Chapter 60: AO Corporation

5.4K 49 1
                                    

"Bos... ada ada bunga baru masuk hari ni... hot and gorgeous" kata seorang lelaki kepada pengurusnya yang sedang bersandar dikerusi.

"Ye ke? Department mana? Apa Namanya? Ada gambar ke?" tanya lelaki itu bertubi – tubi kepada pekerjanya.

"Marketing la Boss... yang ganti tempat Maria tu" kedua – dua lelaki tersebut tersenyum apabila nama Maria disebut. Pengurus dan anak buahnya terus bergerak menaiki tingkat 23 untuk menuju ke department yang anak buahnya katakan itu. Setelah tiba di tingkat 23, anak buah pengurus tersebut menunjukkan kearah wanita yang sedang duduk di pejabatnya dan menelaah portfolio tugasnya. Pengurus muda tersebut tersenyum melihat wanita yang anggun tersebut. Dia terus bergerak menuju ke bilik wanita tersebut. Pintu gelas pejabat itu diketuk.

"Hai... boleh I masuk?" tanya pengurus tersebut. Gadis itu mendongak kepalanya dan melihat kedua – dua lelaki tersenyum sumbing yang berada dipintu pejabatnya.

"Haider?" terkejut Kayla apabila melihat lelaki itu. (nak kenal Haider boleh refer chapter 29)

"Duduklah... Awak buat apa dekat sini? Kerja sini juga ke?" bertubi – tubi pertanyaan Kayla pada lelaki tersebut sambil melihat lelaki yang membuntuti Haider. Kedua -dua mereka duduk didepan meja Kayla.

"You nak kopi?" tanya Haider sambil mengangkat tangannya dan seorang pekerja datang. Haider menyuruh pekerja tersebut membuat 3 cawan kopi untuk mereka. Kayla yang melihat perilaku Haider mula berasa hairan.

"Lama betul tak jumpa dengan you" kata Kayla pada Haider. Haider senyum melihat Kayla tersenyum..

"I lepas foundation terus pergi California la... You je yang terus dekat local... padahal boleh je sambung overseas." kata Haider. Kayla hanya ketawa mendengar kata – kata Haider.

"I tak mampu la nak pergi overseas. You memang la mampu anak orang senang. Time foundation pun dah drive Porsche" kata Kayla. Haider tersenyum mendengar kata – kata Kayla.

"By the way you buat apa dekat sini" tanya Kayla lagi. Sementara lelaki lagi satu tengah menguis – guis tangan Haider.

"Lupa I nak kenalkan, ni Bad dia Head Unit Financial Reporting and Control." Haider memperkenalkan anak buahnya itu. Bad tersengih – tersengih melihat Kayla.

"I pulak Manger Finance Department. Tingkat 24 selalu – selalu la datang melawat ye" jemput Haider.

"Untuk pengetahuan Miss Kayla... En. Haider is the most eligible bachelor dalam syarikat ni. Lagipun Tan Sri Bakhtiar ayah En Haider kita ni" tambah Bad tersengih. Haider menumbuk lembut bahu Bad. Kayla yang mendengar tidak menyangka yang Haider merupakan anak kepada pemilik syarikat AO Corporation. Mereka berdua ketawa. Pekerja yang diarah membuat kopi tadi datang dan meletakkan air kopi tadi.

"Cik Kayla... tadi Pn Sarah minta Cik Kayla ready nak jumpa Pengarah Eksekutif Syarikat" kata pekerja tersebut. Kayla mengangguk. Pn. Sarah adalah Manager untuk Sales and Marketing Department. Kayla telah dilantik sebagai Head Unit of Marketing Research and Planning.

"Dah lama you kerja sini" tanya Kayla.

"Lepas I grad... terus I kerja sini" kata Haider. Haider mengambil cawan dan minum kopi yang dihidangkan itu.

"Miss Kayla sebelum ni kerja di mana?" tanya Bad.

"Saya kerja dekat satu agency dekat Petaling Jaya... Now Im here" Kayla cuba merahsiakan dari pengetahuan dua lelaki itu yang dia pernah bekerja di agensi model. Bagi Kayla sebahagian perkara perlu dirahasiakan.

"Tapikan... wajah Cik Kayla pernah saya lihat... tapi tak pasti dimana" tambah Bad lagi.

"Pelanduk dua serupa je tu" balas Kayla. Perbualan Kayla dan Haider banyak berkisar waktu mereka di program Asasi. Cuba mengingati rakan – rakan dan juga pensyarah mereka yang agak lama ditinggalkan. Tidak berapa lama kemudian pintu pejabat Kayla diketuk lagi.

KaylaWhere stories live. Discover now