Majlis

195 4 0
                                    

Semasa mereka sedang rancak bersembang, mereka terdengar pengumuman daripada pengacara majlis.

"Diminta semua bekas pelajar SMK Lubuk Padi untuk berkumpul di dewan bagi memulakan majlis reunion "

"Jom, ada cikgu dah panggil kita tu"kata Elly dengan tergesa-gesa.

Mereka berlima menuju ke dalam dewan yang penuh dengan guru-guru dan bekas-bekas pelajar yang lain.

"Sebelum kita memulakan majlis ini, mari kita menadah tangan dan membaca surah Al Fatihah. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, sila bertafakur atau berdoa dengan cara masing-masing". Dengan serta merta, keadaan menjadi senyap buat seketika.

"Kini, saya ingin menjemput yang berhormat, pengetua SMK Lubuk Padi".

Semasa guru tersebut sedang berucap, Nina yg duduk disebelah Fahmi terdengar keluhannya.
   "Adoiii, lamalah pengetua berucap. Aku dah lah lapar." keluh Fahmi

"Oii, Fahmi. Bukan lama pon pengetua nak berucap.Tahanlah. Kau ni same macam perangai lama kau tu. Merungut macam mak nenek padahal sebab lama je. "sindir Nina .

Selepas beberapa minit,pengetua
SMK Lubuk Padi merasmikan majlis reunion buat kali pertama.
  
"Dengan ini, Saya ingin melancarkan majlis reunion buat julung kalinya. "
   Bunyi tepukan mengisi seluruh dewan.
   Selepas perasmian, mereka berlima beredar daripada kerusi ke meja makan yang sebesar persis meja istana.
   Selepas makan, telah berlaku pengumuman.
  
" Assalamualaikum dan selamat tengah hari.Sesiapa yang ingin mengambil bahagian di dalam permainan, berikan nama kepada saya yang berada di hadapan dewan. "
    Hani dan Nina amat teruja mendengar kata-kata pengacara majlis.
  
"Jom korang kite ambik bahagian dalam game tu. " Kata Hani dengan bersemangat.
   
"Malaslah, aku tak de mood nak main. Aku ni malas bersukan walaupun aku ni atlet." ujar Izzat yang lebih rela bermain telefon pintarnya. Mereka berlima terlibat kecuali Izzat .
  
  
"Kau tau tak kebaikan yang dapat kita dapat jika kita main game ni? " tanya Elly.
   
"Tau." jawab mereka bertiga serentak
"Dapat menyihatkan badan." ujar Nina.
"Dapat mengeratkan hubungan sesama rakan dan guru ." tambah Hani.
" Dapat hadiah kalau menang." kata Fahmi pula.
Kata-kata Fahmi buat mereka buat mereka bertiga ketawa kecil.

Selepas beberapa jam, permainan yang disediakan telah pun berakhir.Mereka berempat memasuki dewan bagi merehatkan badan.
  
"Penat bhai. Mcm separuh mati main game tadi." keluh Fahmi yang masih lagi tercungap-cungap.
   
"Tapi, kita semua seronok ambik bahagian, bukan macam yang sorang tu." perli Elly terhadap Izzat.
   
"Amboi, amboi. Sedap perli nampak." kata Izzat yang terdengar kata-kata Elly.
    
"Eh, kamu berlima, marilah ke depan. Dah nak start penyampaian hadiah tu. " kata Pn Wati.

"Tahniah kepada semua yang mengambil, kini, tiba masanya untuk acara penyampaian hadiah." kata-kata pengacara majlis membuatkan semua di situ memandang ke arahnya.
   
"Permainan 2, iaitu lilit tisu tandas, tempat kedua telah dimenangi oleh Hani dan Elly."kata-kata pengacara majlis telah menyebabkan Hani dan Elly terjerit kecil sebagai tanda kegembiraan.
   
"Permainan terakhir, mencari harta karun telah dimenangi oleh Fahmi dan Nina. "kata pengacara majlis
    
"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis reunion secara langsung atau tidak langsung.Sekian sahaja dari saya, pengacara majlis."kata-kata pengacara majlis menandakan bahawa tamatlah sudah majlis reunion itu.

************************

"Ring, ring"
    Tiba-tiba telefon Hani berbunyi. Tertera nama Nina diatasnya. Dengan segera dia menjawab panggilan rakannya itu.

"Kenapa call aku ni?"kata Hani yang hampir melelapkan matanya di atas katil.

"Hani, boleh tolong aku tak? Malam ni boleh tak kau call Elly, Fahmi ngan Izzat?Cakap kat diorang esok kumpul dekat gerai depan sekolah lama kita tu pukul 8 pagi. Kau sekali. Esok baru aku bagitau. Bab duit biar aku settlekan. "kata Nina panjang

Belum sempat Hani nak menanyakan soalan, Nina telah menamatkan panggilannya.
"Apalah yang dia nak buat tu"soal Hani yang masih terpinga-pinga.

Waris Where stories live. Discover now