Chapter 48: Bukan Takdir Kita

7.3K 40 0
                                    

Keakraban Kayla dengan Adam membuatkan Mizi, yang selama ini menjadi peneman mereka berdua makin kurang bersama mereka. Kayla sedar tentang perkara ini Mizi makin cuba menjauhkan diri daripadanya.

"Mizi... kita pergi lunch jom..."tanya Kayla.

"Tak apa Kayla... Mizi tengah tengah busy ni" balas Adam yang cuba mengelak daripada memandang Kayla.

Kayla yang tidak berpuas hati dia menarik kerusi dan terus duduk di depan Mizi.

"Mizi kalau Kayla ada buat salah dengan Mizi... Kayla minta maaf" Kayla memandang Mizi tepat kemukanya.

"Kayla tak buat salah pun dengan Mizi. Cuma Mizi tak nak jadi penghalang" Mizi masih cuba focus dengan kerjanya.

"Mizi jadi penghalang apanya? Mizi tetap kawan baik Kayla dengan Adam" tanya Kayla.

"Kayla ingat lagi soalan yang Mizi tanya dulu. Mizi rasa Kayla memang dah ada jawapan cuma Kayla takut nak bagi tahu Mizi" Mizi memandang Kayla. Kayla terdiam mendengar kata – kata Mizi.

"Hmm. Kenapa Mizi cakap Kayla takut nak bagi tahu Mizi?" tanya Kayla

"Rasanya Kayla tahukan apa yang Mizi rasa selama ni?" balas Mizi. Persoalan yang ditimbulkan membuatkan Kayla terdiam.

"Kenapa Mizi tak pernah cakap terus pada Kayla. Kenapa perlu cakap berlapik. You do send me a mix signal Mizi" jelas Kayla.

"Bila Mizi cakap something pasal Kayla... Kenapa selalu libatkan Adam. Bila Mizi macam bagi harapan pada Kayla. Tiba -tiba akan tarik balik" tambah Kayla lagi.

"Maaf Kayla... Mizi tak berterus terang dengan Kayla selama ni. Mungkin Kayla adalah angan – angan Mizi." balas Mizi dan dia terus melakukan kerjanya dan Kayla tahu dan dia terus pergi meninggalkan Mizi.

**************

Selang beberapa bulan daripada hari Kayla bertentang mata dengan Mizi. Kak Nasha memanggil Kayla dan Adam.

"Kayla, Adam hujung minggu ni pergi Port Dickson ye. Akak dah tempah hotel semua untuk shooting" arah Kak Nasha.

"Mizi tak ikut kak" tanya Kayla.

"Dia tak bagi tahu kamu ke?" Kak Nasha berasa berasa hairan dengan soalan Kayla.Kak Nasha mengambil satu sampul.

"Mizi dia tender resignation. Kemarin dia baru je hantar surat berhenti. Tapi macam biasa la dia ada 3 bulan lagi dekat sini. Kak tak nak tambah kerja dia lagi so kak nak start kurangkan kerja dia" jelas Kak Nasha.

"Adam pun tak tahu ke?" tanya Kak Nasha. Adam hanya menggeleng.

Kayla dan Adam terus menuju ke pejabat Mizi. Di dalam hati Kayla ada rasa sedih dan rasa bersalah. Kayla sedikit sebanyak tahu yang Mizi berhenti kerananya. Cuma biar dia rahsiakan perkara tersebut.

"Kenapa Mizi nak berhenti?" tanya Kayla. Mizi terkejut apabila melihat Kayla dan Adam berada di depan mejanya.

"Kak Nasha bagi tahu ke?" Mizi tenang bertanya pada Kayla dan Adam.

"Kenapa nak berhenti?" tanya Kayla lagi. Mizi mengeluarkan satu sampul surat. Kayla mengambil sampul tersebut dan membaca surat tersebut.

Dear Mr Hasmizi Arshad

Congratulation! We are pleased to inform you that you have been accepted to University of Warwick, in Master Science Accounting and Finance

Kayla terkaku apabila melihat nama penuh Mizi. Tertanya di hati nya "H ni Mizi ke? Kenapa aku tak pernah tahu nama penuh dia" bermacam – macam perkara yang muncul di fikiran Kayla.

"Adam can you give me sometimes dengan Mizi" pinta Kayla. Adam bergerak meninggalkan mereka.

"Mizi I nak tanya sikit, boleh? Kayla semakin takut untuk menerima jawapan yang bakal diberikan.

"Apadia... Tanyalah?" Mizi bersuara tenang.

"Masa awal -awal Kayla kerja dekat sini ada orang selalu hantar bunga dengan note. Dia guna initial H... H tu Mizi ke?" tanya Kayla. Suasana sunyi seketika. Kayla menunggu jawapan daripada Mizi.

"Ya, H tu Mizi" jawab Mizi tenang.

"Kenapa Mizi tak bagi tahu pada Kayla terus? Kenapa perlu berselindung?" tanya Kayla

"Ini bukan takdir kita Kayla" Mizi menjawabdengan tenang. Kayla hampir menitiskan air matanya. Adakah dia telah melakukankesilapan lagi? Itu sahaja yang difikirkannya

KaylaWhere stories live. Discover now