Cara untuk berinteraksi di dalam Wattpad dan mencari kenalan baru

1K 71 3
                                    


1. Follow penulis lain, baca dan komen di karya mereka

Dapatkan maklumat tentang apa yang mereka minat, dan beritahu mereka tentang apa yang menarik tentang karya mereka. Komen membina sangat digalakkan, dan semakin banyak anda memulakan interaksi, lebih tinggi kebarangkalian mereka akan kembali membaca karya anda. Ingat, semakin banyak anda memberi, semakin banyak juga yang anda dapat.

2. Galakkan perbualan

 Adakah karya penulis lain mengingatkan anda kepada sebuah lagu, video. Gambar atau pengalaman anda? Kongsikan bersama! Mungkin anda mempunyai banyak persamaan yan boleh dikongsikan bersama.  

3. Minta Nasihat

 Jika anda memerlukan nasihat, anda cuma perlu bertanya untuk mengeratkan hubungan anda dengan pengguna yang lain. 

4. Cipta Senarai Bacaan Unik 

  Dengan cara membuat senaia bacaan yang menarik, anda bukan saja membantu mempromosikan karya hebat lain kepada follower anda, malahan anda juga menarik pengguna laim untuk melaway profil anda. Ini juga boleh menambahkan bilangan bacaan karya anda sendiri. 

5.  Sertai Kelab Wattpad (Wattpad Clubs)

Sertai Wattpad Clubs   dan berkenalan dengan pengguna lain! Kami mempunyai beberapa Clubs   berbeza yang mampu memenuhi citarasa/ keperluan pembaca juga penulis di dalam genre tersendiri. Berinteraksi mesra dengan pengguna lain adalah cara terbaik untuk menarik pembaca/pengguna lain ke profil anda, sekaligus membaca karya anda. Beberapa penulis mengakui bahawa Improve Your Writing Club juga membantu. Di sana anda akan dapat mencari nasihat, tips menulis, dan berkongsi pengalaman anda bersama yang lain.

*Note : Wattpad Clubs cuma boleh diakses melalui Website Wattpad ataupun Web Browser di telefon pintar.  


Panduan WattpadWhere stories live. Discover now