Chapter 67: Perjanjian

5.1K 56 7
                                    

Kayla memang tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Danny lagi sekali. Orang kedua yang mampu membuatkan dia rasa tenang dan selamat selepas arwah Mizi. Kali pertama selepas hampir dua tahun dia tidak berjumpa dengan Danny membuatkan dia rasa kekok. Perkara yang paling membingungkan Kayla. Danny adalah insan yang tidak dapat dilupakannya. Kayla duduk termenung di meja pejabatnya. Hari pertama Danny memulakan tugas dia langsung tidak dapat berbual dengan Danny.

"Apasal aku rasa macam ni... Dia boss aku.. Fokus Kayla... Fokus" kata Kayla pada dirinya sendiri. Intercom berbunyi.

"Kayla can you please come in" pinta Danny. Kayla terus masuk kedalam pejabat pengarah.

"Boleh tolong minta semua department dan Business unit hantar report project terkini dan report kewangan ye sebelum pukul 11am." Minta Adam.

"Baik En Danny" kata Kayla, dia mula bergerak.

"Nanti bila diorang hantar semua report awak masuk sekali ye. Kita buat analisis sekali. Ayah saya kata awak ada pengalaman" kata Danny. Kayla mengangguk. Setelah semua report dikumpulkan. Mereka bersama mula membaca semua report untuk mencari perkara ganjil yang terdapat dalam semua business dan juga operasi syarikat. Sehari dia bersama dengan Danny, baru dia faham kenapa Tan Sri mahukan Danny mewarisi syarikat ayahnya itu. Etika kerja yang sangat professional, sama seperti dia ingat semasa Kayla dan Danny di Langkawi. Mereka bekerja sehingga hampir pukul 7 tanpa berhenti.

"Kayla... Cukuplah untuk hari ni... Jom kita pergi makan dulu sebelum balik" ajak Danny. Kayla mengangguk.

"Just use my car. You don't need to drive. Esok I ambil you" kata Danny. Kayla langsung tidak menyangka ajakan kedua Danny itu. Mereka menuju kearah parking lot khas untuk Pengarah.

"Kereta baru?" tanya Kayla yang melihat sebuah BMW 3 Series berada disitu.

"Ayah I bagi untuk mudahkan travel for projects nanti" kata Danny.

"You pilih ke?" tanya Kayla. Danny mengangguk.

"Your taste is difference between you and your brother" kata Kayla. Berbeza dengan Danny, Haider lebih suka memandu kereta sports manakala Danny lebih practical pilihan keretanya. Mereka tiba di sebuah restaurant.

"Never thought that I would be seeing you again" kata Danny.

"What a small world" balas Kayla. Tiba – tiba suasana menjadi sunyi. Danny seperti memikirkan sesuatu.

"Why do you leave me like that? Hanya tinggalkan nota begitu saja?" tanya Danny.

"Malam tu... That was a mistakes Danny..." jawab Kayla.

"Betul ke satu kesilapan? Or you hanya gunakan I sebagai excuse untuk you putus dengan Adam" tanya Danny.

"How do you know I putus dengan Adam" tanya Kayla. Danny menunjukkan jari manis Kayla yang kosong..

"Kalau I cakap yang I suka you. Apa pandangan you?" tanya Danny. Kayla terkejut mendengar soalan Danny.

"Now you are my boss, don't you think that kita kena jadi professional" jawab Kayla.

"You and your professionalism" balas Danny. Kayla tahu itu kata – kata yang dia selalu ulang pada Adam dulu. Kayla sedikit terguris dengan kata – kata Danny. Kayla mula berfikir adakah Danny marah pada dia kerana peristiwa Langkawi.

"Kalau I terima you... You rasa apa orang cakap?" tanya Kayla.

"Awak risau apa yang orang cakap?" tanya Danny. Kayla terperangkap dengan soalannya sendiri.

"Mesti I risau my reputation and your reputation" kata Kayla.

"So you tak kisah kalau kita ada secret relationship... Macam you dengan Adam dulu?" tanya Danny. Memang kali ini Kayla tidak menyangka Danny kembali mengungkit kisah lamanya.

"What happen to you Danny? You tak macam dulu?" tanya Kayla. Danny hanya tersenyum pada Kayla.

"Im proposing to you... Be my contract lover... I akan draft the agreement untuk kita" kata Danny.

************

Pagi itu Kayla tidak senang duduk dengan permintaan Danny itu. Sepanjang malam dia berfikir. Danny memanggil Kayla masuk. Kayla duduk didepan meja Danny. Danny menyerahkan dokumen perjanjian itu pada Kayla untuk dibaca. Kayla membaca satu persatu perjanjian itu.

1. Miss Kayla Adena Raisya Amran hanya boleh mempunyai hubungan istimewa dengan En Daniel Benjamin Bakhtiar begitu juga sebaliknya.

2. En Daniel Benjamin akan menyediakan segala keperluan fizikal dan emosi sepanjang tempoh perjanjian ini berjalan.

3. Miss Kayla Adena Raisya perlu menyokong dan mengambil berat tentang Emosi, Fizikal dan juga Psychological En Daniel Benjamin Bakhtiar.

4. Hubungan seksual perlu ditunaikan oleh pasangan masing – masing mengikut kehendak dan kemampuan kedua -dua pihak melainkan atas beberapa faktor etc: Biological, Emotional dan Psychology

5. Hubungan ini dirahasiakan dari pengetahuan semua pihak ketiga

6. Perjanjian ini akan terbatal dengan persetujuan kedua – dua pihak.

"Setuju" tanya Daniel.

"Baik... I setuju" jawab Kayla. Kayla dan Danny menandatangani surat perjanjian itu. Kayla terfikir apa yang dia telah lakukan. Kenapa dia sanggup memeterai perjanjian dengan Danny.

KaylaWhere stories live. Discover now