3

13 0 0
                                    

"Yuhoooooo. Bestnyaa camping kat sini!!!!!!!"

"Kau ni memekak jelah!" Aku mengetuk kepala Daren dengan penumbuk berkuasa lima aku

Aku tak tahu la kenapa mesti kena ajak si Daren, Badrul, Eddy, Izz, Naim, Arshad, Wadi, dan Faiz ni sekali.

"Sakitlahh!" Daren menjerit pada aku sambil mengusap kepalanya lepas kena ketuk dengan aku

"Korang tak habis habis bergaduh. Asal jumpa je bergaduh. Macam anjing dan kucing"

Kedengaran suara Ida menerjah ke dalam gegendang telinga aku dan setiap ayatnya dicerna di dalam otak aku

Okay, siapa anjing dan kucing?

"Kau anjing!" bidas aku pada Daren

"Aku sangka kau bijak. Yela, sekolah tinggi tinggi. Berpelajaran. Tapi manusia dan anjing tak boleh beza. Tu la orang cakap, sekolah je bertingkat-tingkat tapi bodoh tu berlapis-lapis"

Amazing! Daren berjaya menyakitkan hati aku.

"Aduhhh" jerit Daren

"Jom!" Ida menarik tangan aku selepas aku berjaya menyepak betis Daren.

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Seperti yang disangkakan, kami akan diberi taklimat awal sebelum mendirikan khemah.

Abang-abang dan kakak-kakak fesi kat sini. Hm. Agak handsome dan cantik semuanya. Tapi tu bukan yang sebenarnya aku nak beritahu. Aku nak beritahu yang aku dah terlalu mengantuk nak mendengar abang fesi memakai kaca mata hitam tu membebel. Dah dekat setengah jam, dia membebel

Disebabkan aku duduk di tempat kedua paling belakang. So aku terlindung sikit. Boleh la aku tidur lena tanpa sebarang gangguan.

Tapi sebenarnya tak! Kalau aku duduk bersebelahan dengan Farah. Memang takde chance la aku nak tidur. Sebab Farah suka mengusik aku!

"Weh abang tu cakap jangan tidur la" Farah cuba mengejutkan aku. Aku tak tidur pun sebenarnya. Tidur sekadar ala-ala tidur ayam.

"Biarlah. Bagi aku tidur kejap je. Please jangan kacau aku"

"Weh kakak fesi kat hujung tu tengok kau la. Cepat bangun!" Farah mengoncangkan badan aku.

Tadi Farah cakap ada kakak fesi tengah tengok aku kan?!!!

"Mana mana?" Aku membuka mata seluasnya mencari kakak fesi yang Farah cakap kan

"April fool" Farah mengenakan aku. Amboi, bukan makin galaknya ketawa

"Memang bulan ni bulan April eh?" tanya aku dengan muka annoying pada Farah

"He he he. Bulan Oktober" Farah menampakkan giginya yang tersusun rapi pada aku. Nak je aku tumbuk dia ni sampai tersangkut di gegelung planet saturn

"Okay. Korang boleh dirikan khemah dulu. Lepastu korang boleh makan. Dalam pukul 3 petang nanti, korang kena berkumpul kat sini balik." kali ni jelas kedengaran suara abang fesi yang lantang terpekik kat hadapan kami

"Okay. Bersurai" tambahnya lagi.

Semua orang bangun dari tempat duduk masing-masing dan pergi ke tapak perkhemahan

Semasa nak bergerak ke tapak perkhemahan, seseorang memaut lengan aku dari belakang. Haish, terkejutkan aku jela Badrul ni. Suka buat camtu!

"Kau pergi dulu" Badrul menyuruh Farah meninggalkan aku. Sadiss

"Kau ni kenapa!" aku meleraikann tangan Badrul yang terlekat di lengan aku

"Korang ada masalah ke?" salah seorang abang fesi yang agak segak dan sado menegur kami

"Kami dah berkhawin. So, boleh tak saya nak satu khemah dengan isteri saya?"

"What!!" aku membuat muka tak percaya. Berani betul si Badrul ni!

"Nope! Saya tak nak!" aku menjeling tajam kepada Badrul

"Kau kan isteri aku" Badrul menyingahkan tangannya di bahu aku.

Dan aku berjaya menepisnya

Well. Thats me. Dayana

"Tak boleh. Kami hanya ada 4 khemah kat sini. So setiap khemah ada empat orang. Dua khemah untuk lelaki dan dua khemah untuk perempuan" tegas abang fesi tu bercakap. Hm. Ada nametag la kat baju abang fesi tu. Nama abang fesi tu adalah Syameel. Comel namanya

"Okay. Thanks abang Syameel" aku menarik tangan Badrul menuju ke tapak perkhemahan.

"Jom kita dirikan khemah" aku memujuk Badrul

"Tch. Okay" keluh Badrul

"Dayana, sini!." Fatin menjerit pada aku

"okay. Jap!" aku memberi isyarat pada Fatin. Dan Fatin mengangguk

"bye" aku sempat melambai tangan kepada Badrul sebelum berlari ke arah Fatin.

"Aku, Kau, Farah dan Sipah satu khemah. Jom tolong kami pasang" arah Fatin

"Aip aip captain" aku membuat gaya seperti kadet mengangkat tabik

S.A.D.C.K. 2Where stories live. Discover now