14(Badrul pov)

10 1 0
                                    

Cempaka membawa kami meredah hutan. Mengharungi sungai. Mendaki bukit.

“Alahaii turun bukit pulak dah. Penat la macam ni” rungut Arsyad

Memang dah pasti, kami semua penat. Manik-manik peluh singgah kat muka kami. Dah la panas. Tapi aku jelous dengan Cempaka. She very  steady and calm. Dan dia langsung tak penat dan sedikit pun tak keluar rembesan peluh

Whoaa she looked at me?! Aku cungkil jugak kang mata dia ni. Tak habis jeling jeling. Aku tahu la aku hansem. Tak payah nak jeling bagai la. Hanya Dayana je yang layak jeling kat aku macam tu.

“Kita kena turun bukit ni pula ke? Berapa jauh kita dengan rumah Cempaka?” soal Eddy  pada Cempaka

“Selepas kita menuruni bukit ini. Kita akan sampai ke rumah Cempaka” jelas Cempaka. Suaranya agak menyeramkan je

“tak jauh dah tu” sampuk Wadi secara tiba-tiba dengan muka lega. Tak larat dah kut. Naik bukit, Turun bukit. Naik bukit. And then turun bukit lagi.

“aku ada cara yang paling cepat sampai ke rumah Cempaka” Daren menarik perhatian ramai

“Apadia?” soal Umi

“Disebabkan rumput ni lembut je. Kita bergolek jela sampai ke bawah. Macam filem hindustan. Diwale, kuch kuch hoi....” Mulut Daren disumbat dengan kasut oleh Huzaifah

“Dah tak payah la nak mengarut lagi!” bebel Huzaifah dan membuang kasut yang berada di mulut Daren. Daren menjeling tajam pada Huzaifah dan berlari ke belakang Cempaka.

“Tak nak la aku. Nanti pening” ujar Izzan sambil memeluk tubuhnya

“Cempaka....” belum sempat Cempaka bersuara. Terus ditolak oleh Daren. Tergolek golek Cempaka macam Cempedak busuk jatuh tergolek ke bawah. Ha ha ha

“Hoii apesal!” Izzan pun ditolak oleh Daren

Satu per satu ditolak oleh Daren dan akhirnya aku turut digoleknya

Sangkaan Daren tepat. Kami cepat sampai ke bawah. Dengan kepala pening!

“Seronok laa wehh” Daren bersuara riang

“Cempaka pening. Kita berehat sebentar” Cempaka bersuara

Nasib baik aku ada minyak angin cap kapak dalam poket.

“Pusing pada aku” Aku mengambil tempat bersebelahan dengan Cempaka

“Mungkin kau tak terbiasa dengan ni. Tapi ni boleh buat kau tak pening kepala” aku menyapu ubat di kedua sisi dahi Cempaka.

Cempaka mendiamkan diam. Diam membisu. Membatukan dirinya. Apesal dengan minah ni tengok aku semacam je. Tak berkedip pula tu?

“Kau okay tak?” soal aku dengan nada risau. Cempaka mengangguk

“Nah korang. Sapu ubat tu” aku melemparkan ubat kepada Eddy.

“Kenapa rasa berangin dan sejuk ni?” soal Cempaka. Matanya tadi tak berkedip terus berkedip banyak kali. Macam Dayana. Haha. Rindu dia

“Nanti okay la” ujar aku dengan dingin dan memicit kepalanya

Aku tolong ni bersebab. Kalau dia sakit kepala. Macam mana nak sampai kat rumah dia dan nak cari Dayana?

“Terima kasih. Cempaka tak pernah merasakan layanan sebegini” beritahu Cempaka sambil tersenyum. Aik. Macam pelik je minah ni. Tadi bukan main jeling pada aku. Sekarang? Ergh! Apa-apa jelah

“Wei. Jom la gerak. Cempaka dah okay?” Izz bersuara lantang membuat cempaka tersentak. Aku mengalihkan tangan aku dari dahinya

“Jom. Kalau kau dah okay. Jom la kita gerak. Lagi cepat. Lagi bagus” aku menolong Cempaka untuk bangun

“Hm. Hm. Hm. Cempaka...Hm” Cempaka seperti memberitahu sesuatu

“kenapa?” soal Naim pada Cempaka yang kelihatan gelisah

“Tiada ada apa-apa. Jom lah kita ke sana” Cempaka mendahului kami. Macam biasa. Penunjuk arah

Setelah sampai ke rumah Cempaka, cempaka meminta diri naik ke atas rumah dan memanggil ayahnya

“Pengawal. Kurung mereka semua!” Suara garau dan garang mengarahkan beberapa orang lelaki mengheret kami masuk ke dalam penjara buluh. Apeni?

“Woii. Apesal ni weh. Lepas la weh?” jerit Daren dan menendang batang buluh yang memerangkap kami

Kaum Hawa yang lain ketakutan dan ditenangkan oleh pasangan masing-masing

Izz sedang memujuk Ida yang ketakutan. Arsyad juga memujuk Najah yang muka dah pucat gila, macam takde darah je. Eddy memberi kata-kata semangat pada Farah. Farah pun mata dia dah berair. Naim pun memberi kata semangat dan cuba memujuk Fatin. Wadi pula macam memimpin Izzan membaca ayat suci al-quran supaya dapat menenangkan diri. Huzaifah dan Daren. Ni pasangan paling rare aku pernah jumpa. Huzaifah rileks je dan mulutnya terkumat kamit membaca ayat al-quran. Daren pula tak habis menendang buluh yang memerangkap kami ni. Umi? Hm, dia bersama Izzan. Wadi pun menolong Umi membaca al-quran. Aku? Hm. Bertafakur jela. Dayana takde.

“Ayah. Ayah sudah berjanji nak lepaskan dia?” Cempaka memujuk ayahnya dan menudingkan jari pada aku

“Kenapa harus ayah lepaskan manusia itu?!” Cempaka dimarahi oleh ayahnya

“Kerana aku sudah jatuh cinta padanya” jelas Cempaka membuatkan kami semua terkejut. Ya Allah, sejak bila Cempaka suka dekat aku ni?

Jangan-jangan pasal minyak angin tadi?!

“Apa?! Kamu sudah jatuh cinta pada manusia sama seperti ibumu?! Kamu juga mahu meninggalkan ayah dan mati disebabkan manusia?” tengking Ayahnya membuatkan Cempaka menitiskan air matanya

“Bunuh mereka!!” jerit ayahnya pada pengawal yang memegang buluh tajam mengelingi penjara buluh kami

Semakin kuat la kaum hawa menangis ketakutan

Setapak demi setapak pengawal itu menghampiri kami dan menggangkat buluh setingginya untuk menikam kami

Dan aku pejam mata bersedia

“Tungggu!!!” seorang perempuan dan dua orang lelaki berlari ke arah kami

Dayana! Faiz! Tapi siapa lelaki sorang lagi tu?

“Saya tahu Tok penghulu nak balas dendam kepada manusia. Tapi jangan kepada manusia tidak bersalah. Manusia yang melarikan dan membunuh isteri tok penghulu patut dipersalahkan. Bukan pada mereka semua” jerit lelaki yang berkulit sawo matang dan berbadan sasa

Haish. Dah la tak pakai baju. Nak goda isteri aku ke?

Dah la duk bersebelahan dengan isteri aku

S.A.D.C.K. 2Where stories live. Discover now