C for Chenta (Bab 1)

42 1 0
                                    

Restoran KFC. Begitu sibuk dengan pelanggan-pelanggan yang obses dek kesedapan ayamnya yang power. Seperti hari-hari biasa. " Selamat datang ke KFC. Ada apa-apa saya boleh bantu?", Ardenan menyambut baik pelanggannya. Tugas dia di KFC sebagai penjaga kaunter. Ardenan pun dah expert dah di kaunter tu. "Saya datang ni bukan nak order makanan tapi nak minta kerja", seorang perempuan yang berperwatakan lelaki sedang berdiri tegak di hadapan kaunter. Rambutnya pendek. Pakaian pun ganas macam lelaki. Dengan beg simpangnya. Tak dilupakan juga cap warna hitam yang dipakainya. Siap ada gambar katak hijau pada cap tu.  "Nak kerja? Sekejap ya", Ardenan beredar dari situ meninggalkan perempuan itu sendirian. Perempuan itu pun hanya berdiri di situ tak berganjak. Kedua biji matanya melilau tengok-tengok bahagian dapur restoran. Dia nampak beberapa orang sedang sibuk di dapur menyediakan makanan yang dipesan pelanggan. Ada juga yang sedang memasukkan ayam ke dalam fryer. Dia kemudian melihat kaunter di sebelahnya. Perempuan yang jaga kaunter tu sedang merekodkan pesanan pelanggannya ke dalam komputer. Tak lama kemudian, Ardenan keluar bersama seorang lelaki yang memakai baju belang hitam. Bajunya lain dari pekerja yang lain. Tertera atas name tag yang ada di dada kanan lelaki itu 'RADZAR'. "Awak nak minta kerja ya", tanya Encik Radzar. "Nama apa?", tanya dia lagi. "Ediriana", jawab perempuan itu dengan gaya cakapnya macam laki. "Ok, ikut saya", Encik Radzar membukakan pintu yang ditulis 'HANYA STAF SAHAJA' kepada Ediriana. Ediriana memasuki pintu itu dan menyusul di belakang Encik Radzar ke pejabatnya. Pekerja-pekerja lain yang ada di dapur memandang semacam saja pada Ediriana. Beberapa minit selepas itu, Ediriana keluar dengan pakaian lengkap seorang pekerja. "OK, listen semua. Ini Edi. Mulai hari ni dia akan kerja kat sini dan jadi part of our family", Encik Radzar perkenalkan Ediriana kepada pekerja-pekerja dapur yang lain. "Edi, you akan kerja di kitchen", Encik Radzar memberi maklum kepada Ediriana. Edi pula hanya menganggukkan sahaja kepalanya. "Liedan, you tolong bagitahu Edi skop kerja dia", Encik Radzar memberi arahan kepada pekerja senior untuk memberi tunjuk ajar kepada Ediriana. "Kalau ada apa-apa you nak tanya, tanya aje pada Liedan. Dia tahu macam mana nak uruskan", pesannya lagi.  Ediriana pun sekali lagi menganggukan kepalanya. Encik Radzar beredar dari situ. "So, Edi... Kerja kau simple aje. Kau kena goreng fries. Masukkan fries dalam fryer sebelah ayam tu. And goreng pai. Pai kau masukkan dalam fryers belakang kau tu. Jangan lupa jaga tahu. Nanti hangus pula", laju saja Liedan memberi tunjuk ajar. "OK", Ediriana menjawab ringkas dan mengangguk. Dia terus bergerak membuat kerjanya yang dia kena buat. "Hai", tegur seorang pekerja perempuan. Wajahnya manis dan kulitnya pun putih. Lebih manis lagi perempuan ni dia bertudung. "Hai", Edi membalas hai juga pada perempuan tu. "Saya Nella", perempuan tu perkenalkan diri. Nella cuba untuk mesra-mesra dengan Edi. Dia mahu berkawan memandangkan dia memang seorang yang peramah dan ada kawan yang ramai. "Nella?", Edi menyeru nama Nella. "Ya saya", Nella menyahut. "Laki yang lembut-lembut jaga kaunter kat luar tu, siapa nama dia?", Edi bertanya tentang Ardenan. "Nama dia Ardenan. Tapi dia tu bukannya betul pun. Dia tu pondan. Kadang-kadang dia dress up pun macam perempuan. Kau tak payahlah rapat-rapat sangat dengan dia", cerita Nella sambil membuat muka geli dan menggoyang-goyangkan badannya. Dia memang tak suka dan geli dengan lelaki yang macam Ardenan tu. Edi hanya mengangguk-anggukkan saja kepalanya sambil memasukkan fries dalam fryer.

Edi mengambil makanan untuk mengisi perutnya yang lapar macam setahun tak makan tu. Waktunya untuk berehat pula sekarang. Dia membawa pinggannya yang penuh dengan makanan tu ke tingkat atas restoran. Sampai saja di atas, Edi melihat Ardenan sedang makan sendirian. Oh, jadi dia pun tengah rehat juga sekarang. Edi bermonolog sendiri. Mukanya mula  mengukir senyuman tak sekata. Pelan-pelan kakinya melangkah ke meja yang Ardenan duduk. Ardenan sedang kusyhuk menikmati nasi dan ayam goreng KFC. Sedang enak-enak makan, sepiring pinggan yang ada ayam dua ketul di atasnya di letakkan di atas mejanya. Bertentang dengan tempat dia duduk. Ardenan mengangkat mukanya ingin melihat siapa di hadapannya. Ini perempuan tadi yang dekat kaunter ni. Bisik hati kecil Ardenan. "Hey, kenapa awak makan dengan saya ni?", dengan nada suara yang lembut dan ayu, Ardenan mengajukan soalan kepada perempuan itu. "Edi. Panggil aku Edi', Ediriana perkenalkan dirinya kepada Ardenan dengan cara yang paling tak formal. Ardenan ternganga tak bersuara. Makanan di dalam mulutnya habis jatuh balik dalam pinggannya. Dah kenapa perempuan ni? Pelik hati kecil Ardenan. Tanpa dipelawa untuk duduk, Ediriana dengan selambanya duduk. Itu lebih membuatkan Ardenan terperanjat. "Makanlah. Kenapa tengok aku macam tu. Taknak makan ke?", Edi menegur Ardenan yang dari tadi duduk tengok tak berkelip. Gelas air yang bersebelahan dengan pinggan Ardenan diambilnya dan dia menyedut air menggunakan straw yang ada dalam gelas tu. Ardenan nak larang tapi suaranya seolah-olah tersekat pada kerongkong dan taknak keluar. Edi meletakkan semula gelas Ardenan di tempat asalnya dengan muka yang tersenyum tenang. Ardenan hanya mengukir senyum terpaksa.                                                                                



C for ChentaWhere stories live. Discover now