C For Chenta (Bab 3)

19 1 0
                                    

Ardenan dan Edi masih dalam keadaan yang hampir-hampir bercium. Kreekkk... Kedengaran bunyi pintu diselak oleh seseorang. Anak mata Edi melirik ke arah pintu. Kakinya setapak ke belakang dan tangannya diturunkan ke sisi. Mahmud melangkah masuk ke dalam bilik loker. Dia jadi kaku sebentar melihat Edi dan Ardenan berdua-duaan. "Korang buat apa ni?", soal Mahmud macam anggota polis. Edi membetulkan kolar bajunya dan meluruskan bajunya. "Tak ada buat apa-apa", jawab Edi dengan nada dan muka yang tenang.  Macam tiada apa-apa yang berlaku.  Edi menuju ke loker tempat dia menyimpan barang-barangnya. Dia mengeluarkan kunci dari poket seluarnya dan membuka loker. Dia mengambil baju yang dipakainya semasa datang kerja pagi tadi dari loker. Dia menutup kembali pintu lokernya dan menoleh ke arah Mahmud dan Ardenan yang sedari tadi duduk memerhatikannya tanpa bersuara. Edi mengusap bang rambutnya yang jatuh tengah dahi ke tepi. Dengan muka yang tenang, dia mengangkat kaki ke tandas dan meninggalkan Mahmud dan Ardenan yang terpinga-pinga di situ. Mahmud mengalihkan pula pandangan ke arah Ardenan. Satu pandangan tajam dilemparkan. Ardenan meneguk air liurnya. Kepalanya menoleh ke kanan dan kiri. Dia pun tak tahu kenapa dia buat begitu padahal memang dah tahu tak ada orang lain dah. Ardenan mengambil baju biasanya di dalam loker dan terus menuju ke tandas dengan berlenggang-lenggok buntutnya. Mata Mahmud memerhatikan tingkah Ardenan pula kali ni. Janggalnya. 

Edi sudah siap mengganti baju. Pintu bilik loker ditariknya kuat. Dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Rehatkan badannya di atas katil empuknya. Rindu betul pada katilnya. Fikirannya sekaarang memang cuma fikirkan katilnya saja. "Eh, Edi. Kau nak balik dah?", suara Arida menerpa mengganggu memori indah Ediriana dan katil empuknya. "Ha. Aku penatlah", Edi menjawab nak taknak.  "Kau taknak join kitorang karok ke?", tegur Arida yang merupakan salah seorang cashier macam Ardenan. "Malaslah aku. Buang masa aku aje. Aku nak balik. Penat", Edi menolak kasar. Mungkin sebab dia penat atau memang sebab dia tak berapa suka nak bercakap. 

Angin malam mencucuk-cucuk kulit Edi. Dia sedang terlentang di atas katilnya. Kedua-dua tangannya diletakkan di bawah kepalanya. Kaki kirinya dibengkokkan dan kaki kanannnya diletakkan di kepala lutut kaki kirinya. Kakinya membentuk seperti angka empat yang patah kaki. Dia memandang siling biliknya yang berwarna putih tu. Hanya itu saja satu-satu tempat di biliknya yang berwarna putih. Yang lain semuanya warna hitam. Edi memang suka duduk seorang-seorang dan kurang bercakap dengan orang. Dia lebih suka memendam perasaan. Maklum sajalah, diakan seorang yang introvert. Kling! Bunyi notification phone Edi. Ada mesej baru masuk dari group whatsapp. Edi melihat notification belah atas skrin phone. Kalau mesej group ni memang dia malas nak buka sebab lebih banyak auta dari fakta. Dia hanya akan buka kalau ada benda-benda penting saja. 'PHOTO'. Tertera pada notification bar phone Edi. Edi menjadi tertanya-tanya. Gambar apa ni? Hati Edi berdetik. Jari Edi pun menjadi gatal dan menekan notification status tersebut. Dari notification itu, ia membawa Edi ke alam social media whatsapp. Buffering. Gambar sedang didownload. Tersedak Edi melihat gambar itu. Matanya pula macam nak terkeluar. Handphonenya terasa macam nak dicampak. Kalau terlepas tadi handphone ditangan, mesti dah terpelanting dah phone tu.  "Didi?", ujar Edi dalam nada tak sangka-sangka. Gambar yang dilihatnya itu, gambar budak-budak ni tengah karok dalam bilik karaoke. Ardenan pula memakai baju macam perempuan. Seksi. Dengan mini skirtnya dan singlet tali halus sehingga menampakkan kulitnya yang putih dan mulus tu. Kepalanya pula dihias dengan rambut palsu melepasi bahu panjangnya. Ediriana menekan butang home pada phonenya. Dia melihat jam di tangannya. Pukul 10.30 malam. Dia bangun berdiri dengan dua kakinya. Phone diletakkan dalam poket belakang seluar. Dengan baju yang masih belum berganti sejak balik kerja tadi, dia mencapai jaket yang digantung pada pencangkuk yang ada di pintu, cap yang ada gambar katak hijau, dan helmet. Tak dilupakan juga, beg silang kelabunya yang ada tulisan 'PUMA' besar-besar. Beg tu memang beg yang dia bawa ke mana-mana. Pintu biliknya ditarik kasar. Nampak macam dia terburu-buru nak keluar. Kakinya terhenti sebaik saja dia melepasi muka pintu biliknya. "Argh", dia merengus sebab dia baru teringat sesuatu. Dia kembali ke biliknya semula dan mengambil helmet yang lagi satu. Dah siap ambil, dia pun blah dari situ. Edi menuruni tangga selaju-lajunya. Sekali sekala dia melangkah dua tiga tangga sekaligus untuk cepat turun. "Mak Dah, Edi nak keluar", Edi memaklumkan kepada Mak Dah yang sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak esok. Mak Dah hanya memanjangkan lehernya menjenguk ke arah pintu rumah. Edi membuka pintu rumah dengan kasar dan terus menghempas sekuatnya. Orang gajinya itu hanya menggelengkan kepalanya dan menyambung mengupas bawang. 

Ardenan, Zakir dan Razmi bukan main sedap lagi berkarok. Lagu Srikandi Cinta oleh kumpulan May dimainkan. Mereka bertiga bukan main seronok menyanyikan lagu tu. "Lapan, lapan, lapan. Ni enam. Mana nombor lapan ni", Ediriana tertanya sendiri sedang mencari bilik nombor lapan. Bilik yang mana rakan-rakan tempat kerjanya berhibur. Matanya melilau cari bilik nombor lapan. Kepalanya pula dah berpusing-pusing macam gasing dah dari tadi mencari bilik nombor lapan. "Mana ni? Dari tadi tak jumpa-jumpa", Ediriana merungut sendiri. 

"Ha! Ni pun dia", akhirnya jumpa juga bilik nombor lapan. Tanpa rasa ragu-ragu, dia terus menolak pintu bilik karaoke tu. Kawan-kawannya yang lain bukan main lagi tengah seronok berhibur. Dia masuk saja bilik karaoke tu, lebih kurang enam ke tujuh orang kawan-kawan dia yang ada dalam tu semua memandang ke arahnya. "Edi! Kau pun nak join sekali ke", Razmi yang sedang memegang mikrofon menyapa Edi. Siap angkat tangan lagi pada Edi nak tunjuk mesra. Ediriana membalas dengan pandangan tajam setajam-tajamnya. Sepatah haram pun dia tak bercakap. Dia mendekati Ardenan. "Edi, kau nak nyanyi lagu apa?", soal Zakir menyangka Edi ingin join mereka. Ediriana tak berkata apa-apa walau sepatah. Dia terus mencapai pergelangan tangan Ardenan dan menarik Ardenan keluar dari situ. Pelik kawan-kawan dia yang lain. "Kenapa dengan diorang tu?", tanya Tasha yang pelik tengok kelakuan Edi macam tu. Razmi pula hanya mengangkat bahu dan menjuihkan bibirnya tanda dia pun tak tahu. 

"Hey, lepaslah!", Ardenan menarik-narik tangannya minta dilepaskan. Edi buat pekak saja. "Lepaslah! Sakitlah!", Ardenan sudah tak tahan sakit kerana Edi menggenggam kuat tangannya. Ediriana menolak pintu dari salah satu bilik karaoke yang kosong dan tak berkunci. Dengan kasarnya, dia menghayunkan tangannya yang menggenggam tangan Ardenan ke kerusi. Ardenan terhempas. Ediriana pula terus merapati badan Ardenan. Mukanya pula dirapatkan serapatnya. Kedua-dua tangannya diletakkan di sebelah muka Ardenan. Kakinya pula dikangkang luas. Lutut belah kanannya diletakkan di sebelah peha belah kanan Ardenan dan lutut belah kirinya ada di peha sebelah kiri Ardenan. Ardenan tak mampu meloloskan dirinya. Dia seperti dikunci. "Aku tak suka ada lelaki lain dekat-dekat dengan kau. Berapa kali aku nak kena cakap yang aku suka kau", dengan muka yang tak ada ekspresi, Edi meluahkan rasa cemburunya. "Kan aku cakap dah jangan suka aku? Kenapa...", belum sempat Ardenan menghabiskan ayatnya, bibir Edi singgah ke bibirnya. Bibir mereka bersentuhan. Terkejut beruk Ardenan dibuatnya. Kedua belah tangannya seperti tak larat nak diangkat dan masih kekal di bawah. Edi mula menjadi ekstrem. Kedua-dua belah tangannya yang tadi ada di sebelah wajah Ardenan, kini telah berpindah menyentuh kedua-dua wajah Ardenan. Lututnya tadi yang menongkat badannya, dijatuhkan, dia sudah pun berada di atas ribanya Ardenan. Ardenan dapat merasakan kemaluannya ditindih oleh kemaluan perempuan tomboy tu. Bibir Edi mula menjelajah segenap bibir Ardenan. Edi seolah-olah  tak mahu melepaskan penjelajahan ke atas bibir Ardenan tu. Mhmmm mmhhhmm, kedengaran Ardenan yang seperti melawan tapi tak melawan. Dengar macam dia meminta lebih lagi dan merengek pun ada. Tak tahulah yang mana satu. Ardenan benar-benar keliru dengan perasaan dia sekarang. Dia rasa suka tetapi dalam masa yang sama dia rasa benci. 

Sekarang ni, dia merasakan yang batangnya seperti perlahan-lahan berdiri. Yang peliknya, kenapa dia rasa begitu. Dia tak pernah ada nafsu pada perempuan pun. Nafsunya hanya pada lelaki. Tapi, kenapa malam ni? Bila Edi buat dia macam ni, tiba-tiba saja batangnya mahu berdiri. Adakah disebabkan perwatakan Edi yang macam lelaki? Atau sebenarnya selama ni dia cuma menafikan nafsunya pada perempuan? Hati Ardenan mula terdetik aneh.

bersambung.....

C for ChentaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora