Perjumpaan

342 8 5
                                    

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu Nina sudah pun tiba. Perasaannya yang begitu teruja membuak-buak. Dia sudah bersiap sedia untuk berjumpa dengan rakan lamanya. Dia masih ingat dengan kerenah rakan-rakannya itu. Ada yang cerewet, ada yang degil dan ada juga yang suka mengenakan gurauan terhadapnya.

"Mana kunci kereta ni? "soal Nina. Dia mencari di sekitar rumahnya.
"Haa, ni pon kunci kereta" katanya selepas membelek majalah kegemarannya yang bersepah itu. Maklumlah, dia masih belum berpunya. Jadi, barang di rumahnya jarang dikemas ibarat tokang pecah.

Nina menghidupkan kereta yang baru sahaja dibelinya sebulan yang lepas. Dia memulakan perjalanan dengan membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu, dia menuju ke sebuah destinasi yang menjadi kerinduannya.
"Sekolah cantik lagi tak macam dulu?.Ada lagi tak cikgu yang aku rindu dekat situ?" soalnya.

Selepas ½ jam perjalanan, akhirnya dia telah tiba ke bekas sekolahnya itu.
"Cik, tunggu dulu.Cik nak ke mana ni?" soal pengawal yang berada di pondok pengawal itu.
"Ooh. Saya ada reunion kat sini."dibalasnya ringkas.

Selepas mendapat kebenaran daripada pengawal tersebut, dia menuju ke dewan sekolah yang terletak bersebelahan dengan kantin.
"Cantik lagi sekolah ni, sama macam dulu" kata dirinya. Dia memasuki dewan tersebut dan terlihat meja makan yang agak panjang . Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Alangkah terkejut dia kerana dia terlanggar guru kesayangan itu, iaitu Puan Wati.

Nina :"Eh, cikgu rupanya. Rindu cikgu sangat sangat."
Pn Wati :"Eh, bukankah kamu Nurnina Binti Mohd Salam?"
Nina :"Ya, saya. Tak sangka cikgu ingat nama penuh saya. Terharu saya."
Pn Wati :"Eh, tak payahlah kamu nk berdrama sangat. Mentang-mentanglah kamu dulu digelar Junior Drama Queen."
Nina :"Hehehe. Saya gurau je cikgu"
Perbualan cikgu dengan anak murid ditangguhkan kerana cikgunya perlu menolong cikgu-cikgu yang lain menyiapkan pentas.

Dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar sekolah. Semasa bersiar-siar dia terlihat susuk tubuh yang pernah dikenalinya.
Nina :"Hani? "
Hani :"Nina? "
Nina :"Dah lama tak jumpa. Kau tinggal kat mana sekarang? "
Hani :"Dekat Johor Bharu"
Nina :"Ooh. Eh,Hani..."
Hani :"Ya. Saya mendengar "
Nina :"Jom kita pergi dewan."
Hani :"Ishhh, kau ni, suka buat suspen. Ya, aku pon nak pegi dewan. Sebelum tu, kau dah jumpa ke dengan Izzat, Fahmi dan Elly?"
Nina :"Belum lagi. Mana diorang"
Hani :"Sabarlah. Diorang dekat kantin.
Nina :"Jom pegi kantin! "
Hani :"Eh, tadi beria-ia nak pegi dewan."
Nina :"Tak jadilah. Aku nak jumpa diorang. "
Hani :"Ok."

Selepas itu, mereka berdua pergi ke kantin untuk berjumpa dengan Izzat, Fahmi dan Elly.
"Hai korang"
"Hai Nina dan Hani"
Mereka berlima pun menceritakan tentang kisah hidup mereka bagi menunggu majlis reunion berlangsung.

Waris Where stories live. Discover now