Bunyi

121 3 5
                                    

Krak.
Hani menguak pintu bilik hotel.

"Cantiknya, macam dekat istana pulak. " kata Elly. Dia terus berbaring di atas katil yang boleh memuatkan mereka bertiga.

"Sejuklah. Kat sini semua ade. Air cond ada, bath tub ada. Ishh, seronoknya!" kata Hani sambil menjerit kegembiraan.

"Huahhh, aku ngantoklah. Kalau nak tengok bagai, esok-esok jelah. " kata Nina sambil menutup mulutnya yang menguap luas.

Mereka berdua menggangguk tanda faham. Mereka perlu tidur supaya mereka dapat rehat yang cukup. Mana tidaknya, perjalanan mereka ke sini mengambil masa hampir satu hari hanya untuk sampai di Fraser Mountain.

"Woi Hani.. Jom selfie.. Biar Nina tu terbongkang tido" ajak Elly. Hani menggangguk tanda setuju.

"Kcak, kcik, kcuk"

"Dah stop lah kita selfie, kang nnti Nina marah sebab kita buat bising."kata Hani. Selepas itu, mereka membelek-belek gambar yang mereka selfie. Sedang Hani membelek-belek gambar, dia tersedar bahawa ada satu gambar mereka berdua bersama Nina, tetapi gambar Nina seakan-akan kabur.

"Aik, bila dia selfie ngan kita, kata nak tido bagai nak rak."
"Dia sesaje kot nak gurau."kata Elly

Tetapi, memang betul Nina tidur di atas katil king itu. Mereka kehairanan. Tidak mungkin Nina boleh bangun daripada tidurnya. Mereka meneliti kembali gambar tersebut. Sebaik sahaja mereka meneliti gambar tersebut, gambar Nina yang kabur tidak kelihatan. Meremang terus badan mereka berdua.

"Babe, jom tido, aku tak sedap hatilah."kata Hani sambil menutup lampu kalimantan yang menyinari bilik mereka. Mereka berdua tidur berpelukan sambil menyelimuti badan mereka bersama dengan Nina.

Di bilik lelaki pula, keadaan bilik mereka ibarat langit dan bumi. Bilik mereka amatlah usang. Hanya terdapat katil dan almari yang lama bercorak flora beserta cermin yang berdebu di sebelah tandas.

"Ape kes dapat bilik cemni. Luar je lawa, tapi dalam... Hmm, hampeh!" Kata Fahmi sambil mencampak beg galasnya ke atas katil.

"Woi, alihkan beg kau tu. Aku nak tido lah. Penat kot drive tadi." kata Izzat sambil mencampak beg kawannya ke atas lantai.

"Beg mahal aku kot.Lagi satu, kau ingat kau je drive, aku pon drive jugak tadi." keluh Fahmi sambil menepuk-nepuk beg Quechanya yang mahal itu. Selepas beberapa minit bertengkar, mereka pun membuat keputusan untuk tidur. Tetapi, Fahmi tidak boleh melelapkan matanya walaupun untuk seketika. Dia berasa kawasan di dalam biliknya agak panas walaupun dia telah memasang kipas hingga ke tahap maksimum.

"Boss, kau dah tido ke belom?" tanya Fahmi mengharapkan rakannya itu belum tidur.

"Krooh, krooh, krooh.... "

"Tido mati dah dia ni."keluh Fahmi. Dia terpaksa melelapkan matanya. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, dia terdengar cakaran di tingkat atasnya. Hairannya, tingkat yang tertinggi di hotel itu adalah tingkat 11 dan tingkat ke-12 ialah bekas takungan air untuk kegunaan seluruh hotel. Tetapi, tingkat itu dikunci dan kuncinya dipegang oleh pemilik hotel serta orang di kaunter.

"Sape pulak yang nak pegi dekat atas?" kata di dalam hatinya. Tidak logik pula pembaiki yang pergi ke tingkat ke-12 itu kerana sekarang waktu malam dan tiada apa-apa yang rosak. Air singki di biliknya elok-elok sahaja. Dia berasa gementar. Mahu atau tidak mahu, dia terpaksa mengabaikan bunyi cakaran itu dan tidur.

Keesokan paginya,

"Wei Izzat, dengar pape tak semalam? Bunyi ape-ape jelah. Ade tak? Sebab kau tido mati semalam. Takot-takot lah kalau kau terdengar ke? Ade tak?" katanya panjang lebar.

"Sebenarnya,....."

****************************

"Fahmi kene tipu. "kata Izzat sambil berdekah-dekah di dalam hatinya. Sebenarnya, Izzat tidak tidur. Dia saja membuat bunyi berdengkur. Ianya sekadar gurauan. Maklumlah, Fahmi seorang penakut jikalau dia berseorangan. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi cakaran. Dirinya sendiri juga penakut. Tanpa berlengah, dia terus tidur.

****************************

"Tapi,... " Izzat menyambung cerita.

"Aku tak jadi tidur sangatlah. Sebab tu ade eyebag sikit pagi ni. Aku tak tido semalam." kata Izzat

"Siyeslah, kau tak melawak kan. Aku sempat je tido dalam tiga jam." ujar Fahmi.

"Serius. And, aku dengar bunyi tapak kaki mendekati bilik kita. Lepastu dia masuk dalam. Aku pon pelik sejak bila kita tak kunci bilik sedangkan kalau orang hantar makanan pon dia akan hantar depan. Aku pon ape lagi berselimut lah aku satu badan. "kata Izzat.

"Hmm. Pelik, pelik." ujar Fahmi sambil tercengang mendengar cerita Izzat yang panjang lebar.

"Tak habis lago cite ni. Lepastu..."
Belum sempat Izzat menghabiskan cerita, dia terdengar ketukan di pintu bilik hotel mereka.

"Guys, we girls dah nak makan. Jomlah. " kata Elly.

"Haa tu diorang dah ajak makan. Nanti aku sambung cite time makan." kata Izzat. Fahmi mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Izzat.

Waris Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang