Aneh

117 3 1
                                    

".......Macam tulah ceritanye. Tapi aku hairan, takkanlah tu suara  makcik cleaner kot? Lagipon aku ngan makcik cleaner je ade dalam tandas." kata Elly menceritakan perkara sebenar.

"Aku tekalah, tu suara makcik cleaner tu. " teka Nina seperti berjenaka dengan Elly.

"Ishhh, kau ni, saja nak sakat aku kan? Terpulang pada korang nak caye ke tak. " kata Elly yang mahu sahaja ditamparnya pipi Nina itu.

"Ye, aku percaya. Takyahlah pikir sangat pasal hal tu. Sekarang aku nak kau relax dulu. Chill dulu." kata Nina sambil memujuk kawannya itu. Selepas mendengar nasihat Nina, Elly pun mengambil keputusan untuk tidur sebentar.

***********************

Setengah jam kemudian,

"Aaah!!" terjerit Fahmi yang masih memandu. Semua orang yang tidur sebentar tadi bingkas bangun apabila terdengar jeritan tersebut.

"Kenapa kau menjerit tadi, Fahmi?" tanya Elly yang masih separa sedar.

"Ta...di, a...de mak... cik tua la...lu." kata Fahmi yang masih trauma dengan kejadian tadi.

"Terketar-ketar tangan kau bawak van. Tukarlah. Biar aku yang bawak van ni pulak. " kata Izzat yang kesian melihat kawannya itu masih trauma.
Fahmi memberhentikan kenderaan. Mereka berdua keluar menukar kedudukan. Izzat pula yang akan memandu van tersebut. Untuk seketika, Izzat melihat keluar kawasan. Lengang tanpa sebarang kenderaan. Mereka sahaja yang ada di situ.

"Fahmi, memang takde kenderaan lalu ke?" tanya Izzat yang sedikit kehairanan. Fahmi sekadar mengangguk tanda ya.
Selepas seketika, Fahmi menceritakan perkara yang berlaku pada dirinya sebentar tadi.

"Camni, tadi aku nampak perempuan tua dalam lingkungan 60-an, pakai baju warna hijau muda. " kata Fahmi dengan nada mendatar. Elly terkedu. Kejadian yang terjadi pada Fahmi tadi sama seperti yang terjadi pada dirinya. Meremang bulu roma dia dibuatnya.

"Sebenarnya, perempuan tua yang lalu tadi tu sama macam perempuan yang aku jumpa kat dalam tandas. " Tiba-tiba, Elly bersuara.

"Kau jangan main-main, Elly. Seriau aku dibuatnya nanti." kata Hani yang seakan-akan tidak percaya.

"Serius, itulah yang aku nampak kat dalam tandas tadi! " kata Elly sedikit meninggi. Semua di dalam van terkedu. Terkejut mereka semua selepas mendengar cerita Elly tadi.

"Kau tak rasa ke ade something ikut kita. Maksud aku, han... " belum sempat Nina menghabiskan kata-katanya, Elly menekup mulut kawannya itu.

"Jangan sebut perkataan tu. Nanti dia ikut,sape susah. Kita jugak yang susah. Kata Elly, memberi amaran keras.

"Nampaknya, dia dah jumpa aku. Bermulalah, serangan dia... " kata Nina di dalam hati. Dia tidak terkejut langsung dengan kejadian tersebut kerana dia tahu apa yang sedang berlaku kepada rakan-rakannya.

"Tak payahlah fikir sangat pasal hal tu. Nanti kita semua sudah nak tido. " kata Nina.

********************

Tengah malam semasa perjalanan,

"Akhirnya, dah sampai di hotel yang kita menginap." kata Izzat sambil menunjukkan hotel tersebut. Hotel itu tampak meriah kerana hotel tersebut masih diterangi cahaya lampu.

"Jomlah turun. Lagi cepat kita turun, lagi cepat kita dapat rehat." kata Izzat sambil mematikan enjin van.

"Ambik beg korang." kata Fahmi sambil menurunkan bagasi rakan-rakannya.

"Kau ni macan askar. Sabarlah sikit. " kata Elly yang masih mamai.

Kret, kret, kret.

"Bunyi ape tu? " kata Hani.

"Oii. Tu bunyi tayar beg akulah. Aku lupa nak letak gris. Jangan cakap yang tu bunyi benda lain pulak. " kata Fahmi sambil menarik bagasinya. Setibanya di situ, mereka mendaftar nama untuk memasuki hotel. Mereka diberi pamplet tentang keterangan hotel tersebut. Sedang mereka khusyuk membaca pamplet, tiba-tiba,....

"Lah, blackout pulak. Tak pernah pulak jadi camni. " kata penjaga kaunter. Dia menelefon electrician bagi melihat pendawaian elektrik.

"Puan-puan dengan tuan-tuan boleh duduk sebentar di sana sementara menunggu electrician sampai. " kata penjaga kaunter sambil menunjukkan meja yang berada di sebelah air pancut.

"Hairan aku, dia cakap tak pernah jadi. Time kita datanglah nak jadi camni. " kata Izzat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mungkin pendawaian dia dah lamalah tu. " kata Elly dengan nada mendatar.

******************

Suku jam kemudian,

"Alhamdulillah, ade pon balik letrik. " kata Fahmi sambil menarik nafas lega.

"Dah jom masuk bilik. Tadi aku pegang kunci. Jadi ni bilik korang bertiga. Bilik kitorang dekat tingkat paling atas, 11-4. Bilik korang pulak dekat 9-2 Kalau nak ajak makan ketuk tau. " kata Izzat sambil menyerahkan kunci kepada Elly. Angguk Elly tanda faham. Akhirnya, mereka berlima masuk ke dalam bilik masing-masing.

Waris Where stories live. Discover now