C For Chenta (Bab 4)

22 1 0
                                    

Badan Ardenan dan Edi begitu rapat sekali, sehingga menyebabkan dada lembut Edi dapat dirasakan oleh badan Ardenan. Batangnya juga dapat merasakan kemaluan Edi. Rapat sekali tubuh mereka. Edi masih belum puas menjelajah segenap bibir Ardenan. Ardenan pula masih kaku begitu. Dia seperti menolak tapi dalam masa yang sama dia membalas cumbuan dari Ediriana. Batangnya yang hanya menegak kalau nampak lelaki seksi, kini mahu berdiri tegak apabila Edi buat begitu padanya. Pelik. Bukankah nafsunya hanya pada kaum jantan saja, tapi kenapa dengan Edi...... Cepat-cepat Ardenan menggagahkan mengangkat tangannya menolak tubuh Edi yang memang langsung tiada jarak dengannya. Dia menolak Edi ke atas sofa. Edi terjatuh di sebelahnya. Jelas terpampang pada wajah Edi satu perasaan terpinga-pinga. Mata Ardenan sempat menangkap muka Edi yang blurr tu. Ditenungnya. Dan terus tangannya mencapai tasnya atas sofa bilik karaoke tu. Tanpa buang masa, kaki Ardenan berlari meninggalkan tempat tu. Klak klak klak. Kasut high heels yang dipakai Ardenan menghentak. Terenjut-enjut Ardenan berlari-lari dengan high heel masih di kaki. Memang susah berlari dengan high heel, memerlukan latihan bertahun-tahun baru boleh mahir. Sekali sekala Ardenan  terpelecok juga semasa melarikan diri. Tapi, dia tak mengalah, dia tetap melarikan dirinya. Sejauh yang mungkin dari Edi. Dan, Edi pula langsung tak mengejar Ardenan. Dia terus kembali ke tempat motornya diparking dan menghidupkan enjin motor. Tanpa menunggu apa-apa, dia pun pergi dari situ. 

Sepanjang perjalanan balik tu, fikiran Edi tak henti-henti memikirkan kejadian tadi. Kenapa sajalah aku buat macam tu. Apa yang aku fikir tadi. Dari tadi Edi tak berhenti-henti memikir. Meskipun tubuhnya menghadap ke arah jalan, matanya memang tak lekang menumpu pada jalan, kedua-dua belah tangannya tak lepas dari handle motor, tapi fikiran Edi melayang dah sampai mana dah entah. Eeiikkk... Brek emergency di tekan. Nasib baik saja motor Edi dan kereta di hadapannya sempat brek. Kalau tak, tak tahulah apa jadi. Fikiran Edi benar-benar terganggu sekarang sampaikan hampir saja accident. Pemandu kereta Viva sport itu keluar dari keretanya untuk melihat keadaan. Dijenguk pada bumper dan bonet depan kereta, ok. Tak ada apa-apa masalah ataupun calar. Dialihkan pula pandangan pada Edi. Edi membuka helmetnya yang macam ikan jerung tu. "Kau dah lama hidup ke? Nak bunuh diri ke?', soal pemandu tu kasar. Dengan nada yang marah-marah. Sebenarnya dia bukan risaukan Edi pun, dia risau kalau-kalau keretanya rosak ataupun calar. Dia marahkan Edi sebab hampir membuatkan keretanya rosak. "Maaf , bang. Saya tak perasan kereta abang depan tu", Edi memohon maaf secara baik-baik kepada pemandu tu. "Tak perasan? Mata kau letak mana? Buta ke?", tengking lelaki itu sambil jari telunjuk dan hantunya mengarahkan pada kedua biji matanya. Marah benar laki ni padahal tak ada apa-apa pun jadi pada keretanya. "Maaf, bang. Salah saya", Edi masih lagi cakap baik-baik dengan lelaki tu. Pemandu tu memandang Edi dengan pandangan yang tak puas hati. Dia memang masih rasa tak puas hati lagi pada Edi. Tapi, dia tak mahu besarkan isu, dia pun masuk semula ke dalam keretanya. Orang ramai yang tadinya berkumpul melihat tragedi tu, mula beredar beransur-ansur. Tinggallah Edi seorang di situ. Edi mengusap wajahnya ke bawah. Helmet ikan jerungnya disarung ke kepala semula. Enjin motor dihidupkan kembali dan handle motor dipulas. Motornya mula bergerak meninggalkan tempat yang memberikan nasib malang kepadanya malam ni.

                                                                                         *****

Jam lapan pagi, seperti biasa Restoran KFC cawangan Bukit Berawang akan penuh dengan pelanggan. Faham sajalah pelanggan ni tak sempat nak sarapan di rumah, jadi mereka pun akan datang ke sini untuk membeli set sarapan yang berharga RM 8.80. Lebih cepat, mudah dan jimat masa. Seperti biasa juga, kalau ramai pelanggan, maka Ardenan pun menjadi sibuk mengalahkan perdana menteri. Makanan yang pelanggan pesan, lambat pula sampai. Pelanggan pun dah bising kenapa lambat sangat. "Kejap ya, saya pergi tanya kitchen", cakap Ardenan baik-baik pada pelanggannya yang dari tadi tak habis-habis membebel sebab makanan dia sampai lambat. Kawan-kawannya yang di dapur semuanya sibuk sebab tak dapat nak handle pelanggan yang ramai-ramai tu. Tetapi, lain pula ceritanya dengan Ediriana. Dari tadi duduk termenung saja kerjanya. Sekali sekala ada lah dia angkat fries dan pai yang sudah terlebih masak dari atas dapur. Selain dari tu, kerjanya hanya termenung dari tadi. "Oi!", suara jantan Ardenan  menyergah Edi yang tengah termenung panjang tu. Tersentak Edi dibuatnya. Seolah-olah dia baru saja bangun dari mimpi ngeri. "Pelanggan dan complaint makanan sampai lambat, kau pula boleh termenung kat sini?", marah Ardenan. Suaranya dikepit pula kali ni. "Sorry", ucap Edi. Itu saja yang dia mampu cakap. Hanya satu perkataan 'SORRY', itu pun tanpa sebarang perisa. Tawar saja perkataan 'SORRY' yang diucapkannya itu. "Hish kau ni", Ardenan berasa geram dengan kelakuan Edi. Tangannya mencapai sebekas french fries untuk dibawa ke kaunter. Yang lebih membuatkan Ardenan berasa pelik, Edi langsung tak pandang mukanya. Aneh sungguh. Edi bukan macam ni. 

Shif mereka yang masuk pagi sudah habis, Edi menuju ke bilik loker. Edi menjadi orang pertama yang masuk ke bilik loker. Di bilik loker, Edi membuka pintu loker yang tersimpan barang-barang peribadinya dalam tu. Baju biasanya diambil, dibawa keluar dari lokernya itu, dia menutup kembali pintu lokernya. Matanya terarah ke arah pintu bilik loker. Ardenan sedang berdiri di situ. Baru saja masuk. Matanya yang tadi memandang Ardenan, dialihkan ke arah pintu loker. Edi menuju ke tandas tanpa sikit pun melihat wajah Ardenan. Wajahnya juga, langsung tidak memberi ekspresi gembira. Masam saja dari tadi. Tergaru-garu kepala Ardenan. Pelik. Dari pagi tadi lagi Edi memang berkelakuan pelik. Tak macam biasa. Tak macam Edi. Kalau sebelum-sebelum ni, pasti Edi akan mengusik dirinya, tapi hari ni, jangan katakan mengusik, pandang pun tak. Dan, lebih pelik lagi Edi duduk termenung saja hari ni. Betul-betul pelik. Hati Ardenan berdetik sendiri.

bersambung....

*credit: Google Image



C for ChentaWhere stories live. Discover now