C For Chenta (Bab 7)

20 1 0
                                    

Ediriana menarik lengan Ardenan dan terus mengheretnya ke luar rumah.

EDIRIANA: Apa kau buat kat sini?

Soal Ediriana menahan rasa geram. Nadanya pula bunyi macam orang marah. Kepalanya terjenguk-jenguk ke dalam rumah melalui pintu rumah yang sedikit terbuka. Dia hanya risau kalau-kalau papanya kenal kawan-kawannya.

ARDENAN: Saya datang nak lawat awak lah.
EDIRIANA: Kau nak lawat aku buat apa?
ARDENAN: Awakkan demam

Bibir Ediriana terkunci mendengarkan kata-kata itu keluar dari mulut Ardenan. Dia memberi senyuman kucingnya.

EDIRIANA: Sayang juga kau kat aku kan?

Hati Ardenan terasa gugup apabila Ediriana melontarkan ayat sinis macam tu. Wajahnya terasa panas menahan malu.

EDIRIANA: Alang-alang kau dah sampai rumah aku ni...

Ediriana menarik kolar baju Ardenan dan merapatkan wajah Ardenan dengan wajahnya.

EDIRIANA: Apa kata kau masuk bilik aku?

Bisikan Ediriana di telinga Ardenan membuatkan telinganya bergetar. Terasa nafas Ediriana di cupingnya.

Ardenan menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak mahu masuk bilik Ediriana. Entah apa pula yang Ediriana akan lakukan padanya nanti.

EDIRIANA: Rilek lah. Akukan demam bukannya aku boleh buat apa-apa pun kat kau

Ediriana cuba memujuk Ardenan di hadapan mukanya. Kolar baju Ardenan dilepaskan.

EDIRIANA: Jom

Tangan kanan Ediriana menyambut tangan kiri Ardenan. Dia memimpin Ardenan masuk ke dalam rumah.

EDIRIANA: Mak Dah oh Mak Dah!

Mak Dah dari dapur terkocoh-kocoh lari keluar mendengarkan Ediriana memanggil.

MAK DAH: Kenapa, Edi?
EDIRIANA: Papa mana?
MAK DAH: Papa Edi dah keluar subuh-subuh tadi lagi

Mendengarkan jawapan sebegitu dari Mak Dah, roman muka Ediriana berubah. Senyuman penuh kebencian diukir.

EDIRIANA: Agak dah

Bisik Ediriana sendirian. Hanya dia saja yang boleh dengar.

EDIRIANA: Edi naik atas dulu

Ediriana meminta diri dan terus beredar. Tangan Ardenan masih dipimpinnya. Hati Mak Dah menjadi sayu melihatkan Ediriana macam tu rupa. Dia tahu, jauh di sudut hati Edi sebenarnya rindukan papa dia.

                                 *****
Kunci dipulas Ediriana. Ardenan pula duduk di birai katilnya. Terasa kekok pula berada di bilik Ediriana. Apatah lagi atas katilnya.

EDIRIANA: Kau tak tahan ke?

Ardenan terpinga-pinga ditanya begitu oleh Ediriana.

EDIRIANA: Kau dah siap duduk atas katil aku. Tak tahan sangat ke?

Mendengarkan pertanyaan macam tu keluar dari mulut Ediriana, Ardenan jatuh tergolek atas lantai dari birai katil. Ediriana tergelak melihat gelagat Ardenan.

EDIRIANA: Tunggu sini jap. Aku nak mandi.

Ediriana mencapai tualanya lalu menuju ke bilik air. Ardenan yang masih berada atas lantai hanya memerhatikan saja perbuatan Ediriana.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik air dikuak. Kelibat Ediriana dengan tuala berkemban keluar dari pintu itu.

Mata Ardenan membulat melihat keadaan Ediriana sebegitu. Tiba-tiba wajahnya terasa hangat. Liur ditelan. Nafasnya berombak. Seperti ada sesuatu di dalam dadanya. Pandangan wajahnya dialih ke sisi. Dia tak dapat menahan keadaannya yang tak tentu arah.

C for ChentaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora