Chapter 33: Dua hati

4.7K 49 1
                                    

Malam terakhir latihan, model – model semua keletihan menjalani latihan yang sangat demanding dari Adam dan Carrie. Kayla akui yang Adam memang seorang yang serious bila melibatkan latihan catwalk itu. Dia akan menjerkah pada sesiapa yang tidak bersungguh – sungguh. Selepas malam pertama latihan tersebut, seorang lagi kawan Adam mengikuti latihan mereka. Dia lebih fokus kepada merakam dan mengambil video para model. Mizi juga terlibat dalam industri fesyen, sebagai photographer. Bagi Kayla Mizi seorang yang pemalu dan tidak bercakap banyak, bila Kayla bertanya sesuatu dia akan menjawab sepatah dan tersenyum. Kayla langsung tidak pernah melihat hasil gambar Mizi itu. Sehinggalah pada malam latihan terakhir tersebut.

"Okey semua, we are done for today, make sure you come on Friday for final fitting, okay" kata Carrie

"Okay..." kata semua...

"Jangan balik dulu ye. Mizi nak tunjuk review video you guys before and after" kata Carrie lagi. Semua termasuk Kayla mula duduk di depan screen. Mizi pula memasang video semua model berjalan. Kayla memang terkejut semua model memang ada perubahan cara berjalan catwalk mereka. Kayla juga perasan ada perubahan pada cara perjalanannya. Bila hampir tamat video tersebut, tiba – tiba ia bertukar kepada rentak lagu:

Happy Birthday to you... Happy Birthday to you...

Happy Birthday to Kayla... Happy Birthday to you...

Kayla begitu terkejut apabila mendengar nyanyian mereka. Semasa nyanyian itu berlangsung Adam datang membawa cake beserta lilin. Kayla begitu terharu kerana dia tidak pernah meraikan hari lahirnya selepas ibunya meninggal dunia. Kalau ada pun, Kayla meraikan dengan Amelia, Nek Mariam dan Edry secara kecilan. Mizi tersenyum apabila melihat Kayla begitu gembira.

"Kayla... Wish sebelum tiup lilin" kata Adam. Kayla memejamkan matanya dan dia meniup lilin tersebut. Semua disitu menepuk tangan ada yang datang dan mencium pipi Kayla. Mizi mengeluarkan makanan yang disembunyikan sebelum latihan bermula. Semua perancangan itu, memang tidak deketahui oleh Kayla. Mereka semua meraikan birthday Kayla. Selepas selesai menjamu selera, mereka semua minta Kayla memberi ucapan.

"Terima kasih semua, I do really appreciate all of your efforts. I pun tak tahu macam mana you all tahu birthday I. You all tontong duit just for this... I really appreciate it... I do with all my heart... Thank you guys" Kayla berasa sebak dan matanya bergenang kerana dia tidak pernah disambut seperti itu. Selepas beberapa ketika.

"Oit cepat clearkan semua... nanti pakcik PB datang mau kita kena saman..." kata Carrie.

"Haah semua kemas... Birthday girl aku hantar balik" kata Adam. Kayla tidak bersetuju dengan kata Adam dan terus tolong mengemas. Sikap Kayla yang ringan tulang memang antara penyebab orang menyenanginya. Semasa Kayla mengemas berhampiran dengan Mizi.

"Happy Birthday, Kayla" kata Mizi dan memberi satu sampul bersaiz A3.

"Terima Kasih, Mizi" balas Kayla dan senyuman Kayla membuatkan Mizi terkedu.

Selepas mengemas semua Adam mengajak Kayla untuk pulang. Kereta dipandu secara perlahan ke kolej penginapan Kayla. Sepanjang perjalanan itu.

"Terima kasih, Adam" kata Kayla sambil melihat Adam tersenyum.

"Just for you, dear... bukan selalu you celebrate birthday right" balas Adam

"Macam mana you tahu birthday I... and macam mana you plan?" tanya Kayla lagi, Adam tersenyum lagi

"Birthday you... Kan I fasilitator so I boleh tengok database waktu pendaftaran... macam mana I plan tak boleh bagi tahu... the secrets are part of the fun" jawab Adam sambil mencubit lembut pipi Kayla. Kereta yang dipandu Adam berhenti didepan café.

"Adam terima kasih sekali lagi" kata Kayla.

"Kayla sebelum you pergi... I ada hadiah untuk you" kata Adam sambil menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Kayla.

"Apa ni Adam... Terima kasih... ni yang buat I terharu ni" balas Kayla. Adam begitu teruja.

"Bukalah Kayla" pinta Adam. Kayla membuka bungkusan kotak tersebut dan membuka kotak tersebut.

"Oh my god Adam... mesti mahal ni" kata Kayla melihat dalam kotak tersebut sebuah rantai emas pink yang mempunyai nama Kayla sebagai pendantnya. Kayla tanpa sedar dia terus mencium pipi Adam. Adam begitu teruja mendapat ciuman Kayla.

"Cepat I pakaikan untuk you." Adam mengambil rantai itu. Kayla memusingkan badanya dan mengalihkan rambutnya yang panjang mendedahkan leher Kayla yang jinjang. Edry mula memakaikan rantai itu dileher Kayla. Tiba – tiba satu ciuman singgah ke leher jinjang Kayla. Kayla tahu yang Edry menciumnya dileher. Nasib baik perbuatan mereka tidak diperhatikan kerana kereta Adam itu ditinted gelap.

"Terima kasih Adam... I'll go first..." Kayla tersenyum. Dalam perjalanannya ke bilik Kayla, hati Kayla mula berbunga. Sudah lama dia tidak merasai perasaan ini, hampir setahun lebih perasaan ini tidak dirasainya. Kayla tersenyum sendirian. Apabila dia memasuki rumah kolej. Bilik itu gelap dia membuka lampu.

"Happy Birthday Kayla!!!! Jerit rakan serumahnya. Hana dan Syaza juga berada disitu. Kayla mendapat sambutan birthday keduanya. Selepas selesai meraikan Kayla masuk kebiliknya diikuti Hana dan Syaza.

"Thanks Hana... Syaza" kata Kayla kepada dua orang kawannya itu.

"Huish dapat hadiah tu... Siapa bagi?" tanya Syaza. Kayla tersenyum.

"Rantai ni daripada Adam" jawab Kayla sambil memegang rantai yang dipakainya itu. Kayla tersenyum.

"Aku dah cakap... Abang Adam suka dekat kau" kata Hana. Syaza melihat sampul yang diletakkan disebelah Kayla.

"Ni siapa bagi pulak? Buka la kami nak tengok juga apa hadiahnya" tanya Syaza sambil menunjukkan pada sampul.

"Yang ni Abang Mizi bagi. Photographer yang selalu ada time training aku tu" jelas Kayla sambil mula membuka sampul itu, didalam sampul itu terdapat gambar potret mosaic Kayla, potret mosaic tersebut terhasil daripada gambar potret kecil Kayla sehingga membentuk potret Kayla bersaiz A3. Kayla melihat hasil potret mosaic itu terdetik dihatinya bertanya. "Abang Mizi pun suka aku ke???". 

KaylaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora