6

12 0 0
                                    

Nasi membentuk gunung putih dan setekul ayam masak merah ditepinya dan  juga dihiasi dengan sayuran dimasak bersama ikan bilis. Pergh, yummy

“Kau boleh tak jangan bagi aku risau?” Badrul merenung tajam pada aku. Pandangannya terlalu tajam sampai boleh tertembus badan aku. Ha ha ha. Okay, aku tak over

“Kau dengar tak ni?” Badrul bersuara lebih serius dari tadi.

“Yela yela” Aku mengeluh kecil.

Makanan di pinggan kat depan ni tak terusik langsung. Yelah, lepas kena marah dan dibelebel. Orang mana akan ada selera nak makan kan?

“buka mulut” Badrul menghalakan sudu yang berisi sedikit nasi dan atas nasi tu ada sikit ayam.

Eh jap?! Dia nak suap aku ke ni?

“Apesal tengok aku camtu? Cepat la buka mulut. Lenguh lengan aku ni” rungut Badrul yang masih dalam keadaan yang sama

“cepatlah!” desak Badrul. Badrul ni memang jenis tak penyabar. Asyik nak desak orang je. Ergh!

Dan dengan separuh rela dan separuh geram, aku buka mulut dan dia suapkan aku dengan penuh berhemah.

“Waaaa, untung la ada orang suap” usik Farah yang berada bersebelahan aku.

Sebenarnya kami makan di meja panjang. Sebelah bahagian kerusi lelaki dan sebelahnya lagi bahagian kerusi perempuan.

Disebabkan kami ni cukup berpasangan. Kami duduk bertentangan dengan pasangan masing-masing

“Kau suruh ah Mr Chill suap gak” balas aku sambil memucungkan pada Eddy yang sedang makan bertentangan dengan Farah

Maybe Eddy terkejut kut aku cakap makan tu, terus dia tercekik. Nasib baik Farah sempat hulurkan air. Kalau tak, tak sempat khawin la diorang

“Aku suap pun sebab kau tak usik langsung” tutur Badrul dengan dinginnya dan terus menyuap makanan ke dalam mulutnya

“makan laa” Badrul bercakap dengan mulutnya yang penuh makanan. Kedua pipinya kembang kerana dipenuhi makanan. Macam tu la cara Badrul makan. Sama macam orang korea makan. Maklum la, darahnya ada berketurunan korea.

“Nak makan la ni” Aku merengus dan menjeling pada Badrul. Sakit betul hati aku

Dah la seharian aku dibebel oleh Ida, abang dan kakak fesi, kawan-kawan yang lain dan Badrul. Ni semua Daren la, dia yang ceritakan segalanya kepada diorang termasuklah pasal kejadian aku memanjat pokok manggis.

“weh!” Farah mengejutkan aku

“Apa?” tanya aku dengan blur

“Kau kenyang ke dengan tenung makanan camtu?” bidas Farah

“Makanan tu takkan habis kalau kau tenung macam tu” bidas Ida pula.

“Makan la Dayana. Sedap makanan ni” Fatin seakan-akan memujuk aku untuk makan. Tapi selera aku dah mati

“tu la. Lain kali be careful. Jangan belagak. Dah la cuai” gelombang suara Darenn masuk ke dalam otak aku dan terus menyakitkan hati aku.

“Dah la korang. Tak payah la bergaduh depan rezeki” suara Arshad cuba menenangkan situasi sekarang

“Hm. Yelah salah aku. Sorry” akur aku. Akhirnya aku menyuap makanan pertama selamat mendarat ke dalam mulut aku

Hm. Sedapnya nasi ni

Dan diorang termasuklah Badrul memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kenapa dengan diorang ni?

“Nanti ikut aku” Badrul bercakap tanpa memandang muka aku sekarang ni

“pergi mana?”

“ikut je”

“Kalau aku tak nak?”

“Jangan jadi isteri derhaka”

“hm. Okaylah”

Sekali lagi dengan separuh terpaksa. Aku menuruti arahan Badrul

S.A.D.C.K. 2Where stories live. Discover now