C For Chenta (Bab 5)

18 1 0
                                    

Jarum pendek jam di dinding berada di antara angka 12 dan 1. Jarum panjang pula berada di angka 6. Menunjukkan sudah jam 12.30 tengah malam. Mata Edi masih tak dapat dilelapkan. Banyak hal yang bermain di fikirannya. Berlegar-legar tak mahu keluar. Meskipun Edi memejam rapat matanya, dia tetap tak dapat lena. Edi hanya mampu baring terlentang di atas katil empuknya. Memandang siling berwarna putih. Siling putih itu seolah-olah sebuah wayang, memainkan hal-hal yang ada di fikirannya. Anak matanya pula seperti projector yang menayangkan apa yang bermain di fikirannya pada siling biliknya. Edi menutup matanya. Rapat. Berkerut. Apa yang aku dah buat ni? Hatinya bermonolog sendiri. Hatinya menanggung rasa bersalah yang teramat sangat atas apa yang dilakukannya kepada Ardenan. Dia tahu dia tak patut mencium Ardenan macam tu. Apatah lagi, dia menggunakan paksaan untuk mencium Ardenan. Edi mengiringkan badannya ke kanan. Kakinya ditarik. Badannya direkokkan tak ubah seperti seekor udang. Air matanya mengalir laju. Teresak-esak dia menangis. Hatinya terasa sedih sangat mengenangkan perbuatan salahnya terhadap Ardenan. Edi ditemani air matanya sendiri sepanjang malam itu.

                                                                                             *****

Macam pagi-pagi biasa, pekerja-pekerja KFC tu sudah sibuk dengan pelanggan yang berbondong-bondong datang untuk membeli set sarapan sebelum mereka berangkat pergi kerja. Edi pula, macam biasalah tak bercakap. Memang dia jarang bercakap atau bersembang, tapi kali ini, diamnya lain dari hari-hari biasa. Cuma yang bezanya Ediriana hari ni dengan yang semalam, dia tak banyak termenung macam semalam. Lebih kurang tengahhari macam tu, waktu rehat Edi sudah tiba. Begitu juga waktu rehat Ardenan. Ardenan mencari-cari Edi. Habis dia tanya semua kawan-kawannya yang lain. "Tak nampak. Kau dengan Edi ada apa-apa ke?", Mahmud siap meneka lagi. Sebenarnya dia hanya mahu jadi busybody. Nak cari tahu hubungan Ediriana dan Ardenan. "You ni dah kenapa? I tanya pun tak boleh ke", marah Ardenan. Mahmud ni menyibuk aje nak cari tahu hal orang.  Ardena pergi meninggalkan Mahmud. Dia meneruskan misinya mencari Edi. Habis satu restoran Ardenan periksa, tapi jangan kata Edi, bayang Edi pun dia tak nampak. Tak tahu kenapa, hatinya terdetik untuk masuk ke bilik loker, mencari Edi di situ. Ardenan menuju ke bilik loker.

Sebaik saja pintu bilik loker di tolak, Ardenan melangkahkan kakinya menuju ke loker yang  paling belakang. Tempat tu memang terpencil sikit dibandingkan dengan loker-loker lain yang ada. Sampai saja ke loker paling belakang tu, Ardenan memanjangkan lehernya menjenguk belakang loker. "Edi?", tegur Ardenan melihatkan satu kelibat sedang duduk bercangkung belakang loker tu. Dia memang kenal sangat dengan kelibat tu. Kelibatnya sebiji macam Edi. Sebiji sebulat. Edi tidak mengeluarkan suara. Dia hanya merenung tajam ke arah Ardenan dan tidak berganjak walau sikit pun. "Awak buat apa dekat sini?", soal Ardenan setelah penat mencari Edi satu bangunan. Edi tetap tak menjawab. "Edi? Saya cari awak kat semua tempat tau", tambah Ardenan lagi. Kali ni dia merungut pula pada Edi. "Aku tak suruh kau cari aku pun", Edi menjawab. Ego.  "Kenapa dengan awak ni?", suara kepit-kepit Ardenan menyoal lagi. Kali ni dia memerlukan jawapan dari Edi sebab Edi dah makin pelik. "Kau berambus dari sini sekarang. Jangan sibuk hal aku", Ediriana menghambat Ardenan kasar. Dia membentak tak mahu Ardenan masuk campur halnya.  Ardenan pula tak bersuara. Hanya berdiam saja. Menundukkan kepala. Ardenan menyusun langkahnya beredar dari situ. Meninggalkan Edi dalam keadaan malap yang ada cahaya pun sikit-sikit saja.  Ardenan menahan air matanya dari tumpah. Hatinya terguris dengan sikap Edi. Sampai saja pada pintu, tangannya mencapai pemegang pintu. Sejenak itu juga, air matanya tumpah mengalir di pipi kirinya. Nasib baik saja dia tak buka pintu lagi. Kalau tak, habislah semua budak-budak ni tengok dia menangis. Dia tidak membiarkan air matanya begitu saja. Cepat-cepat air matanya dilap. Takut ada orang nampak pula. 

Edi dah siap-siap nak pulang. Sling bag disangkut pada bahunya.  Pintu lokernya sudah dikunci. Dia sudah bersedia. Menyusun langkah ke pintu. Pemegang pintu dicapai. Dia menarik pintu bilik loker. Terus tersentak Edi. Langkahnya terhenti di muka pintu. Ardenan ada di muka pintu. Baru saja mahu melangkah masuk. Ardenan pun terperanjat sama bila nampak Edi depan muka pintu. Edi terus beredar dari situ. Belum sempat Ardenan cakap apa-apa, Edi dah pergi dulu. Baru saja nak buka mulut, tapi tak sempat. Suaranya pula taknak keluar. Ughh! Bengang Ardenan dalam hatinya sendiri. Dia hanya menundukkan kepalanya dan melangkah masuk ke bilik loker. Edi pula baru saja melangkah keluar dari restoran.

"Assalamualaikum", Edi memberi salam. Rumahnya yang macam istana ni nampak kosong. Mana pergi Mak Dah, orang gajinya. Terpusing-pusing kepala Edi mencari kelibat Mak Dah. "Mak Dah?', tak jumpa jadi nak tak nak Edi terpaksa panggil. Panjang umur Mak Dah. Baru saja panggil, dia pun turun dari tangga. "Mak Dah buat apa kat atas?", tanya Ediriana. "Mak Dah kemas bilik kamu tadi", jawab Mak Dah. "Edi, kenapa muka pucat aje ni?", Mak Dah memang ambil berat pasal Edi memandangkan dia dah lama dengan keluarga Edi. Jadi, mereka dah macam keluarga dah. Sebab tu, bila muka Edi pucat ke merah ke atau bertukar hijau sekali pun, Mak Dah akan risau. "Tak ada apalah, Mak Dah. Sikit aje ni', Edi meredakan kerisauan Mak Dah. Mak Dah tak puas hati dengan jawapan Edi. Dia sendiri yang meletakkan tangan kanannya ke dahi Edi untuk memastikan yang Ediriana benar-benar sihat. "Panas badan kamu ni", ujar Mak Dah kerisauan. Edi pula hanya senyum-senyum saja taknak bagi Mak Dah risau. "Tak ada apalah, Mak Dah", Edi taknak bagi Mak Dah risau. Tiba-tiba dunianya seperti berputar-putar macam gasing. Pusing 360 darjah. Dan, semuanya menjadi gelap gelita. 

"Edi, Edi', suara Mak Dah memanggil-manggil Edi. Edi membuka matanya. Pelan-pelan. Menahan silau dari cahaya yang menerjah biji matanya. "Mak Dah? Saya kat mana ni?", tanya Edi lemah. Dia merasakan seolah-olah macam berada di dunia lain. "Tadi kamu pengsan. Badan kamu panas sangat. Mak Dah bawa kamu ke bilik kamu", terang Mak Dah. Pelan-pelan Edi bangun tahan pening. "Ni makan ubat ni", Mak Dah memberikan ubat demam yang dibawanya masa Edi pengsan tadi. Edi menelan ubat demam dan meneguk air masak. Seteguk saja. Baru saja Edi menelan ubat demamnya, kedengaran sayu-sayu ada orang memberi salam dari luar. Wajah mereka terus berubah. Membalas pandangan sesama sendiri. Yalah, siapa sajalah yang datang maghrib-maghrib ni. "Ha! Tu mesti papa Edi", ujar Mak Dah. Gembira saja bunyinya. Muka Edi pula terus berubah. Dari muka pelik terus air mukanya berubah menjadi tak reda. Papa? Dah kenapa papa balik? Ediriana tertanya-tanya sendiri. Kening yang dikerutnya begitu dalam sehingga membentuk seperti lurah yang sangat dalam.

bersambung...

*credit google image

C for ChentaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang