Soalan Lazim Program Wattpad Paid Stories.

1.8K 23 3
                                    

Bukankah Wattpad sepatutunya percuma? Saya telah mendaftar diri di Wattpad kerana saya boleh membaca tanpa membayar apa-apa.

Wattpad adalah tempat untuk para penulis dan pembaca untuk berhubung sesama sendiri berdasarkan cerita yang penting kepada mereka. Pilihan terkecil cerita-cerita di Wattpad akan dimasukkan ke dalam program Paid Stories, ini memberikan peluang kepada para penulis untuk mendapatkan wang untuk hasil kerja mereka.

Kami sedia maklum bahawa bacaan percuma adalah penting kepada kebanyakan ahli dalam komuniti kami, kerana itu berjuta-juta cerita di Wattpad akan sentiasa kekal percuma untuk dibaca.


Adakah ini bermakna bahawa Wattpad akan menjadi suatu platform berbayar?

Tidak semestinya. Wattpad masih mempunyai berjuta-juta cerita yang percuma dan ia tidak akan berubah. Wattpad juga aka sentiasa menjadi aplikasi yang percuma, tersedia tanpa sebarang caj kepada komuniti Wattpaders yang lebih daripada 70 juta pengguna di seluruh dunia.

Pemilihan cerita-cerita terkecil boleh didapati secara eksklusif dalam program Paid Stories.


Kenapa Wattpad menambah Paid Stories da Wattpad Premium? Adakah Wattpad akan menjadi suatu platform berbayar?

Kedua-dua program Paid Stories dan Wattpad Premium adalah program yang akan membantu meningkatkan pengalaman para pembaca dan penulis.

Anda kini boleh menikmati Wattpad dalam 3 cara berikut:

1) Baca secara Percuma: Nikmati Wattpad dengan cara anda selalu menikmatinya. Masih terdapat ratusan juta cerita yang percuma di Wattpad dan perkara ini tidak akan berubah.

2) Naik taraf ke Wattpad Premium: Langgan ke Wattpad Premium untuk meningkatkan pengalaman membaca dengan penerimaan bacaan percuma tanpa gangguan iklan, akses kepada Bonus Coins untuk Paid Stories dan penukaran tema.

3) Temui kepelbagaian Paid Stories: Menyokong penulis Wattpad dengan membeli Coins untuk akses cerita-cerita eksklusif.


Apakah jenis pilihan yang sedia ada untuk membeli cerita atau bab tertentu?

Anda boleh membeli cerita sebagai karya yang lengkap atau mengikut bab. Untuk maklumat selanjutnya mengenai cara untuk anda boleh membeli Coins, sila lawati www.wattpad.com/paidstories.


Adakah Paid Stories dianggap lebih berkualiti?

Tidak. Setiap cerita di Wattpad mempunyai khalayak masing-masing, sepertimana setiap pembaca mempunyai cita rasa tersendiri. Kami telah menggunakan kepakaran editorial, kuasa pengetahuan dan pemahaman data, penglibatan pembaca dan pembelajaran mesin untuk memilih cerita yang merupakan sebahagian daripada program Paid Stories. Ini antara cerita yang kami yakin para pembaca akan jatuh cinta.

Matlamat Paid Stories adalah untuk membantu para penulis untuk memperoleh wang dari cerita mereka di Wattpad. Kami bekerja dengan pelbagai penulis dan cerita yang telah mencerminkan kepelbagaian dan kepentingan Wattpadders.


Bagaimana penulis / cerita dipilih?

Kami menggunakan gabungan data dan pemahaman manusia untuk mengenal pasti penulis-penulis luar basa yang telah menciptakan cerit yang unik. Kami ingin menyertakan cerita-cerita yang telah dirangkai dengan baik dan yang mewakili pelbagai jenis suara, genre, dan gaya yang sedia ada dalam komuniti Wattpad dan telah menjadikan platform ini dikenali sebagai Wattpad.

Panduan WattpadWhere stories live. Discover now