitkan secara bersiri       

Pos satu bab baru atau lebih lagi dalam seminggu. Kekalkan jadual berkala untuk setiap pos supaya pembaca anda tahu bila mereka perlu kembali untuk bab seterusnya. Dengan cara ini, pembaca akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku dan peratusan mereka untuk tetap membaca lebih tinggi.

Contohnya, di dalam pengenalan cerita, anda boleh memberitahu 'Nantikan Bab Baru setiap hari Ahad'        

8. Masukkan pesanan penulis        

Berbual dengan pembaca melalui teks di dalam cerita anda, selalunya sebelum permulaan ataupun di hujung bab. Ingatkan pembaca untuk meninggalkan komen dan undi, kongsikan pengalaman menulis anda, dan ajukan soalan terbuka untuk memulakan perbualan dengan pembaca. Lebih rapat anda dengan pembaca, lebih mudah untuk anda mendapatkan komen membina yang anda nantikan.

9. Teruskan menulis         

Ingat, pembaca mencari cerita untuk dibaca. Menaikkan satu atau dua bab dan kemudian menunggu pembaca menjumpai anda, bukanlah satu cara yang akan membuahkan hasil. Anda perlulah terus menaikkan bab baru secara berterusan sehinggalah tamat. Kebanyakan cerita yang ditambah masukke dalam senarai baca mempunyai sekurang-kurangnya 16 bab ataupun lebih, juga yang sudah ditandakan 'Complete'.       

10. Berhubung dengan pembaca   

 Hargai follower, undian, dan sebarang penambahan ke senarai baca. Bila seseorang follow anda, mengundi cerita anda, atau menambah cerita anda ke senarai baca mereka, hantarkan mesej ringkas sebagai tanda penghargaan anda kepada mereka.

 Jangan lupa membalas komen. Beri tindak balas pada komen ataupun nasihat penambahbaikan untuk cerita anda. Dengan cara ini, anda secara tidak langsung memberitahu bahawa bantuan mereka adalah sangat dihargai.  

Berikan kemaskini terbaru. Pastikan peminat anda mendapat berita terbaru tentang aktiviti anda dengan cara menghantar mesej kepada semua follower. Jika anda baru saja menaikkan bab baru, berhenti seketika dari menulis, memerlukan bantuan ; siaran mesej adalah tempat terbaik untuk digunakan sebagai perantara.

11.  Iklan 

Iklankan karya anda di 'Wattpad Clubs' untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas.          


Dan yang terakhir sekali, bersabar. Semua ini akan berhasil, jika anda mampu bersabar.  

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









Panduan WattpadWhere stories live. Discover now