Persiapan

123 3 0
                                    

Tinggal lagi sehari sahaja sebelum mereka berlima memulakan perjalanan ke Fraser Mountain.

"Ape lagi nak bawa eh? Kot baju, ade. Ubat-ubatan, ade. Baju nak ke sana, ade. Tu jelah kot ." kata Hani yang sedang bersiap sedia untuk ke tempat yang mewah itu.

"Semua dah ade ni." kata Elly yang malas nak melayan pasal pakaiannya.

********************

Keesokannya,

"Terima kasih, lain kali sewalah van kat kedai kitorang ye."kata penyewa van.

"Sama-sama, Insya-Allah lain kali saya sewa. Nah, ni duit sewanya." kata Nina sambil memberi duit untuk van sewaannya.

Nina memandu dari kedai sewa ke rumahnya dengan segera. Dia memandu dengan laju kerana dia  sudah lambat untuk bertolak menuju ke Fraser Mountain.

***************

Di hadapan rumah Nina pula,

"Manalah Nina ni, aku ni dah lama tunggu, tak sampai sampai." kata Elly yang melepaskan amarahnya.

"Haishh, kau ni, kau cuma nak marahkan Nina je. Lagi 2 orang jantan tu pon belum sampai lagi." tegur Hani.

"Ye tak ye jugak, kan. Aku baru ingat yang diorang dua tu pon join dengan kita. " kata Elly yang teringat akan 2 orang kawan lelakinya itu.

"Pon, pon"

"Haa, tu Nina dah sampai!" kata Hani yang terkejut dengan bunyi hon yang dibunyikan oleh Nina.

Dalam masa yang sama, Izzat dan Fahmi pun tiba ke rumah Nina.

"Sorry, kitorang dua lambat. Tadi aku pegi rumah Izzat, dia tertido and then aku kejutlah.Terjerit-jerit aku kat luar sampai nak keluar anak tekak. " kata Fahmi memberitahu hal sebenar.

"Takpelah, a...ku pon lam...bat am....bik van ni ...tadi. " kata Nina yang termengah-mengah kerana telah memandu terlalu laju.

"Dah,dah lah tu. So, sape nak van ni nanti? " kata Elly berharap agar kawan lelakinya yang akan membawa van sewa itu.

"Biar aku bawak van ni." kata Fahmi, rela hati.

"Ok, bab bawak van dah settle. So, lekaslah letak barang-barang korang kat bonet belakang van ni! Kita dah lambat senanye. " ujar Nina dengan nada sedikit meninggi.

"Ye, ye. Jomlah korang, aku tak sabar ni. " kata Hani, teruja. Semasa Fahmi hendak memulas enjin van sewa itu, tiba-tiba sahaja enjin tersebut mati. Dipulas-pulasnya berkali-kali, tetapi tetap mati.

"Van, van. Time nilah kau nak buat halkan. " kata Fahmi seperti hendak saja disepaknya van sewa itu walaupun untuk melakukan perkara tersebut adalah memakan diri sendiri.Nnti tak pasal pasal dia kene bayar ganti rugi van sewa tersebut.

"Biar aku cuba, try, test, tengok. Van ni baru kot, takkan tak boleh start. " kata Nina seakan-akan tidak percaya.Sekali sahaja pulasan, terus sahaja enjin kereta itu hidup.

"Haa, tu hidup je. Kau lembik sangat pulas." perli Nina. Fahmi hairan, macam mana seorang lelaki tidak dapat menghidupkan enjin van manakala seorang wanita pula boleh melakukannya. Hairan, hairan.

"Jap, jap aku nak agihkan duit korang ke sana. Sorang dpt 200 ringgit. " kata Nina yang hampir terlupa memberikan duit poket untuk rakan-rakannya ke sana.
Kalau terlupa terus , nanti dia pula yang borong sakan seorang diri dekat sana.

"Sebelum kite bertolak, mari kita baca surah Al-Fatihah dan doa naik kenderaan. " pesan Fahmi, memberi peringatan.

"Okey, jom kite bertolak. " kata Elly dengan bersemangat.

"Jap, jap. Korang tengok dulu seatbelt tu. Ingat kata-kata orang puteh, safety first. " kata Fahmi.

"Ha, ha, ha." gelak mereka berempat sepuas-puasnya.

"Ye. Taulah kau dulu SPM English A-" kata Izzat, perli.

"Dah check semuakan. Jadi, jom kite gerak. "kata Fahmi, bersemangat.

Mereka berlima pun memulakan perjalanan ke Fraser Mountain.

Waris Where stories live. Discover now