12 (Badrul pov)

11 0 0
                                    

Dah hampir pukul 8 pagi kami masih lagi mencari kelibat Dayana dan Faiz.

“Kita rehat la dulu” beritahu Najah dan duduk.

Begitu juga yang lain. Duduk di atas pokok besar yang tumbang. Mereput. Nasib baik takde anai-anai je. Kalau tak. Diorang akan digigit oleh anai-anai dan terus jadi superhero anai-anai. Boleh la tolong carikan Dayana dan Faiz nanti

Eh sejak bila aku pandai berfantasi macam Dayana ni. Ni mesti pengaruh dia. Hm. Aku rindu la isteri aku

“30 minute kita berehat” ujar aku dan juga terbaring di atas tanah dan dilapik dengan selimut tebal yang aku sengaja bawa.

Bukan apa. Tu untuk Dayana. Mana tahu dia kesejukan. Dayana tu badan dia cepat sejuk. Sebabtu la aku bawa.  Nampak tak effort aku pada dia? Dia je tak nampak selama ni. Dah banyak kut aku berkorban untuk dia.

“Dah masuk tiga kali dah Wadi azan kat kawasan ni. Still tak jumpa-jumpa” rungut Daren dan dengan slamber badak dia baring sebelah aku. Haish. Annoying!

“Kita hanya mampu bersabar dan bertawakal. Insyaallah, Allah pasti tolong kita” ujar Eddy pula

“Aamin” jawab mereka disentak. Termasuk aku

“apa kata kita berpecah. Lagi senang kita akan jumpa diorang” cadang Umi.

Mungkin dia risau pasal Faiz, tunang dia. Dia dari semalam gelisah bila tahu Faiz menghilang.

“Nanti kita discuss balik pasal ni. Sekarang kita rest je dulu. Jangan terlalu fikir sangat. I know keadaan sekarang ni dah terlalu mencemaskan. Tapi lagi cemas kalau kita fikir buruk-buruk dan tak sefahaman nanti” ujar Wadi pula

“Patut la Dayana ada cakap yang dia nampak dan perasaan benda pelik dengan akak dan abang fesi haritu” bagitahu Farah membuatkan kami semua tertumpu padanya

“Aku dan Sipah pun ada dengar pasal tu” ujar Fatin dan berada di tepi Huzaifah pula

“Yang dia cerita semasa kita pasang khemah haritu ke?” soal Huzaifah. Fatin dan Farah mengganguk

“Apa dia cakap?” tanya Najah. Haish. Baru aku nak tanya soalan tu. Najah mendahului aku. Ehm

“Dia cakap muka akak dan abang fesi pucat. Macam mayat hidup. Dan dia cakap. Dia tak sedap hati. Bila ada dekat abang dan akak fesi tu, dia rasa seram sejuk tetibe. Sebab abang dan akak fesi pandang dia dan kita lain semacam” jelas Farah membuatkam semua orang terkejut

“Aku pun ada perasan pasal tu” jelas Izzan

“Apa yang kau perasan?” soal Ida

“Kau perasaan tak kenapa abang dan akak fesi tu tak join kita pada waktu malam? Malam semalam tu masa kita pergi mencandat sotong. Diorang tak ikut kan? Diorang cakap ada satu je bot yang boleh muatkan kita je” ungkai Izzan dengan membuatkan semua orang perasaan pasal hal tu

“Dan semalam aku minta kebenaran pun. Abang Shamil dah lain macam. Dia tak pandang pun muka kita. Ida kan?” Najah mengoncang bahu Ida

Dan Ida menggangguk

“Aku pun pelik kenapa kem ni free of charge. Zaman sekarang mana ada free” ujar aku berpaling pada Umi

Umi pula hanya menundukkan muka. Serba salah kut. Entah la. Aku tak kisah. Yang penting dia kena bertanggungjawab dalam hal ni.

“Nak buat macam mana. Dah takdir kita berada dalam situasi macam ni. Sekarang kita kena bersabar.” pujuk Naim

Aku pun tak patut tuding jari dan mencari kesalahan orang lain. I should keel calm and find Dayana

S.A.D.C.K. 2On viuen les histories. Descobreix ara