Bagaimana Jika Saya Dihubungi Penerbit?

446 21 1
                                    

Seiring dengan pencarian maklumbalas yang menggalakkan terhadap cerita penulis, ejen sastera dan syarikat penerbitan juga menyedari kehadiran karya yang dikongsi di Wattpad. Ini merupakan panduan yang boleh membantu anda membuat penyelidikan sekiranya anda dihubungi oleh seseorang menerusi Wattpad.

Kami sentiasa menggalakkan penulis membuat penyelidikan yang diperlukan apabila dihubungi oleh seseorang yang memperkenalkan diri sebagai ejen, editor atau penerbit. Mohonlah untuk bercakap dengan klien terdahulu dan terkini serta pastikan anda membaca keseluruhan maklumat dengan sangat teliti sebelum menandatangani sebarang dokumen.

Tips menyelidik penerbit atau ejen

Semak di Wattpad. Letakkan post mengenai pertanyaan anda dan ahli komuniti yang berpengetahuan akan memberi nasihat mengenai syarikat penerbitan yang sah, bagaimana mencari ejen dan soalan yang berkaitan dengan bidang ini.

Terdapat penulis Wattpad yang telah menandatangani perjanjian profesional untuk penerbitan, contohnya Anna Todd (@) dan Natasha Preston (@) yang berjaya mendapatkan tawaran yang membenarkan mereka untuk mengekalkan keseluruhan karya di Wattpad. Ada manfaatnya mengekalkan keseluruhan karya di Wattpad, biarpun perjanjian penerbitan buku telah termeterai, jadi pastikan anda membincangkan hal ini dengan mana-mana bakal penerbit. Jika anda memerlukan bantuan, hubungi kakitangan Wattpad yang boleh menerangkan kepada penerbit tersebut tentang mengapa mereka patut membenarkan anda mengekalkan keseluruhan karya di Wattpad.

Lakukan carian di Internet mengenai syarikat penerbitan/agensi itu untuk melihat apakah terdapat sebarang hasil carian yang meragukan.

Layari laman web rasmi syarikat penerbitan atau ejen sastera tersebut. Kebanyakan ejen sastera dan syarikat penerbitan mempunyai laman web yang boleh dilawati dan disemak.

Lihatlah sama ada ejen atau syarikat mempunyai gabungan atau kerjasama dengan syarikat utama (ie. Amazon). Jika ada, telefon atau emel rakan niaga tersebut dan tanyalah sekiranya mereka yakin untuk mengesyorkan syarikat itu.

Berhati-hatilah jika seorang ejen sastera meminta sebarang wang pendahuluan atau menawarkan insentif seperti royalti awal atau menjanjikan yang anda akan menjadi "kaya" jika anda menyerahkan karya anda kepada mereka.

Pastikan anda memahami sepenuhnya proses dan terma perjanjian ejen atau syarikat penerbitan. Ini termasuklah, namun tidak terhad kepada, hakcipta, hak pengedaran, dll. Jika perlu, dapatkan nasihat guaman. Sentiasa baca cetakan halus agar anda sedar apa hak yang tetap anda miliki dan apa pula yang anda berikan kepada penerbit.

Jangan takut bertanya terlalu banyak soalan. Jika penerbit itu bertauliah dan benar-benar berminat untuk bekerjasama dengan anda, mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah menjawab kesemua soalan anda.

Jika anda dihubungi oleh seseorang yang tidak mempunyai wawasan yang selari dengan wawasan anda atau seseorang yang memberi tawaran yang tidak dirasakan adil, jangan rasa terbeban untuk menandatangani apa-apa. Anda perlu faham yang terdapat beberapa penerbit dan ejen yang menggunakan Wattpad untuk mencari bakat baru. Jangan merugikan diri sendiri.

Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami sekiranya anda tidak yakin tentang kesahihan mana-mana ejen atau syarikat penerbitan. Kami akan mengesahkan jika mereka sahih dan bekerjasama dengan anda (dan penerbit atau ejen) untuk memasarkan cerita anda kepada pembaca.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Panduan WattpadWhere stories live. Discover now